Monday, July 28, 2014

Umpama Permainan Catur, Hadi 'checkmated' Anwar.. -Utusan


Asal Usul Permainan Catur
Utusan Malaysia melalui suara kolektif pengarangnya, Awang Selamat, hari ini menyokong penuh tindakan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mempertahankan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai menteri besar Selangor.
Datuk Seri Anwar Ibrahim ingin melantik isterinya sebagai menteri besar Selangor tetapi hasratnya dihalang presiden PAS. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Julai, 2014. 
Awang Selamat berkata, hujah presiden PAS yang menolak cadangan PKR menggantikan Khalid dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail‎ dengan menyatakan menteri besar Selangor tidak pernah mengkhianati rakyat merupakan satu tamparan buat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

‎"Awang menyokong presiden PAS, Hadi Awang yang mempertahankan Khalid sebagai menteri besar.
"Umpama permainan catur, Hadi 'checkmated' Anwar. Penolakan rakyat dan banyak pihak dalam isu bukan sahaja terhadap Dr Wan Azizah malah kepada Anwar," katanya dalam tulisan di edisi Ahad, Mingguan Malaysia.

Utusan Malaysia mendakwa kerakusan ketua umum PR itu yang ingin melantik isterinya sebagai menteri besar Selangor merupakan percaturan peribadi yang memakan diri.

"Disebabkan kerakusan untuk menempatkan isterinya sebagai menteri besar atas percaturan peribadi, Anwar berdegil mengumumkan perkara itu kerana yakin usahanya akan berjaya.
"Ternyata strategi beliau makan diri. Bukan sahaja rakyat akar umbi di Selangor menolak, ahli PKR turut kecewa dengan menuntut mesyuarat agung luar biasa, yang Anwar tentunya tidak berani adakan. Lebih mengejutkan PAS, parti sekutu pakatan pembangkang turut membantah," katanya.

Hadi membuat kejutan pada Jumaat apabila menyatakan sokongan terbuka agar Khalid dikekalkan walaupun Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) sudah bersetuju kerusi menteri besar Selangor merupakan hak PKR.

"Saya sudah dengar semua hujah, kumpulkan sebelum akhirnya saya dapati majoriti kalangan akar umbi PAS bersetuju Khalid dikekalkan atas konsep amanah yang ditunaikannya," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas kuliah Jumaat di rumahnya di Rusila di Terengganu.

Hari ini, Musyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini turut menyatakan sokongan terhadap pendirian Hadi ‎mengenai jawatan menteri besar Selangor. Dalam kenyataannya hari ini, Nik Aziz berkata beliau pada mulanya enggan melayan isu menteri besar Selangor namun mengubah pandangannya apabila diasak supaya memberikan respon terhadap kenyataan Hadi kelmarin yang mempertahankan Khalid.

"Saya membaca kenyaaan tuan guru presiden dan sepenuhnya saya menyokong kenyataan beliau," katanya.

Awang Selamat berkata ekoran dari penolakan rakan sekutu mereka, maka Anwar mahupan Dr Wan Azizah disarankan melupakan hasrat menggulingkan Khalid dan menumpukan usaha menangani pemilihan PKR yang masih belum sesai. Awang Selamat juga turut menyarankan Anwar dan Dr Wan Azizah memohon maaf kepada Khalid sempena sambutan Aidilfitri yang bakal disambut esok.

"Berikutan gelombang penolakan itu, Awang nasihatkan kedua-duanya lupakanlah hasrat mahu menggulingkan Khalid. Pasangan suami isteri itu sebaliknya perlu tumpukan usaha menangani masalah pemilihan parti yang masih dihantui isu penipuan, pergaduhan dan pemilihan semula yang tidak selesai-selesai.
"Tebuslah kesilapan dengan mengikuti nasihat Hadi dan janganlah rosakkan Selangor. Malah sempena Aidilfitri ini, mohonlah maaf kepada Khalid atas keterlanjuran mahu membunuh karier politik beliau di era kemuncaknya." – 27 Julai, 2014. (TMI)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-89: Anwar-Khalid -Gelombang Kopi Dalam Cawan?
E-Buku IH-89: Anwar-Khalid -Gelombang Kopi Dalam Cawan?

4 comments:

Anonymous said...

Utusan meloya dah mula masuk daun dan dah mula main peranan sebagai pengampu Hadi dan Khalid dan ada lagi sekor mangkok hayun dah cadangkan dengan fakta figure jika PAS keluar dari PR Khalid akan dikekalkan sebagai MB brabo brabo Hadi dan PAS sudah bagi bola tanggung untuk UMNO khususnya dan utusan khasnya demi kepentingan menantu yang berada dalam jawatan yang dianugerah oleh khalid. Syabas PAS dan Hadi Awang.

Anonymous said...

Sapa punya punca? Anwar brahim la punya keja...rakyat bawahan rmai yg x stuju mb ditukar..hebat 2 org tok guru berpolitik..ini mnnjukkn pas bkn parti yg boleh dipermainkn..x abis2 pkr dgn masalah rebut jwtn..sama saja mcm umnooo..

SuJeng said...

Ada 2 org calon yg sesuai cabar haji hadi tuk Presidin PAS.... Mat Sabu dan Tuan Ibrahim. Org tua tu makin teruk skrg. Uztaz Fadzil penat lelah kembangkn PAS.... Dia sibuk jumudkn PAS mcm dulu dulu

Unknown said...

Hj Hadi dah relevan nampaknya. Kenapa bersangka buruk terhadap Anwar sedang bukti kecelaruan Khalid Ibrahim semakin jelas nampak. Melainkan jika Hj Hadi ada rancangan untuk sahabatnya sekalilagi seperti PRU 13. Mungkir janji, bermuka-muka dan menikam sahabt dari belakang telah menjadi halal? Kenapa macam wahai parti yang bermatlamt islam?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails