Wednesday, August 06, 2014

Gaza: Bantah Dasar Britain, Menteri Islamnya Letak Jawatan















KL: Menteri kanan Pejabat Kementerian Luar Britain, Baroness Sayeeda Warsi membuat pengumuman mengejut meletakkan jawatan serta-merta semalam sebagai membantah kegagalan David Cameron untuk mengutuk penderitaan di Gaza.

Beliau yang juga menteri wanita Islam pertama yang dilantik dalam kabinet Cameron berkata, perletakan jawatan itu kerana tidak boleh menerima dasar kerajaan negara itu terhadap konflik Gaza.

"Saya tidak lagi boleh menyokong dasar Kerajaan mengenai Gaza," tulisnya di Twitter sambil memaklumkan bahawa dia telah menulis surat kepada perdana menteri menyatakan perletakan jawatan itu.

Dalam surat beliau kepada Cameron, Warsi berkata pendekatan kerajaan untuk konflik Israel-Palestin telah "tidak dapat dipertahankan dari segi moral".

Peletakan jawatan Warsi itu memberi tamparah hebat buat Cameron, yang telah menghadapi kritikan kerana gagal untuk mengutuk tindakan tentera Israel di Gaza dan serangan udara ketara baru-baru ini di sebuah sekolah yang dikendalikan oleh PBB di Rafah.

Warsi, yang sebelum ini Pengerusi Parti Konservatif, menjadi menteri kabinet wanita Islam yang pertama apabila David Cameron mengambil alih jawatan pada tahun 2010. Beliau kemudian dilantik Menteri Agama dan Komuniti pada tahun 2012.

Beliau juga telah kerap menyatakan pandangan beliau mengenai pertempuran antara Israel dan rakyat Palestin di Gaza pada Twitter beliau, yang diikuti oleh lebih daripada 35,000 orang. Dalam pada itu, Cameron dalam responnya berkata berkata beliau kesal dengan tindakan Warsi yang tidak berbincang keputusannya untuk berhenti dengan beliau dahulu sebelem membuat pengumuman mengejut itu.

Walaubagaimanapun Cameron berkata Warsi sepanjang khidmatnya telah melaksanakan tugas dengan baik dan telah melakukan kedua-duanya sebagai Menteri dan Pembangkang. - HARAKAHDAILY 6/8/2014

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails