Tuesday, August 05, 2014

P. Pg: Tidak Mungkin Ada Isu ‘menciplak proposal’. -Guan Eng






Pulau Pinang tidak mungkin ada isu “menciplak proposal” kerana negeri ini mempunyai sistem tender terbuka, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng (gambar).

"Macam mana boleh curi idea orang lain dan menipu?... Ini tak mungkin berlaku (di Pulau Pinang) kerana kami ada sistem terbuka. Itulah perbezaannya... ," katanya pada sidang akhbar di George Town hari ini.

Lim mengulas kenyataan Datuk Musa Sheikh Fadzir, setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri, yang meminta kerajaan bertindak tegas terhadap pihak yang terlibat dalam perbuatan “menciplak proposal” yang beliau (Musa) dakwa berlaku dengan berleluasa di beberapa kementerian.
Musa berkata perbuatan itu boleh menyebabkan kerajaan menanggung kerugian ratusan juta ringgit setiap tahun.

Justeru, Lim mencadangkan kerajaan persekutuan mengamalkan sistem tender terbuka untuk bidaan projek kerajaan bagi membanteras perbuatan seumpama itu. Lim berkata jika Musa mempunyai maklumat mengenai perbuatan sedemikian, Musa hendaklah mengemukakannya untuk siasatan, agar tindakan tegas dapat diambil. – Bernama, 4 Ogos, 2014.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails