Wednesday, July 30, 2014

Strategi Rampas Kuasa PKR, Budaya Tidak Sihat -Dr Mohd Zuhdi

zuhdi-marzuki513

Ini sudah jadi lain macam... nampaknya ugutan dan cubaan dua tiga kerat pemimpin PAS pro Datuk Seri Anwar Ibrahim membocorkan kandungan WhatsApp untuk mengertak Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat (PPP), Dr Mohd Zuhdi Marzuki nampaknya tak jalan.

Bos think tank PAS itu memang diketuai umum agak tidak senang dengan gerak-geri Anwar dalam soal penukaran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan pada Rabu, walaupun dikecam DAP dan PKR selepas mesej WhatsApp bocor Dr Zuhdi tetap konsisten menolak idea untuk menggulingkan Abdul Khalid.

Terbaharu Dr Zuhdi berkata, strategi rampasan kuasa yang cuba diamalkan PKR akan menjadi budaya yang tidak sihat dalam sistem politik di negara ini.

“Sekali kita mencipta budaya baharu…turunkan pemimpin dengan cara tidak biasa atau seperti rampasan kuasa di Thailand, budaya itu akan terus melekat.
“Selepas Tan Sri Khalid diganti (dan) bila ada yang tidak puashati (dengan Menteri Besar baharu) budaya yang sama akan diikuti. Hinggakan kepentingan rakyat diabaikan oleh kemelut ahli-ahli politik,” katanya menerusi akaun Facebooknya hari ini.

Sebelum ini, Anwar mengumumkan pelantikan isterinya sendiri, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon bagi menggantikan Abdul Khalid. Tambah Dr Zuhdi, PKR yang menjadi sekutu PAS dalam Pakatan Rakyat (PR) seharusnya mencontohi amalam demokrasi dalam usaha untuk menurunkan pemimpin.

“Berikan mandat kepada beliau (Abdul Khalid) walaupun ada perkara yang kita tidak suka selagi beliau tidak menyeleweng dan rasuah.
“Lepas tamat tempoh mandat, kita boleh lantik yang lain. Bukankah ini tatacara yang lebih teratur dalam mengikut budaya demokrasi,” katanya.

Beliau yang juga AJK PAS Pusat, berkata Abdul Khalid Ibrahim perlu diberikan peluang menghabiskan tempoh pentadbirannya sehingga pilihan raya akan datang.
Tegasnya, ia selaras dengan satu hadis Nabi yang menyeru umat Islam mentaati pemimpin "selagi tidak disuruh kepada maksiat".

"Demikian juga dalam kes Khalid Ibrahim, mari kita jadikan hadith itu panduan.
"Berikan mandat kepada dia, walaupun ada perkara yang kita suka dan ada perkara yang tidak suka, selagi mana dia tidak menyeleweng dan rasuah.
"Lepas tamat tempoh mandat, kita boleh lantik yang lain," tulisnya

Sejak Isnin lalu, nama Dr Zuhdi hangat diperkatakan selepas mencetuskan kontroversi apabila mesejnya dalam kumpulan AJK PAS Pusat berhubung cadangan supaya PAS keluar daripada PR bocor dan menjadi viral di Internet.

Menerusi mesej paparan skrin yang disebarkan itu, Mohd Zuhdi memberi analisis senario bagaimana PAS boleh membentuk kerajaan negeri Selangor baharu dengan kerjasama 12 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) UMNO dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang, milik Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dan satu kerusi tambahan milik Adun PKR.-30/7/2014 (AD)


Lihat sebelum ini.. 
E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?
E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?

5 comments:

Ustaz Redzuan said...

Bukan sahaja tidak sihat tapi penyakit berbahaya.Tambahan dibuat pada masa yg amat tidak munasabah.

Anonymous said...

Sekali kantoi memang jenuh nak bersilat lidah..kah kah kah..

Anonymous said...

Ha..ha...bergasak lah kamu puak2 PAS dengan PKR. Ini bukan lagi perbezaan pendapat tapi dah sampai tikam menikam. Tidak menghairankan kalau setakat rakyat di bawah yang bersikap sedemikian sebab dah memang perangai Melayu tapi ini dah melibatkan pemimpin dan pemikir. Kami sebagai pengundi yang tidak berparti ini dah terlalu muak dan bosan dengan budaya haprak ini..

Anonymous said...

Teman nak tanya apa pasal geng PAS ini dok mempertahankan sangat2 TS Khalid ini. Teman yang tinggal di Selangor tak nampak apa pun yang hebat. Kualiti kutipan sampah semakin teruk, jalan2 berlubang sana sini...apa faedahnya ada simpanan RM3b.

Abu Zakariyya said...

Sbb yg mula buat hal dulu wakil pas, hassan ali

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails