Friday, August 08, 2014

Peserta S/Bogel P.Pg Pernah Berbogel Di S'pura, Kini Diburu.




Laporan polis dibuat di Pulau Pinang menggesa pihak berkuasa menyiasat dan mendakwa mereka yang terbabit dalam aktiviti sukan bogel di Teluk Bahang, Pulau Pinang pada Mei lalu. Gambar fail The Malaysian Insider. Laporan polis dibuat di Pulau Pinang menggesa pihak berkuasa menyiasat dan mendakwa mereka yang terbabit dalam aktiviti sukan bogel di Teluk Bahang, Pulau Pinang pada Mei lalu. Gambar fail The Malaysian Insider.

Nampaknya bukan Pulau Pinang saja menjadi tempat 'aktivis' sukan bogel Albert Yam Kam Hoong menayangkan ‘pakaian ketika lahirnya’.

The Straits Times melaporkan rakyat Malaysia berusia 50-an itu juga pernah membikin filem mengenai dirinya dalam keadaan bogel di tempat awam lain termasuk di Singapura iaitu di MacRitchie Reservoir, Changi dan East Coast Park.

Akhbar harian Singapura itu melaporkan, mereka menemui empat video, berdurasi antara 4-10 minit, yang diberikan oleh Yam. Di Singapura, berbogel di tempat awam adalah satu kesalahan jenayah. Jika Yam dituduh dan didapati bersalah, dia boleh dikenakan hukuman penjara atau denda atau kedua-duanya sekali.

Polis Pulau Pinang sedang memburu Yam dan 17 yang lain kerana menganjurkan "Sukan Bogel Malaysia 2014" pada Mei. Video yang merebak dengan pantas di laman web perkongsian Vimeo itu mengejutkan banyak pihak termasuk Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Ia juga membawa kepada penemuan Yam, seorang yang tidak bekerja, sudah berkahwin dan mempunyai 3 anak perempuan, untuk mengeluarkan video itu atau menjadikannya video peribadi selepas kisahnya menjadi tajuk utama media. The Malaysian Insider melaporkan semalam Ketua Polis Pulau Pinang Abdul Rahim Hanafi berkata 15 daripada mereka yang mengambil bahagian dalam aktiviti itu dikenal pasti. Tujuh adalah rakyat Malaysia, dan yang lain adalah dari Singapura, Myanmar, India dan Filipina.

Beliau berkata, tiada seorang pun tampil dan jika mereka gagal berbuat demikian, butir dan gambar mereka akan didedahkan kepada umum. Katanya, Interpol membantu mengesan mereka di luar negara. The Malaysian Insider juga melaporkan salah seorang peserta adalah bekas ketua Wanita Gerakan Kedah.

Timbalan Presiden Gerakan Datuk Dr Cheah Soon Hai berkata wanita itu, yang merupakan ketua sayap wanita dalam era 1980-an, bukan lagi ahli Gerakan. Katanya, keahlian wanita berkenaan tamat tempoh selepas dia berhenti membayar yuran selama lebih 20 tahun. – 8 Ogos, 2014. (TMI)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails