Saturday, August 02, 2014

PR Tiada Hak Mutlak Lantik MB S'gor -Faekah Husin

faekah husin

PETALING JAYA: Pegawai Penyelaras DUN Pelabuhan Klang, Faekah Husin menyangkal kenyataan Ahli Parlimen Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz yang mengatakan bahawa tindakan Khalid Ibrahim tidak wajar kerana tidak mengikuti arahan Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya berundur daripada menjadi Menteri Besar sebagai memalukan.

Tambahnya lagi, Ariff juga boleh menulis diblognya SakmongkolAK47 yang mengatakan bahawa tindakan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mencalonkan isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor merupakan satu tindakan yang memalukan.

“Ariff tidak memahami sepenuhnya proses perlantikan Menteri Besar yang perlu mengikut Perlembagaan Selangor.
“Memang betul Khalid tidak dilantik oleh rakyat namun Arif juga perlu faham bahawa PR juga tidak mempunyai hak yang mutlak untuk melantik MB di Selangor,” katanya.

Kata Faekah lagi, kenyataan Ariff yang mengatakan Khalid telah tewas dalam pilihan raya parti dan harus mengundurkan diri juga salah.

“Walaupun pengundian bagi jawatan Timbalan Presiden masih berlangsung, Khalid tetap telah mendapat lebih satu pertiga daripada undi,” jelasnya dalam satu kenyataan.
“Dia (Ariff) juga tidak perlu mempersoalkan tindakan Khalid berjumpa dengan presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,” tegas Faekah membela Khalid.
(FMT)

Lihat ini..

E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?
E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?

3 comments:

Anonymous said...

Bertanding atas tiket PKR (PR) . nak berlagak kata PR tak boleh buat keputusan . Masa hantar nama bersekali surat sokongan dari PR , apa cerita . Faekah ni , dia ingat rakyat Selangor bodoh-piang macam kau ker ! Kalau TSKI berani ... letak jawatan dan bertanding semula atas apa-apa tiket ( jangan guna PR ).... apa macam ader brani !

Anonymous said...

TSKI pasti menang walaupun menjadi calun bebas

Anonymous said...

Hidup TSKI..HIDUP FAEKAH YG DIKASIHI...PAS PLUS UMNO..HIDUP MELAYU SEMULA...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails