Saturday, August 02, 2014

'S'gor Sudah Darurat, MB Buat Bodoh' -Charles Santiago

 
MP Klang Charles Santiago menyalahkan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim kerana berpura-pura tidak tahu dengan tahap bekalan air Selangor yang didakwanya kini sudahpun di tahap darurat.

"Khalid enggan menjalankan catuan air kerana ia akan memberi kesan buruk pada beliau.
"Tapi dia mesti berhenti dari berpura-pura tidak tahu dan mengabaikan masalah air yang semakin darurat semata-mata demi kelangsungan politik beliau,” katanya.

Bercakap dalam satu sidang media hari ini, Charles berkata sekiranya catuan dan usaha penjimatan air tidak dilakukan segera, Selangor tiada lagi bekalan air untuk dicatu. Katanya, Khalid menegaskan bahawa tahap bekalan air sebanyak 33.46 peratus di Sungai Selangor tidak perlu dibimbangkan, namun tahap air itu sebenarnya lebih rendah.

Katanya, sebanyak 15 hingga 20 peratus dari isipadu empangan tersebut terdiri daripada lumpur dan kelodak lain yang tidak boleh digunakan. (MK)


Lihat sebelum ini..


E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?
E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails