Friday, August 01, 2014

Mesyuarat PAS Isu MB S'gor Tetap 10 Ogos

 

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, parti itu tidak akan menetapkan tarikh lebih awal untuk mesyuarat bagi membincangkan pendirian berhubung rancangan PKR untuk menggantikan menteri besar Selangor.

Menurut Mustafa, mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat itu tetap pada 10 Ogos dan tidak akan dipercepatkan kerana dikhuatiri mengganggu perkara lain.

"Tidak (akan tukar tarikh). Sebab tarikh sudah ditetapkan.
"Kalau ubah juga tarikh akan rosak jadual lain. Kita kekal tarikh itu.
"Kita minta semua orang bersabarlah. Tak lama pun 10 Ogos tu," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Ketika ditanya, beliau juga berkata isu berhubung kenyataan Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Mohd Zuhdi Marzuki juga hanya akan dibincangkan jika ia dibangkitkan dalam mesyuarat.

Mustafa berkata perkara itu bukan agenda utama mesyuarat diadakan.

"Agenda utama mengenai Menteri Besar Selangor. Isu itu (Zuhdi) akan dibincangkan kalau ada orang bangkitkan. Sama ada akan membincangkan perkara itu atau tidak, terpulang kalau ada yang bangkitkan," katanya lagi.

Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat meminta mesyuarat PAS Pusat diadakan lebih awal. Selain Suhaizan, seorang lagi pemimpin parti itu, Dr Dzulkefly Ahmad turut melahirkan pendirian sama. Menurut Dzulkefly, tempoh 10 hari terlalu lama dan beliau turut  meminta agar persidangan Majlis Presiden Pakatan Rakyat disegerakan tanpa menanti keputusan selepas mesyuarat 10 Ogos. (MK)


Lihat sebelum ini.. 
E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?
E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails