Friday, August 01, 2014

WhatsApp Bocor, PKR Alih Isu MB Selangor -Dr Riduan Mohamad Nor




PETALING JAYA: Serangan bertubi-tubi sekutu pakatan pembangkang terhadap PAS berhubung mesej WhatsApp kumpulan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat disifatkan sebagai modal untuk mengalih tumpuan rakyat terhadap isu Menteri Besar Selangor. 

AJK PAS Pusat, Dr Riduan Mohamad Nor yang kesal dengan perkembangan itu berkata, Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat (PPP), Dr Mohd Zuhdi Marzuki kini menjadi 'kambing hitam' pihak berkepentingan. Lebih mengecewakan apabila isu berkenaan turut hangat dimainkan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menjadi rakan sekutu mereka dalam Pakatan Rakyat.

"Hari ini beliau menjadi 'kambing hitam' media siber dan media perdana kerana 'pengkhianatan tangan' insan yang khianat.
"(Mohd Zuhdi) juga (menjadi mangsa) ketololan figura PKR untuk mengalih isu Menteri Besar selangor," katanya pada Khamis.

Beliau mengulas mengenai kenyataan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli dan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke yang menggesa supaya PAS mengambil tindakan sewajarnya Mohd Zuhdi.

Malah Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua turut memberi kata dua kepada Mohd Zuhdi supaya memohon maaf atau meninggalkan Pakatan Rakyat. Sejak Isnin lalu, nama Mohd Zuhdi hangat diperkatakan selepas mencetuskan kontroversi apabila mesejnya dalam kumpulan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berhubung cadangan supaya PAS keluar daripada PR bocor dan menjadi viral di Internet.

Cadangan itu dilihat mempunyai kaitan dengan pendirian yang dinyatakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor tidak diganggu. Ia jelas sekali bertentangan dengan 'Langkah Kajang' yang dirancang PKR bagi menggulingkan Abdul Khalid.

Baru-baru ini, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelantikan isterinya sendiri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon bagi menggantikan Abdul Khalid.
Pencalonan Dr Wan Azizah dibuat dengan alasan ia bakal menyelesaikan banyak perkara khususnya di Selangor. (mStar)
 
Lihat sebelum ini.. 
E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?
E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?

1 comment:

Anonymous said...

Ini lah masaalahnya yg dikatakn pemimpin parti Islam, sebenarnya memalukn Islam saje..Apa yg nak dibawa "ISLAM" satu tanggungjawab yg besar sekali..Muhasabah diri lah..jgn dok tembak sana, tembak sini,tuduh sana tuduh sini..Inikah cara Islam...? Satukn umat d bawah satu payung, Jadikn diri itu sesuatu yg dpt menarik manusia trtarik pd Islam..bukan sebaliknya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails