Thursday, July 31, 2014

PAS Eggan Ambil Tindakan Terhadap Zuhdi, -Mustafa Ali



Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata tindakan ke atas ahlinya hanya akan dibuat berdasarkan laporan dalaman oleh kalangan anggota parti dan bukannya pihak lain. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Julai, 2014.  
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata tindakan ke atas ahlinya hanya akan dibuat berdasarkan laporan dalaman oleh kalangan anggota parti dan bukannya pihak lain. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Julai, 2014.  

PAS tidak akan mengikut telunjuk “orang luar” parti yang mendesak agar tindakan disiplin diambil terhadap Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Dr Mohd Zuhdi Marzuki yang didakwa mengemukakan cadangan mengkhianati Pakatan Rakyat (PR), kata Datuk Mustafa Ali. Setiausaha agung PAS itu berkata, tindakan ke atas ahlinya hanya akan dibuat berdasarkan laporan dalaman oleh kalangan anggota parti dan bukannya pihak lain.

"Saya tidak baca apa benda dia punya alasan. Kita tidak ambil tindakan daripada orang-orang luar cakap.
“Tindakan disiplin dibuat berdasarkan laporan dalam kalangan ahli PAS sendiri,'' kata Mustafa seperti dilaporkan Utusan Malaysia, mengulas mengenai desakan PKR dan DAP agar parti Islam itu bertindak terhadap Zuhdi selepas tersebarnya mesej WhatsApp perbincangan dalaman parti itu.
 
Menurut Utusan Malaysia, Mustafa menjelaskan beliau belum mengetahui punca sebenar PKR dan DAP meminta PAS bertindak terhadap Zuhdi. Beliau berkata, tidak timbul persoalan PAS meninggalkan PR yang turut dianggotai PKR dan DAP kerana pendirian rasmi parti dan pemimpin termasuk Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah jelas, Umno tetap lawan politik mereka.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli sebelum ini mendakwa mesej kumpulan WhatsApp Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat tentang senario yang dijangka berlaku sekiranya parti itu keluar daripada PR menggambarkan kewujudan unsur-unsur khianat dalam kalangan pimpinan tertinggi parti tersebut dengan sikap bermuka-muka.

Menurut Rafizi, pendapat dan sentimen yang dinyatakan oleh Zuhdi dalam mesej yang dipercayai dibocorkan oleh seorang pemimpin PAS itu bercanggah dengan janji-janji yang dimeterai parti tersebut dalam PR. Rafizi meminta agar tindakan disiplin diambil ke atas Zuhdi apabila beliau mengutarakan cadangan yang khianat kepada perjanjian yang PAS meterai dengan PR dan rakyat yang mengundi parti itu serta gabungan pembangkang itu.

Selain Rafizi, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke berkata, kenyataan Zuhdi sangat tidak bertanggungjawab dan ada unsur-unsur membelot kepercayaan rakyat. Sementara Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, yang mencetuskan kontroversi adalah isi kandungan mesej Zuhdi berbunyi: 
 
"DAP, gereja dan non-Muslim melalak isu serbuan, kalimah Allah, kita boleh jentik saja mereka. Hujung tahun ini ubah sempadan kembalikan semula kuasa politik Melayu Islam. So mana-mana suara non-Muslim, gereja, kita boleh sergah macam sebelum ini".

Pua berkata, analisis itu jelas menunjukkan fikiran rasis dan ekstremis apabila hak rakyat Malaysia yang bukan Islam dan bukan Melayu bagi Zuhdi mudah dijentik dan disergah. Mengenai jawatan menteri besar Selangor, Mustafa berkata soal sama ada pendirian tegas Hadi mempertahankan kepemimpinan Khalid turut mewakili suara parti hanya akan diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi parti pada 10 Ogos depan.

Mustafa hanya memberi bayangan itu ketika pergeseran pendapat dalam kalangan pemimpin dan penyokong PAS semakin jelas berhubung kemelut kepimpinan di Selangor selain pertentangan pendirian sebahagian pemimpin parti tersebut dengan PKR.

"Tunggulah mesyuarat 10 Ogos ini. Kita akan bawa cadangan itu kepada mesyuarat, tidak berbangkit soal PAS setuju atau tidak setuju.
“Kita akan bawa dulu, bincang dan selepas itu baru ada keputusan macam mana,'' katanya seperti dilapor Utusan Malaysia.

Beliau berkata, Hadi sendiri yang akan mempengerusikan mesyuarat itu kelak dan keputusan hasil perbincangan tersebut merupakan pendirian sebenar dan yang rasmi bagi PAS. – 31 Julai, 2014. (TMI)
 
Lihat sebelum ini.. 
E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?
E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?

3 comments:

Anonymous said...

Patut le pas selalu ketinggalan keretapi rupa2nya kes sabesar ini pun
Belum diketahuinya, atau pun pas dah serupa umno, pemimpim bolih cakap bohong sbb atas nama islam !

Anonymous said...

sbb tu..sy sejak 70an dah kenal Pas..umno..tp xpernah masuk Pas..kerana melihatkan perangai Pas seumpama umno juga..hanya kopiah yg covernya apa2 sedangkan songkok tinggi utk umno..bila PKR dan PR ditubuhkan..baru sy masuk PKR sebagai ahli..lebih jelas utk membelakan Rakyat Marhaen dan utk kebaikan negara kita..

Nyokomeng said...

PAS jangan dok gatai nak ambil tindakan pada Zuhdi yang kesalahnnya belum jelas.

kalian semua tolong ingat balik apa tindakan DAP sudah buat terhadap Jeff Ooi !???

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails