Friday, August 08, 2014

Adun PKR S'gor Diminta Bersumpah Sokong Wan Azizah Sebagai MB.



Wakil rakyat perlu menandatangani borang dan serah kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi ini, kata sumber PKR. Gambar fail The Malaysian Insider. Wakil rakyat perlu menandatangani borang dan serah kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi ini, kata sumber PKR. Gambar fail The Malaysian Insider.

PKR meminta semua wakil rakyatnya di Selangor untuk bersumpah memberikan sokongan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar pada hari ini, dalam usaha untuk mengasingkan penyandangnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang enggan berhenti.

Arahan yang dikeluarkan beberapa jam selepas Khalid dipanggil semalam menghadiri perbicaraan Lembaga Disiplin hari ini untuk menjelaskan keengganan beliau meletak jawatan sebagai menteri besar Selangor.

The Malaysian Insider ditunjukkan satu salinan akuan berkanun yang dihantar kepada sekurang-kurangnya 12 daripada 14 wakil rakyat PKR di Selangor. Kenyataan bersumpah itu mengesahkan wakil rakyat berkenaan hilang kepercayaan kepada Khalid sebagai menteri besar dan berikrar menyokong Dr Wan Azizah untuk mengambil alih tugas itu.

Satu sumber PKR berkata, wakil rakyat perlu menandatangani beberapa borang dan menyerahkannya kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim selewat-lewatnya jam 10 pagi hari ini. Tidak diketahui apakah semua wakil rakyat PKR menandatangani akuan berkanun itu menjelang mesyuarat kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang dijadualkan pada Ahad ini.

“Langkah ini bertujuan memantapkan lagi sokongan kepada Dr Wan Azizah di Selangor. Beliau disokong pucuk pimpinan, kini sokongan perlu datang daripada wakil rakyat Selangor,” kata sumber dalaman parti.

Dua lagi parti bersekutu, DAP dan PAS akan membuat keputusan masing-masing pada Ahad dan rabu jika mereka menyokong Dr Wan Azizah sebagai menteri besar baharu. Tiga parti berkenaan memegang 44 daripada 56 kerusi DUN dalam Dewan.

Hanya pimpinan tertinggi PAS dan Majlis Syura secara umum menyatakan sokongan terhadap Khalid supaya dikekalkan sebagai menteri besar di negeri terkaya dalam Malaysia itu. Tetapi, pendirian mereka boleh menyebabkan risiko perpecahan gabungan itu.

Khalid, seorang bekas tokoh korporat, kini dalam penggal kedua sebagai menteri besar yang selama ini mendapat sokongan parti walaupun wujud rasa tidak puas hati daripada PKR Selangor yang diketuai Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.

Keputusannya bersetuju dengan pelan penstrukturan semula air bersama Putrajaya dan menswastakan lebuh raya bertol walaupun dibantah gabungan partinya menekan hubungannya dengan parti dan sekutu – mendorong kepada tekanan supaya beliau meletakkan jawatan.
Screen shot arahan Adun Pakatan Rakyat di Selangor perlu mengisi borang dan diserahkan hari ini berhubung sokongan terhadap calon menteri besar baharu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.Screen shot arahan Adun Pakatan Rakyat di Selangor perlu mengisi borang dan diserahkan hari ini berhubung sokongan terhadap calon menteri besar baharu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Majlis kepimpinan PR memutuskan pada 23 Julai, menteri besar Selangor itu akan terus dipilih daripada kalangan Adun PKR walaupun parti itu mempunyai kerusi paling sedikit di negeri itu berbanding DAP dan PAS masing-masing ada 15 kerusi.

Majlis itu juga memutuskan untuk mempertimbang Dr Wan Azizah sebagai menteri besar baharu walaupun Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kemudiannya berkata beliau lebih suka jika Khalid dikekalkan bagi jawatan itu.

Wujud juga cakap-cakap mengenai calon alternatif, termasuk Adun Ijok Dr Idris Ahmad atau Azmin, tetapi Dr Wan Azizah menafikan semua cadangan itu malam tadi.

“Parti memilih saya, terima kasih,” katanya ringkas ketika ditemui wartawan di program majlis makan malam bersama penduduk Ampang di Selangor.

Beliau mengulas laporan yang menyatakan Setiausaha PKR Selangor Amirudn Shari dan Ketua Penerangan negeri Suhaimi Shafei yang bertegas mahu Azmin dicalonkan bersama Dr Wan Azizah, berdasarkan kepada pengalaman cemerlangnya dalam parti.

Krisis yang berterusan mengenai jawatan Khalid itu juga menunjukkan sokongan yang tidak disangka daripada Umno Selangor, yang mempunyai 12 Adun dalam Dewan. Wujud spekulasi menyatakan kebuntuan terhadap penyelesaian kemelut itu boleh mengakibatkan pilihan raya kilat.

Sumber dalaman PR berkata pakatan itu kini bersedia menghadapi kemungkinan pilihan raya baharu yang boleh menyebabkan mereka kehilangan beberapa kerusi tetapi masih kekal memegang pemerintahan negeri yang kali pertama dimenangi pada 2008 selepas berjaya merampasnya daripada Barisan Nasional yang hingga kini masih belum lagi memperolehi sokongan popular. – 8 Ogos, 2014. (TMI)

Lihat ini
E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?   

2 comments:

reymond grey said...

Masa mintak Anwar sumpah dia tidak meliwat Saiful dia taknak. Sekarang suruh ahli Pkr sumpah sokong Jijah pulak. Macam mana manusia jenis ini, aljuburi memamg kepala penipu.

Anonymous said...

ikuit suka org la nk sokong sapa2, kata kebebasan bersuara, apa ni?
paksa eh silap 'suruh' ahli sign surat sumpah..
PKR cakap tak serupa bikin la..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails