Saturday, August 09, 2014

M/Syura PAS Boleh Ubah Pendirian Jika... -Khalid Samad










 
 
 
 
 
 
Meskipun Majlis Syura Ulamak PAS membuat keputusan untuk tetap menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor, seorang pemimpin PAS di Selangor berkata majlis itu masih boleh mengubah pendiriannya itu jika terbukti wujudnya salah laku dalam pentadbirannya.

Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor, Khalid Samad (gambar) berkata ia berikutan adanya pelbagai tuduhan yang dilemparkan ke atas menteri besar itu termasuk isu berhubung perjanjian penyelesaian pinjamannya dengan Bank Islam.

"Sebelum ini, Majlis Syura berkeyakinan Tan Sri Abdul Khalid tidak ada kes dan sebab itu kita menyokong beliau, tetapi apabila adanya tuduhan sebegini, saya mahu beliau beri penjelasan.

“Abdul Khalid kena bela diri, saya bagi masa sehingga 17 Ogos ini untuk beliau dedahkan bagaimana beliau lenyapkan hutang itu daripada pengetahuan kami (pakatan pembangkang)," katanya hari ini.
Maklumat mengenai perjanjian penyelesaian pinjaman itu didedahkan oleh PKR dalam laporan setebal 24 muka surat, yang difahamkan diedarkan kepada pemimpin dan anggota pakatan pembangkang sejak 5 Ogos lepas.

Mengulas lanjut, Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata beliau mengetahui mengenai perjanjian penyelesaian pinjaman yang membabitkan menteri besar itu selepas menerima laporan itu pada malam 6 Ogos, selepas tamat persidangan Majlis Syura. – Bernama, 8 Ogos, 2014
 
Lihat ini
E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?   

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails