Monday, August 04, 2014

ISIS Mulai Masuk Asia Tenggara.

Hebohnya kehadiran ISIS di Indonesia
Militan ISIS. ©Reuters

KUMPULAN radikal bersenjata ISIS (Islamic State of Iraq and Syria) merancang memperluas daerah kekuasaannya di wilayah Afrika Utara hingga ke Asia Tenggara. Rencana perluasan kekuasaan ISIS itu beredar luas di Internet selepas peta menunjukkan perluasan wilayah itu tersebar di media sosial Twitter dan Indonesia termasuk menjadi negara incaran ISIS.

Penggambaran di peta itu sesuai dengan sejumlah pernyataan ahli ISIS di beberapa tempat, seperti yang dilaporkan oleh laman valuewalk.com, Isnin (23/6) dua bulan lalu. Organisasi ISIS cepat berkembang dan berkesan.


Satu: Muncul video pengambilan ISIS berbahasa Indonesia.

Hebohnya kehadiran ISIS di Indonesia 
Warga Indonesia muncul di video pengambilan berjihad bersama ISIS. abc.net.au   

Sekumpulan warga Indonesia telah muncul dalam sebuah video pengambilan yang dikeluarkan kumpulan ISIS. Mereka mendesak agar umat Islam di Indonesia bergabung dengan perjuangan kumpulan itu.

Video berdurasi lapan minit itu dimuat naik di dunia maya oleh ISIS dengan judul "Menyertai dalam Barisan". Mereka menyeru agar umat Islam untuk menyertai dan menyatakan setia kepada kumpulan ISIS. Video itu memperlihatkan seorang lelaki Indonesia bernama Abu Muhammad al-Indonesi tengah memberikan pesan dengan emosional.

"Keluarkan semua usaha anda baik dengan menggunakan kekuatan fizikal dan kewangan anda untuk berhijrah ke Negara Islam," kata Abu Muhammad dalam video itu.
"Ini merupakan kewajipan diperintahkan oleh Allah."

Abu Muhammad mempersoalkan kaum muslim tinggal di Barat, meminta mereka untuk mencari motivasi berjihad. "Apakah isteri anda menjadi alasan yang menghalang anda berjihad?" ucap dia.

"Apakah rumah anda, perniagaan dan kekayaan anda lebih anda cintai daripada kepada Allah, RasulNya dan jihad di jalanNya?"

Video ini datang selepas dua lelaki Australia muncul di video pengambilan lain yang dikeluarkan oleh ISIS pada bulan lalu.


Dua: Kanak-kanak Sokong ISIS


Hebohnya kehadiran ISIS di Indonesia
Pemberontak ISIS di Suriah. ?scotsman.com

Baru-baru ini media sosial dihebohkan dengan foto kanak-kanak dari Indonesia yang berpose dengan bendera ISIS. Dua kanak-kanak itu pun menggenggam pistol mainan. Ada tulisan dalam bahasa Inggeris di dinding
"Untuk para pahlawan kami di ISIS. Kami anak-anakmu dan pendukungmu dari Indonesia. Jayalah ISIS."

Belum diketahui di mana foto tersebut diambil dan siapa pelakunya. Kerajaan telah mengimbau umat Islam di Indonesia tidak bergabung dengan ISIS.

"ISIS itu suatu organisasi pergerakan yang berfahaman radikal. Yang gunakan kekerasan demi memperjuangkan apa yang diyakininya. Mereka ingin perjuangkan negara Islam di Iraq dan Syria. Umat Islam Indonesia tak perlu terpengaruh dan ikut-ikutan," kata Menag Lukman Hakim Saifudin dalam keterangan bertulis, Jumaat (1/8).

Menurut Lukman, inti dari dakwah Islam adalah mengajak dan merangkul semua kalangan dengan cara-cara yang baik dan penuh hikmah. Bukan dengan menebar ketakutan dan kekerasan.


Tiga: Bendera ISIS di Bundaran HI

Hebohnya kehadiran ISIS di Indonesia  Bendera ISIS berkibar di Bundaran HI.

Jejaring sosial heboh selepas gambar bendera kumpulan militan Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) berkibar saat demonstrasi mengutuk Israel di Bundaran Hotel Indonesia (HI). Gambar bendera ISIS pertama kali dimuat naik oleh akaun Twitter Michael Bachelard,mbachelard sekitar pukul 17.47 WIB, Jumat (11/7).

Dalam foto tersebut, bendera ISIS itu berkibar di antara rombongan ahli Front Pembela Islam (FPI).

"mbachelard:AubreyBelford There were a lot of different groups, but I didnt see any JAT. Recognise this flag? (Ada banyak kumpulan yang berbeza, tetapi saya tidak melihat Jamaah Asrorut Tauhid atau JAT. Kenal dengan bendera ini?)," tulis Bachelard dengan mentionAubreyBelford, Jumaat (11/7).

Tak hanya Bachelard, ada akaun Twitter Shafiq Pontoh,Shafiq Pontoh juga memuat naik foto bendera ISIS dari sisi lain. Dia prihatin kerana demo tersebut dihadiri oleh capres Prabowo Subianto


"Ini aksi prabowo dan FPI petang tadi di Bunderan HI koq ada bendera ISIS nya," kicau Shafiq.

Penulis dan director Joko Anwar juga mengulas mengenai foto Shafiq. "Astaga. RTShafiqPontoh: Ini aksi prabowo dan FPI petang tadi di Bunderan HI koq ada bendera ISIS nya," kata dia singkat.


Empat: Graffiti ISIS di tembok

Hebohnya kehadiran ISIS di Indonesia 
Kumpulan jihadis dari Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS). alarabiya.netTopik pilihan: Ekstremis ISIS

Media sosial Twitter dihebohkan dengan karya seni graffiti Kumpulan radikal bersenjata ISIS (Islamic State of Iraq and Syria) di Tawamangu, Karang Anyar, Jawa Tengah. Foto itu dimuat naik oleh akaun twitteryennikwok dan mendapat komen dari Penulis dan director, Joko Anwar.

"Suramyennikwok 2 pro-ISIS graffiti in Tawangmangu, Karanganyar, Central Java," kicau Joko Anwar singkat melalui akaun twitternya.

Graffiti itu bertuliskan kalimat tahlil seperti yang ada di bendera merekaBanyak komen tertuju pada graffiti tersebut salah satunya dari akaun twitternasir_bst yang berkicau, graffiti tersebut menandakan bahawa bangsa Indonesia masih banyak yang berpendidikan tidak tinggi.

"Grafiti ISIS di Tawangmangu itu, menandakan bhw bngs kita ini masih bnyk yg brpndidikan pas2an," kicau Nasir melalui akaun twitternya, Sabtu (2/8).

(IH/Merdeka.com)

2 comments:

Asus said...

harap pengaruh ISIS dibenteras di malaysia.

kat indonesia apa saja akan diikuti umatnya yang 'kureng'.

ISIS sama kejam dgn bashar syiah dan US. ISIS adalah imej baru dajjal utk menipu umat islam.

Anonymous said...

Bagaimana anda tahu yg ISIS kejam seperti Basyar? Apa buktinya? Jgn main tuduh saja!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails