Thursday, July 31, 2014

Malaysia Tempat Latihan Hamas -KDN Nafi.

Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menegaskan laporan yang mengatakan Malaysia menganjur latihan ketenteraan dari Hamas secara sulit mempunyai niat jahat bagi memburukkan imej negara di mata dunia. – Gambar fail Reuters, 31 Julai, 2014.  
Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menegaskan laporan yang mengatakan Malaysia menganjur latihan ketenteraan dari Hamas secara sulit mempunyai niat jahat bagi memburukkan imej negara di mata dunia. – Gambar fail Reuters, 31 Julai, 2014. 

 Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menafikan dakwaan sebuah portal berita Israel kononnya Malaysia menjadi tempat latihan pejuang Hamas di Palestin.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (gambar) berkata Malaysia tidak pernah menganjur sebarang latihan ketenteraan untuk mana-mana pihak selain negara-negara yang mempunyai perjanjian secara formal.

"KDN tidak pernah melatih mana-mana pejuang dari Hamas secara sulit melainkan ada program latihan di kalangan negara-negara yang mempunyai perjanjian secara formal dengan kita," katanya hari ini.

Beliau berkata laporan yang tidak berasas itu mempunyai niat jahat bagi memburukkan imej negara di mata dunia. Sebuah akhbar dalam talian The Jerusalem Post semalam memetik kononnya seorang anggota Hamas Cell mengakui Malaysia adalah tempat latihan menyeludup dan membuat serangan sempadan negara dengan menggunakan payung terjun.

Laporan itu juga memetik kononnya anggota Hamas terbabit memberitahu Agensi Keselamatan Israel (Shin Bet) mereka turut dilatih mengenai cara menculik anggota tentera dan ia adalah sebahagian persiapan Hamas untuk menentang serangan darat pasukan Pertahanan Israel (IDF) di Semenanjung Gaza.

Wan Junaidi berkata berita tidak sahih itu disifatkan sebagai satu dakyah jahat Shin Bet ekoran Malaysia menyokong perjuangan rakyat Palestin dan mengutuk kekejaman Israel di Gaza.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut. – Bernama, 31 Julai, 2014.

1 comment:

Anonymous said...

Malas nak mengulas lanjut takut org tanya nanti pasal minyak sawit..kah kah kah..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails