Monday, August 04, 2014

Istiqamah. Neelofa Kongsi Ilmu Dengan TG Nik Aziz..

HALAMAN HIBURAN
KAPSYEN itu berbunyi: lets put politics aside…I felt so lucky to have opportunity to meet him in person yesterday at his house. Love listening to what he had to say and he also gave me valuable advices regarding istiqamah.
 
Jelas dan terang, Neelofa berharap pertemuannya dengan bekas Menteri Besar Kelantan itu tidak dipolitikkan.  Apa salahnya kalau kunjung mengunjung sempena Syawal yang mulia. Apatah lagi dapat berbual dengan tokoh yang memiliki ilmu agama yang tinggi, dan berbincang untuk menguatkan 'istiqamah'.

Demikian lapor MalaysiaGazett.

Menurutnya, dapat juga Neelofa meminta nasihat dan berkongsi ilmu, tambahan pula dia pun telah berhijrah sejak Ramadan lalu.  Pelakon yang sudah berhijab itu, melahirkan rasa bertuah kerana dapat bertemu dengan bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat baru-baru ini. 

Gambar pertemuan mereka itu telah dimuat naik oleh Neelofa di laman sosial Instagram miliknya semalam. Pada gambar itu menunjukkan Neelofa yang juga pengacara televisyen popular sedang berbual dengan Nik Aziz yang juga bekas Menteri Besar Kelantan dan sekarang masih menjadi Mursyidul Am Pas.

(IH)

3 comments:

Anonymous said...

biasalah artis bila dah 'bertaubat' nak cuci dosa jumpa org tertentu mcam masuk dalam kandang confession amalan kristian. anda mungkin berjaya disucikan, namun ingat dulu anda buka aurat sana sini bergambar separuh bogel, duit hasil pkerjaan itu semua tetap haram. sekadar cuci dosa je ke? ada berani cuci harta? hahaha. retis2

Nasib baik dia bertaubat pd Tuhan, kalo dia bertaubat pada engko gerenti tak lulus punya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails