Thursday, July 31, 2014

Shahul Hamid Mohon Maaf Pada Penganut Hindu. Dr Mujahid.. Selesai.


VIDEO l 2.08 min

Pendakwah Shahul Hamid memohon maaf secara terbuka, terutama kepada masyarakat India, selepas rakaman video kenyataannya yang dianggap menghina penganut agama Hindu, tersebar luas di Internet.

Bercakap dalam satu sidang akhbar  di Masjid Bandar Perda, Bukit

Mertajam hari ini hari ini, Shahul berkata beliau kesal kerana membuat kenyataan tersebut dan dengan ikhlas memohon maaf kepada semua yang terlibat.

Menurutnya lagi, beliau tidak bermaksud untuk melakukannya ataupun berniat untuk mencetuskan sentimen perkauman.

Shahul berjanji tidak akan mengulangi kesilapannya, sambil
menambah ia adalah "kali pertama dan terakhir" beliau mengucapkan kata-kata tersebut.

Menurutnya, beliau bersedia menemui semua peringkat pemimpin tertinggi masyarakat India untuk memohon maaf secara terbuka dan merayu kepada akhbar berbahasa Tamil supaya menerbitkan permohonan maafnya itu dalam huruf besar.

Mengiringi Shahul ialah Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Pulau Pinang, Datuk Mujahid Yusof Rawa yang juga ahli Parlimen Parit Buntar dan beberapa pemimpin PAS peringkat negeri.

Shahul, yang merupakan ahli PAS Kawasan Tanjong, menafikan membuat kenyataan itu atas sifatnya sebagai ahli PAS, tetapi beliau hanya cuba untuk menarik perhatian pendengarnya.

Malah, katanya, beliau tidak ingat bila beliaui menjadi ahli PAS.

Shahul berharap tiada lagi tindakan lanjut akan diambil terhadapnya.

Beliau menggesa mereka yang memuat naik video ucapannya itu, yang dikatakan dibuat di sebuah surau di Shah Alam beberapa tahun yang lalu, supaya membuangnya dan berhenti menyebarkan pautan pada klip kontroversi.

Beliau bagaimanapun, enggan menyatakan dengan tepat bila ucapan itu dibuat.

Shahul mendakwa beliau telah menerima hampir 1,000 panggilan telefon dan banyak mesej teks, kebanyakannya berunsur mengancam, termasuk yang membuat ancaman bunuh terhadapnya.

Sebuah kereta yang dipercayai milik Shahul juga disimbah dengan serbuk kari, tetapi beliau menafikan ia adalah keretanya.

Shahul juga mendakwa telah memberikan kenyataan di Balai Polis Bandar Perda selepas lebih 400 laporan dibuat terhadapnya.

Beliau membuat permohonan maaf secara terbuka selepas Kira-kira 150 orang berhimpun di Dataran Brickfields petang semalam bagi mendesak supaya tindakan diambil terhadap Shahul.


Sementara itu anggota jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Mujahid Yusof menganggap kes kenyataan oleh penceramah Shahul Hamid yang didakwa menghina agama Hindu kini sudahpun selesai. Menurut Mujahid, Shahul sendiri sudah membuat permohonan maaf di atas ucapannya itu.

"Memandangkan Shahul sudah meminta maaf, saya anggap kes ini ditutup tapi pada orang lain mungkin mungkin belum (ditutup)," kata pesuruhjaya PAS Pulau Pinang itu.

Beliau turut mempersoalkan tujuan pihak tertentu yang membangkitkan semula isu berkenaan, memandangkan ucapan itu dibuat empat tahun lalu.

"Kami tidak tahu apa motif menyebarkan ucapan Shahul itu," kata Mujahid.
"Saya melihat kes ini serius, terutamanya terhadap mereka yang cuba mengambil kesempatan daripada isu ini memandangkan isu agama adalah sensitif dan boleh mencetuskan ketegangan agama dan kaum," kata Mujahid.

Beliau juga mengingatkan mana-mana pendakwah agar lebih berhati-hati dalam ceramah mereka. Tegasnya, menghina agama atau masyarakat lain adalah bertentangan dengan Islam.(IH)


Lihat sebelum ini..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails