Monday, July 28, 2014

PAS Perlu Tegas Pertahan Khalid Sebagai MB, Kata Utusan

















Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) perlu tegas dalam soal pendirian dan tidak boleh 'hangat-hangat tahi ayam'  mempertahankan Tan Sri Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai menteri Besar Selangor‎, kata Utusan Malaysia hari ini.

Pengarang Utusan Malaysia Zulkiflee Bakar berkata baik Hadi mahupun Dewan Ulama PAS perlu menunjukkan mereka mempunyai cengkaman dan maruah dalam memimpin parti Islam itu selain tidak tunduk kepada golongan 'pejuang' Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam parti.

"Sudah cukup selama ini PAS dipandang rendah oleh banyak pihak kerana dilihat menjadi 'pak turut' dalam pakatan pembangkang, sampai bilakah keadaan ini harus dibiarkan berterusan," katanya menerusi akhbar edisi Ahad Mingguan Malaysia hari ini.

Pengarang kanan itu mendakwa ejen-ejen propaganda dan balaci politik PKR menyebarkan "dakyah" kononnya PAS bersetuju dengan cadangan parti itu memilih Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menggantikan Khalid.

"Propaganda murahan itu berterusan dalam tempoh 24 jam sehingga menimbulkan kegelisahan dalam kalangan pemimpin dan penyokong PAS," katanya.
Beliau berkata, sokongan terbuka Hadi terhadap Khalid memberi tamparan hebat‎ kepada Anwar.
"Isyarat yang Hadi dan PAS mahu berikan kepada Anwar ialah PKR tidak berhak menggantikan menteri besar dengan sewenang-wenang hanya kerana perebutan kuasa berlaku dalam parti tersebut," katanya.

Pada masa sama Zulkiflee turut mendakwa lebih ramai pemimpin dalam PAS berkiblatkan Anwar sehingga melakukan apa sahaja termasuk melanggar prinsip perjuangan parti itu.
Katanya bukan satu kejutan apabila ada pemimpin PAS menganggap kenyataan Hadi bukan keputusan rasmi dan mengganp ia hanya pandangan peribadi.

"Kenyataan seumpama itu sudah tentu akan menggembirakan Anwar dan pemimpin PKR yang berangan-angan menggantikan Khalid," katanya.

Meskipun tidak menamakan pemimpin PAS itu, Utusan Malaysia dipercayai merujuk kepada Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Mohamad berkata semalam sokongan Hadi terhadap Khalid tidak mencerminkan pendirian rasmi PAS sebaliknya hanya pandangan peribadinya, lapor portal Antarapos semalam.

‎Mohamad ketika dihubungi The MalaysianInsider semalam enggan memberikan sebarang komen sehingga keputusan dicapai dalam mesyuarat PAS Pusat pada 10 Ogos depan.

Zulkiflee berkata ketegasan PAS dalam menyokong Khalid dapat dikekalkan kerana kedudukan menteri besar Selangor itu kini bergantung kepada pendirian parti Islam itu.

"Diharapkan Hadi dapat menunjukkan ketegasan beliau dalam soal ini. Beliau ialah presiden yang mempunyai kuasa penuh untuk mentadbir parti dan bukannya tunduk kepada sebarang tekanan luaran atau dalaman.
"Dan diharapkan ketegasan PAS akan berkekalan memandangkan; dalam kalangan pemimpin PKR tiada bersikap seperti pemimpin PAS, tetapi dalam kalangan pemimpin PAS ada yang berperagai seperti pemimpin PKR," katanya. – Julai 27, 2014. (TMI)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-89: Anwar-Khalid -Gelombang Kopi Dalam Cawan?
E-Buku IH-89: Anwar-Khalid -Gelombang Kopi Dalam Cawan?

1 comment:

SuJeng said...

Dh smpai masa haji hadi dcabar utk jawatan Presiden.... Byk sgt buruk perangai org tu ni

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails