Tuesday, July 29, 2014

Sabar Tunggu Keputusan Mesyuarat 10 Ogos Nanti -S/U PAS



KUALA TERENGGANU: Semua peringkat kepimpinan PAS diseru supaya menghentikan perbincangan mengenai kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Sehubungan itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali meminta semua pihak supaya bersabar menunggu keputusan mesyuarat PAS Pusat mengenai perkara itu pada 10 Ogos nanti.

Beliau menyatakan demikian setelah mengikuti perkembangan beberapa hari lalu berhubung isu kedudukan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor yang mendapat reaksi daripada pelbagai peringkat kepimpinan PAS dan mengeluarkan kenyataan secara terbuka.

“Sebahagian daripada reaksi tersebut telah melanggar etika berikhtilaf yang tidak selari dengan etika berbeza pendapat dalam jamaah dan ini menimbulkan persepsi yang tidak baik terhadap parti,” ujarnya kepada Harakahdaily di sini.

Kata beliau, tidak seharusnya berlaku kenyataan dalam banyak hal yang menyerang peribadi antara satu sama lain dalam kalangan pemimpin PAS.

“Kita harus kembali kepada adab berikhtilaf atau berbeza pendapat yang harus dijurus dan diuruskan mengikut tatasusila kaedah kita berjamaah,” ujar beliau lagi.

Justeru, beliau merayu kepada semua peringkat kepimpinan parti supaya perbezaan pandangan dan pendapat tidak diluahkan secara terbuka dan bebas sehingga boleh menjejaskan kredibiliti parti kepada pandangan umum.

“Kita ada saluran-saluran yang telah ditetapkan dalam parti di mana pandangan-pandangan itu boleh disalurkan pada waktu itu,” jelasnya.

Beliau seterusnya memaklumkan PAS telah memutuskan bahawa isu yang berkaitan dengan kedudukan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor akan dibincangkan dalam mesyuarat PAS Pusat pada 10 Ogos nanti.

“Oleh kerana itu, semua pihak harus bersabar menunggu keputusan yang akan dibuat pada mesyuarat tersebut,” kata beliau. - HARAKAHDAILY 29/7/2014


Lihat sebelum ini.. 
E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?
E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang? 

3 comments:

Anonymous said...

Yang memulakan berikhtilaf itu ialah tok presiden sendiri kerana dia telah membelakangkan AJK yang sendiri mewakilkan untuk bersuara bagi pehak dirinya ,bukankah lebih tertib jika berbincang dulu sebelum buat kenyataan terbuka dengan mendakwa dia lebih tahu dari apa yang telah dibuat keputusan dalam mesyuarat perwakilan PR apakah maana mesyuarat jika tok presiden sendiri tidak patuh pada etika berbincang dan muafakat dalam PR.

Unknown said...

PAS adalah rakan kongsi dalam PR yang tidak amanah pada perjuangan. Non muslim akan melihat dan menilai tahap kejujuran Tok Lebai2 dalam PR dan mereka tidak bodoh sepertimana anggapan PAS. Itu sebab mereka lebih selesa mempercayai DAP yang dah tentu jujur / amanah dalam perjuangan dan kukuh jati dirinya.

Anonymous said...

NAK MESYUARAT APA LAGI..

PRESIDEN SUDAH MAKLUMKAN DIA PUNYA PENDIRIAN SAMBIL DISOKONG OLEH MURSYIDUL AM..

PRSEDIEN DIBERITAHU OLEH ORG2 KUAT PAS MEMPUNYAI KUASA VETO

SO, APA GUNA LAGI MESYUARAT...MEMBAZIR DUIT DAN MASA.. MEMBAZIR AMALAN SYAITAN TAU...HAHA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails