Wednesday, August 06, 2014

PAS Berdepan Keadaan Sukar Sekiranya DUN Selangor Bubar -Khalid Samad



Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Khalid Samad mengakui parti Islam itu akan berdepan dengan kesukaran jika berlakunya Pilihan Raya Negeri kerana PAS dilihat sebagai penyokong besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. – Gambar fail The Malaysian Insider. Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Khalid Samad mengakui parti Islam itu akan berdepan dengan kesukaran jika berlakunya Pilihan Raya Negeri kerana PAS dilihat sebagai penyokong besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. – Gambar fail The Malaysian Insider.
 PAS kemungkinan akan berdepan dengan kesukaran sekiranya Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dibubarkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri untuk menyelesaikan konflik peralihan jawatan menteri besar Selangor, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Khalid Samad.

‎Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata, situasi itu berlaku kerana PAS kini dilihat begitu menyokong kuat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk terus mentadbir Selangor sebagai menteri besar.

"Bacaan saya memang sukar khususnya bagi PAS kerana pada masa itu kita akan dilihat bersama Tan Sri Khalid dan Umno.
"Pada masa itu, memang susah buat PAS," katanya pada sidang media di pejabatnya di Shah Alam hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengumumkan Pakatan Rakyat (PR) kini bersedia menghadapi pengundi bagi mendapatkan mandat baru memerintah Selangor.

Mengulangi kenyataannya yang PR tidak akan berpecah semata-mata kerana isu calon MB itu, Anwar hari ini berkata, beliau yakin isu itu akan diselesaikan dengan baik.

"Persefahaman hak lantikan MB Selangor wujud di kalangan pimpinan PR, sepertimana PKR juga bersetuju hak parti lain dalam membuat keputusan yang sama di negeri lain. Persefahaman ini wajib dipatuhi," katanya.

Terdahulu, Pengerusi DAP Selangor Tony Pua turut menjangkakan situasi sama apabila menyatakan PR berisiko kalah sekaligus melenyapkan PAS daripada Selangor sekiranya pilihan raya diadakan.

Katanya, PR – yang terdiri daripada PKR, PAS dan DAP – akan mengalami "kekalahan besar" sekiranya pilihan raya negeri diadakan, tetapi memberi amaran PAS akan kalah lebih besar.

"Desakan PAS untuk menyokong Khalid akan mendorong kepada pilihan raya mengejut, yang akhirnya akan menyebabkan PAS kalah besar, ataupun kalah semua kerusi yang dimenanginya dengan susah payah.
"Ini kemungkinan besar hanya akan mengembalikan semula Selangor kepada Umno," katanya.
Pua berkata, PKR dan DAP akan hilang 3% undi Melayu dan 10% undi bukan Melayu di 7 daripada 30 kerusi DUN.

Bagi kubu kuat PAS yang mendapat sokongan Melayu pula, dia menjangkakan parti itu juga bakal hilang 7 daripada 15 kerusi DUN yang dimenanginya semasa Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.
Kerusi DUN terbabit adalah Sabak, Gombak Setia, Dusun Tua, Selat Kajang, Sijangkang, Morib dan Tanjong Sepat.

Manakala undi bukan Melayu terhadap PAS juga akan jatuh 25%, sekaligus menyebabkan PAS hilang kerusi Taman Templer, Hulu Kelang, Lembah Jaya, Seri Serdang dan Paya Jaras, meninggalkannya dengan tiga kerusi sahaja. – 5 Ogos, 2014. (TMI)

Lihat ini..
E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?

  E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails