 
Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail menolak khabar 
angin dan laporan berita yang mengatakan ADUN Ijok Datuk Idris Ahmad 
atau Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, termasuk alternatif lain 
menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim. PKR menafikan ada nama lain selain presidennya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail diletakkan sebagai calon menteri besar Selangor.
 
"Malam tadi di mesyuarat biro politik Azmin Ali turut hadir dan 
bersetuju keputusan parti bahawa Datuk Seri Wan Azizah satu-satunya nama
 yang dicalonkan
"Kita menegaskan mengekalkan keputusan yang telah dibuat dalam mesyuarat
 Majlis Pimpinan Pusat (MPP)," kata beliau dalam sidang media hari ini.
Semalam berapa media memetik laporan sumber bahawa PKR mencadangkan nama
 alternatif berikutan ketidakpuasan beberapa pihak dalam partinya atau 
rakan sekutunya terhadap cadangan nama Wan Azizah.
"Dalam konsensus mesyuarat pimpinan dalam pakatan sebelum ini PAS dan 
DAP bersetuju hak menamakan menteri besar itu hak PKR," kata beliau. (MK) 
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang? 
  

 
    
        
Lihat sebelum ini..

 
 

No comments:
Post a Comment