Wednesday, August 06, 2014

Dr Mujahid: PR, Sedikit Masalah, Kerana Membawa Cita Besar


mujahid300
 PETALING JAYA: Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa berkata, Pakatan Rakyat (PR) adalah wadah terbaik setakat ini untuk meneruskan proses kematangan politik yang amat diperlukan oleh rakyat Malaysia demi perubahan kepada politik baru.

Dr. Mujahid mengakui PR mempunyai sedikit masalah kerana ia membawa cita-cita besar yang kadangkala ianya tidak difahami oleh pemimpinnya sendiri tetapi beliau tidak dapat memikirkan apa akan terjadi kepada aspirasi politik baru jika PR berpecah dan terus tiada di persada politik negara ini.

“ PR telah berjaya melahirkan generasi pemimpin yang membuka minda baru kepada makna berpolitik dan rasional berhujah atas advokasi dasar dan bukan sentimen.
“ PR telah menyegarkan proses kematangan demokrasi dan memperjuangkan pilihanraya bersih serta membawa wahana media alternatif kepada satu tahap membungkah apa yang selama ini dianggap taboo,” katanya di dalam laman Faceboknya.

Tegasnya lagi, politik Malaysia tidak pernah menyaksikan berlakunya satu peralihan paradigma politik yang besar melainkan dengan PR apabila politik merentas kaum diterjemahkan dalam peti-peti undi.

“Pengundi tidak lagi memilih dan mengenal calon atas jalur perkauman tetapi atas perkongsian manifesto yang hebat.
“Tembok perkauman berjaya diruntuhkan dengan semua kaum melihat kepentingan negara dan masa depannya lebih utama dari politik rasuah dan rasis yang menjadi barah pada negara,” jelasnya.

Katanya lagi, beliau menyeru agar seluruh kepimpinan PR menjaga amanah yang diberikan oleh rakyat ini dengan terus membela rakyat dan bukannya bercakaran antara satu sama lain. (IH)


Lihat ini
E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?
  E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails