Thursday, August 07, 2014

Isu MB: PAS Tunda Mesyuarat Ke 13 Ogos. Ada Apa-apa Ke?

 
KL: PAS Pusat menunda tarikh mesyuarat kepada 13 Ogos ini bagi membincangkan kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali kepada Harakahdaily petang ini.

Bagaimanapun, katanya masa dan tempat mesyuarat tidak berubah. Sebelum ini, PAS Pusat menetapkan 10 Ogos untuk mengadakan mesyuarat bagi membincangkan perkara tersebut.

Demikian lapor Harakahdaily. (IH) 



Lihat ini
E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?   

1 comment:

bat8 said...

Tuan,

Mesyuarat Majlis Syura PAS( MSU) yang diadakan di Kota Bharu adalah cubaan kumpulan UG yang menguasai MSU untuk memastikan wujud satu pentas agar PAS dan PKR bertelagah secara berhadapan supaya Pakatan berpecah dan puak UG PAS boleh bekerjasama dan berpelok seperti kembar siam secara rasmi.

Sekarangpun puak ini sudah mewujudkan kerjasama tersebut melalui kerjaan PAS Kelantan yang didominasi oleh puak ulamak.

Mahkota perjuangan PAS selama ini iaitu perlaksanaan hukum hudud pun sudah diserahkan oleh kerajaan PAS Kelantan kepada UMNO. Habis buat apa PAS wujud lagi jika asas perjuangan mereka pun mereka dah serah kepada orang.

Kita semua tahu apa yang UMNO/ Kerajaan Pusat buat dengan hudud Kelantan? Mereka dah jeruk ditepi dinding dan t3lah mencabut taring paling berbisa yang PAS ada sejak p3nubuhan PAS. Sebabnya kita dah tak dengar apa-apa lagi tentang hukum hudud kelantan dari kerajaan pusat.

Dalam senario politik hari ini, UMNO telah menarik perjuangan PAS sekurang-kurangnya 20 tahun kebelakang.

Adakah puak UG PAS faham mereka telah memusnahkan perjuangan PAS? Tidakkkk.....mer3ka masih dalam bermimpi dan masih ghairah jika kita lihat perangai mereka dalam isu krisis MB Selangor. Masakan MSU membuat keputusan sebagaimana yang kita semua sudah tahu.

Wallahualam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails