Monday, August 04, 2014

Hentikan Urusan Dagangan Dengan Israel -Dr Syed Azman

 

KUALA LUMPUR: PAS akan terus menghulurkan bantuan kemanusiaan bagi membantu penduduk Gaza yang menderita akibat kekejaman rejim zionis Israel.

Lajnah Hubungan Antarabangsa Pengerusi PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi memberitahu, selain bantuan kewangan, PAS akan terus membantu dalam apa jua bentuk bantuan bagi memastikan penduduk Gaza mendapat keadilan sewajarnya.

Beliau yang ketika ditemui Harakahdaily turut meminta agar Kerajaan Malaysia dan antarabangsa menghentikan urusan dagangan dengan Israel sebagai tanda kecaman atas tindakan tidak berperikemanusiaan itu.

"Setakat ini hampir dua ribu telah terkorban dan beratus-ratus mengalami kecedaraan akibat kezaliman yang dilakukan Israel secara berterusan.
"PAS hari ini menggesa semua pihak sama ada di negara ini ataupun peringkat antarabangsa menghentikan segera hubungan dagang dan mengheret Israel ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bagi menghukum negara itu," katanya.

Beliau yang turut kesal, walaupun Israel telah membedil dan menghancurkan tempat perlindungan di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), namun badan dunia itu gagal memberikan apa-apa tekanan dan bertindak.

"PBB sepatutnya menggunakan peranan mereka terhadap apa yang berlaku, badan dunia itu tidak sepatutnya berdiam diri dan tindakan tegas perlu diambil segera.
"Dalam pada itu PAS turut kesal dengan negera-negara Islam yang lain terutamanya yang berada di Tanah Arab yang berdiam diri tanpa memberikan sebarang bantuan kemanusian kepada penduduk Gaza.
"Saya turut menggesa agar Mesir membuka pintu sempadan Rafah bagi memberi kemudahan kepada penduduk Gaza mendapat bantuan perubatan serta menyelamatkan diri, tindakan Mesir yang menutup pintu sempadan itu menyebabkan bantuan kemanusian gagal diberikan," sambung beliau lagi.

Beliau yang turut menekankan PAS di bawah kepimpinan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul HAdi Awang akan terus berusaha bagi memastikan Palestin khususnya penduduk Gaza akan bebas daripada cengkaman zalim zionis Israel. – HARAKAHDAILY 4/8/2014

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails