Wednesday, August 06, 2014

Nik Aziz: Isu MB S'gor, Tidak Ada Sebab Ubah Pendirian

 
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 Ogos, 2014.Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 Ogos, 2014.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini sekali lagi mempertahankan kenyataannya agar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terus dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor.
  
Nik Abdul Aziz yang juga bekas Menteri Besar Kelantan berkata tidak ada sebab baginya untuk mengubah pendirian berhubung kemelut isu Menteri Besar Selangor itu.
  
"Saya cakap sekali sahaja, bukan dua kali. Anda boleh 'check' (periksa) kenyataan saya dahulu," katanya ketika ditemui di kediamannya di Pulau Melaka di Kota Bharu.
  
Beliau yang kelihatan sedikit uzur menasihatkan pihak lain yang menuduh Abdul Khalid terbabit dengan salah laku semasa memegang jawatan itu agar tidak berterusan memburukkan Menteri Besar itu.
  
"Sebarang tuduhan sesama sendiri boleh membawa kesan yang tidak baik. Tidak elok untuk membuka keaiban orang lain," katanya.

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat Datuk Saifuddin Nasution baru-baru ini mendakwa Abdul Khalid perlu ditukar kerana terdapat masalah keraguan integriti susulan isu penyelesaian hutang Abdul Khalid dengan sebuah bank.
  
Nik Abdul Aziz dalam kenyatannya sebelum ini mempersoalkan tindakan pihak tertentu yang mahu menggugurkan Abdul Khalid daripada kedudukannya sebagai Menteri Besar.
  
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut mempertahankan Abdul Khalid untuk mengekal jawatan berkenaan kerana menurutnya Abdul Khalid tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.
  
Turut bersama menyokong adalah Dewan Ulama PAS Pusat yang menegaskan Abdul Khalid patut dibenarkan meneruskan tugasnya sebagai Menteri Besar Selangor sehingga ke akhir penggal kerana tiada sebarang alasan syarie yang kukuh dikemukakan setakat ini untuk mewajarkan penukarannya.
  
Kemelut itu semakin memuncak apabila Abdul Khalid dilaporkan diberi tempoh sehingga Jumaat ini untuk menjawab surat tunjuk sebab kenapa beliau ingkar untuk berundur dari jawatan itu.
-Bernama

  

Lihat ini
E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?
  E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?


2 comments:

Rushdan said...

Saya berijtihad untuk menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim untuk terus kekal sebagai MB Selangor atas alasan berikut;

1. Tiada dalil syarie yang menunjukkan harusnya TSKI diminta å jawatan.

2. Sebarang tohmahan atas beliau perlulah di asaskan dengan perbicaraan yang adil dan saksama dimana bukti2 dikemukakan dan beliau diberikan hak yang adil untuk menjawab segala pertuduhan.

3. Nakhoda, iaitu Presiden PAS, ketua bagi jamaah Islam ini telahpun memberikan arahan untuk menyokong TSKI. Sebagai ahli jamaah saya wajib taat kepada ketua, itulah adab berjamaah.

4. Diperkuatkan lagi dengan petunjuk nasihat yang diberikan oleh Mursyidul Am, TGNA sendiri yang meminta semua ahli jamaah dengan tiada pengecualian untuk taat kepada keputusan pimpinan.

5. Keputusan majlis syura adalah paling penting, kerana ianya adalah ijmak yang paling tinggi dalam jamaah Islam PAS, dimana para ulama telah berijtihad dan besepakat untuk mengambil satu dasar. Presiden dan mursyidul Am sendiripun adalah tertakluk kepada kekuatan ijmak yang mengatasi pandangan peribadi mereka.

6. Selain daripada di atas, kesemuanya tidak melalui kaedah-kaedah syarie yang mantap, dan paling kuat hanya berpandangan kepada tokoh individu yang ramai tidak sampai kepada kefaqihan yang jelas mengenai syarak.

Wallahua'lam.

Anonymous said...

Berdosa besar kalu bercakap bohong waima atas apa sekalipun lagi2 guna agama.

PAS dah jadi dictator punya parti... keputusan sudah tidak lagi secara jamaah... apa Presiden cakap itu kena ikut...

patut la PAS parti BODO sepanjang zaman.... rela kalah...kalu dah kalah sapa nak tgk... kerja dakwah pun tersusun pun...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails