Monday, August 04, 2014

Bagaimana Boleh Jumpa Buaya Ini Di Bilik Air Rumah?


Lelaki India kaget dapati buaya di kamar mandi


Seorang lelaki India terkejut ada seekor buaya besar tengah berbaring di lantai bilik mandinya. Panjang haiwan itu mencapai 1.5 meter.

Akhbar the Daily Mail melaporkan, Jumaat (1/8), haiwan itu nampak mati tak bergerak. Kalpesh Patel memperhatikan teliti buaya itu. "Saya fikir dia mati. Tiba-tiba dia berkelip. Saya langsung lari dan melanggar pintu," ujar Patel.

Dia langsung memberi tahu isteri dan anaknya agar tidak ke bilik mandi namun keduanya tidak mempercayai. Patel juga memberi tahu warga Desa Sojitra, wilayah Gujarat dan mereka beramai-ramai ke lokasi tempat buaya itu berehat.

Patel tidak mengerti bagaimana buaya itu boleh masuk. Dia menelefon polis agar menangkap haiwan itu dan segera mengeluarkan dari bilik mandinyaMenurut pihak polis buaya itu datang dari tasik berhampiran Desa Malataj berjiran dengan desa tempat Patel tinggal. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails