Thursday, July 31, 2014

UMNO Sambut, PAS S'gor Bentuk K'jaan Negeri Dg Umno?





Umno akan menilai daripada pelbagai sudut sebelum membuat sebarang kenyataan mengenai cadangan Pengarah Operasi, Pusat Penyelidikan PAS Pusat Dr Mohd Zuhdi Marzuki (gambar) supaya PAS Selangor keluar daripada pakatan pembangkang dan membentuk kerajaan negeri dengan Umno.

Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh berkata cadangan itu mungkin bersifat peribadi dan tiada hubungan dengan parti PAS.

"Kita dah banyak kali mengusulkan dengan PAS daripada dahulu (untuk bekerjasama) tetapi tidak mendapat sambutan yang baik.
"Kali ini walaupun dimulakan dalam kalangan anggota PAS sendiri, terserah kepada pucuk pimpinan PAS untuk menilai suara akar umbi mereka...kita (Umno) tunggu dan lihat," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Umno Bahagian Masjid Tanah, hari ini.

Turut hadir Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob dan Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung perbincangan melalui mesej WhatsApp Dr Mohd Zuhdi dengan anggota jawatankuasa PAS yang mencadangkan agar PAS Selangor keluar daripada pakatan pembangkang dan membentuk kerajaan negeri bersama Umno.

Ab Rauf yang juga Ketua Umno bahagian Masjid Tanah bagaimanapun berkata Umno sentiasa terbuka untuk mengadakan kerjasama dengan pihak yang mengutamakan kepentingan dan kebajikan rakyat. – Bernama, 31 Julai, 2014.

Lihat sebelum ini.. 
E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?
E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?

1 comment:

bat8 said...

Tuan,

Sekarang PAS berada dipersimpangan dimana PAS perlu memilih jalan mana yang akan diikuti. Segala pencapaian yang dicapai hari ini sejak ditubuhkan telah dimusnahkan ol3h segelintir pemimpin yang pro UG.

Cara terbaik adalah dengan mengadakan muktamar khas untuk menentukan halatuju PAS: kekal didalam Pakatan atau bersama-sama UMNO atau bergerak sendirian.

Muktamar khas lah medan yang paling sesuai untuk menentukan halatuju PAS kerana ia adalah proses membuat keputusan yang m3libatkan s3luruh ahli parti.

Muktamar khas ini mesti membuat keputusan yang konklusif kerana muktamar PAS yang diadakan beberapa tahun dulu menolak sebarang kerjasama dengan UMNO. Namun gerakan puak UG masih juga bergerak didalam PAS.

Apapun pilihan PAS nanti, PAS perlu ingat PAS TERPAKSA BERMULA DARI TITIK SIFAR SEMULA UNTUK MEMBINA KEYAKINAN RAKYAT. KEYAKINAN YANG DIRAIH OL3H PAS SEMASA BERADA DIDALAM PAKATAN DULU TELAH MUSNAH!

Hatta jika PAS membuat keputusan untuk kekal didalam Pakatan. PAS perlu membuktikan s3mula dari titik kosong untuk mendapat kepercayaan PKR dan DAP.

Inilah bahana kepimpinan yang lemah. Dalam kes ini, presiden sendiri memb3lakangkan proses parti untuk menghidupkan UG yang ditolak oleh muktamar di Ipoh dulu.

pada saya presiden PAS sendiri yang menjadi punca kepada kejatuhan PAS. Dalam banyak tindakan, kita kekadang segelintir pemimpin PAS bertindak seperti p3mimpin UMNO. Tak ada bezanya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails