Friday, August 08, 2014

Majlis Syura PAS Kurang Maklumat Tentang Khalid -Tuduh Anwar


Majlis Syura PAS tidak mendapat maklumat lengkap mengenai Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Gambar fail The Malaysian Insider. Majlis Syura PAS tidak mendapat maklumat lengkap mengenai Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Gambar fail The Malaysian Insider.


Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan Majlis Syura PAS yang mahu mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah kerana kurangnya fakta sebenar berkaitan menteri besar Selangor itu.

Anwar turut menggesa ahli dan kepimpinan parti patuh kepada keputusan parti yang mahu melantik Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor.

"Saya fikir ada isu yang kita perlu perjelaskan kepada mereka (Majlis Syura) yang mereka tidak ketahui sebelum ini.
"Khalid bukan saja seorang pemimpin PKR dan menteri besar tetapi juga seorang rakan. Saya tidak mahu memanjangkan isu ini luar daripada etika," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, hari ini.

Majlis Syura PAS kelmarin berkeras mahu mengekalkan Khalid sebagai menteri besar kerana badan tertinggi dalam PAS itu berpendapat tiada apa-apa kesalahan yang dilakukan Adun Pelabuhan Klang itu. – 8 Ogos, 2014. (TMI)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Itu pandangan dari sudut Anwar.

 E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?

1 comment:

Mordecai Kucai said...

Rata2 pembangkang berpusing2 sekitar fakta walaupun org anggap mereka bodoh dan membodohkan rakyat.

Tak cukup fakta apa Lagi? Ada lebih 14 org ADUN PAS dlm Sana. Apasal nak dengar cakap barua yg tak berkait dan Anwar ini bukan ahli PKR pun.

Semua mesti ikut salur undang2. Kerana tu Khalid berani bertahan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails