Friday, August 08, 2014

Ini, Pesan Nik Aziz Kepada Khalid Ibrahim?

 

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau berpegang kepada pesanan  Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang meminta beliau agar tidak memalukan sesiapa termasuk musuh politik.

Dalam majlis mendoakan beliau yang dianjurkan PAS dan NGO pro ulama semalam, Khalid berkata Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menjadi menteri besar Kelantan selama lebih 20 tahun, mahu beliau menjaga maruah mereka walaupun mereka hipokrit dan "munafik".

"Tuan Guru (Nik Aziz) ingatkan saya bahawa kita seharusnya tidak memalukan sesiapa, kita mesti sabar tetapi sama-sama betulkan.
"Pendekatan Rasulullah S.A.W telah berjaya meningkatkan syariat Islam tanpa menjatuhkan maruah orang lain tetapi mrmbetulkan mereka," katanya dalam ucapan ketika Solat Hajat Perdana "Munajat Selamatkan Gaza dan Selangor Bumi Bertuah" semalam.

Khalid bagaimanapun mengakui kesukaran berbuat demikian.

"Saya cuba untuk jalankan tugas dengan baik dan bertanggungjawab seperti yang disyariatkan Islam dan diharapkan rakyat Selangor.
"Kejayaan Selangor bukanlah bergantung kepada politik, sebaliknya dibuktikan dengan pemerintahan Islam yang adil dan amanah," katanya.

Semalam, Majlis Syura PAS menyokong pendapat Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menegaskan bahawa tiada sebab untuk menukar ketua kerajaan negeri Selangor. Dan dengan Nik Aziz, yang semalam mengulangi bahawa Khalid tidak perlu diganti, maka PAS mungkin berdiri teguh di belakang menteri besar Selangor itu.

Sementara itu Khalid turut menyatakan beliau akan menjunjung syariat Islam dan tidak akan berkompromi terhadap pihak yang cuba menghina  Islam. Dengan kebanyakan kira-kira 300 orang yang hadir merupakan ahli PAS, beliau berkata mereka yang bukan Muslim, termasuk DAP perlu mengakui kerajaan yang dipimpin Islam itu bersikal adil.

"Saya buktikan walaupun saya kurang bercakap hal politik, walaupun DAP kata kita tak betul, malah (mendakwa) kerajaan yang dipimpin Islam tak amanah dan tipu.
"Sedangkan hakikatnya orang bukan Islam lebih gemar kita mentadbir mereka," katanya disambut dengan laungan takbir oleh hadirin. (MK)


Lihat ini
E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?   

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails