Tuesday, August 05, 2014

Gaza 1,867Terbunuh 9,450 cedera, Israel 64 Tentera Terbunuh 400 Cedera



GAZA: Kedua-dua pihak Hamas dan Israel masing-masing bersetuju untuk melaksanakan genjatan senjata dalam tempoh 72 jam di Semenanjung Gaza seperti dicadang oleh kerajaan Mesir. Jurucakap Hamas Fawzi Barhoum dalam satu kenyataan berkata, makluman persetujuan itu telah diberitahu kepada Mesir semalam.

"Kami secara rasmi telah memberitahu Mesir bahawa kami bersetuju cadangan gencatan senjata 72 jam bermula pagi ini," kata beliau.

Sementara itu, seorang pegawai kanan tentera rejim Zionis itu juga berkata kabinet Israel pada hari Isnin menerima cadangan Mesir untuk gencatan senjata itu.

"Jika gencatan senjata itu berlangsung, tidak ada keperluan untuk tentera Israel (IDF) berada berterusan dalam Semenanjung Gaza," kata beliau dipetika oleh akhbar harian Israel, Haaretz.

Semalam, Mesir menggesa Israel dan Hamas untuk menghentikan serangan di Semenanjung Gaza selama 72 jam bermula pada jam 05:00 GMT, 5 Ogos 2014 (Selasa). Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Mesir juga menggesa Israel dan Hamas untuk menghantar delegasi ke Kaherah untuk rundingan bertujuan untuk melaksanakan satu inisiatif Mesir untuk gencatan senjata lebih lama di Semenanjung Gaza.

Tentera rejim mula menyerang Gaza pada 7 Julai lalu dengan serangan udara. Kemudian itu, mereka meningkatkan tekanan dengan serangan darat dan laut. Sekurang-kurangnya 1,867 rakyat Palestin, kebanyakannya orang awam, wanita dan kanak-kanak telah terbunuh dan 9,450 cedera.

Tentera Israel juga telah mengesahkan bahawa 64 tentera mereka terbunuh dan 400 yang lain cedera dalam operasi ketenteraan di Gaza yang sedang berjalan. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails