Friday, August 08, 2014

Isu MB Selangor: PAS Tunda Lagi Mesyuarat 17 Ogos

IMAGE
KL:  Mesyuarat PAS Pusat bagi membincangkan kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang dijadualkan pada 13 Ogos ini sekali lagi ditunda kepada 17 Ogos.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, pindaan itu terpaksa dibuat kerana ada dalam kalangan anggota yang tidak dapat hadir mesyuarat pada 13 Ogos.

"Oleh kerana mesyuarat ini penting, maka PAS mahu memastikan semua pihak dapat hadir, maka insya Allah, 17 Ogos ini semua boleh hadir," ujarnya ketika menghubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Menurutnya, mesyuarat PAS Pusat bagi membincangkan isu berkenaan yang dijadual diadakan pada 10 Ogos ditunda kepada 13 Ogos.

"Semua pihak insya Allah boleh hadir mesyuarat pada 10 Ogos tetapi tarikh itu dilihat tidak cukup matang terhadap perkembangan yang berlaku, sebab itu kita tunda kepada 13 Ogos," jelasnya. - HARAKAHDAILY 8/8/2014

Lihat ini  
E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?   

4 comments:

Anonymous said...

Syura PAS dah pun buat keputusan , majlis PAS pusat nak mesyuarat apa lagi. Keputusan mesyuarat dah tentu sokong syura bersyarat. Kalau pun PAS nak terus bersatu dengan PR..rasa mcm terus meluat dengan PR kerana adanya PAS. Elok PAS keluar PR samada bersedirian terus lalok dengan pil kuda atau UG dengan UMNO laksanakan hukum hudud dan gelumang dengan rasuah betsama UMNO.

Anonymous said...

Lebih baik aku sokong UMNO yg dah tentu syaiton yang nyata...dari sokong PAS syaiton yang berselindung dengan serban dan jubah.

Anonymous said...

Aku tak tahu berapa banyak pil kuda tentawi telan, tapi yang pasti dia yang pemalu dah memalukan diri sendiri bila kaitkan LGE dalam isu KHALID. Puak UG dlm PAS enjoy sakan lepas ramadhan pakat2 lalok pil kuda share dgn tuan presiden.

Anonymous said...

PAS tunjuk hebat digelangang yang salah. Kalau pun PAS tersedar dari kesilapan mereka lepas ini, tapi PAS tetap hilang sokongan. Ahli2 bawahan yang menyokong PAS tanpa kenal penat lelah meluat dengan telatah pemimpin atasan PAS yang tak sedar diri bila diberi kuasa. Kesan dari tidakan PAS yang melulu tanpa usul periksa secara teliti dalam isu MB Selangor mengesahkan lagi sememangnya PAS ialah parti kampung sesuai untuk golongan pencen kerajaan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails