Tuesday, July 29, 2014

Jangan Nilai Perbualan Peribadi Kami -Dr Dzulkefly



Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad berkata pendapat Pengarah Pusat Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat Dr Mohd Zuhdi Marzuki yang mempertimbangkan supaya PAS keluar Pakatan Rakyat (PR) itu merupakan suatu pandangan peribadi dan bersifat tidak formal. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 Julai, 2014.  
Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad berkata pendapat Pengarah Pusat Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat Dr Mohd Zuhdi Marzuki yang mempertimbangkan supaya PAS keluar Pakatan Rakyat (PR) itu merupakan suatu pandangan peribadi dan bersifat tidak formal. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 Julai, 2014. 

 Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad meminta akar umbi, termasuk pemimpin Pakatan Rakyat tidak menganggap serong perbualan peribadi antara kumpulannya dalam mesej 'WhatsApp' yang dibocorkan dan tersebar luas dalam media sosial.

Dzulkefly berkata, pendapat Pengarah Pusat Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat Dr Mohd Zuhdi Marzuki yang mempertimbangkan supaya PAS keluar Pakatan Rakyat (PR) itu merupakan suatu pandangan peribadi dan bersifat tidak formal.

Katanya, tidak adil jika menuding jari dan menyuruh AJK PAS Pusat bertanggungjawab kerana menimbulkan kontroversi PAS mahu keluar Pakatan.

"PAS sebagai sebuah parti politik lslam yang berjiwa besar meraikan perbezaan pandangan, tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang kenyataan serta analisis peribadi ahli-ahlinya seandainya menimbulkan kontroversi dan kegusaran umum.
"Secara tegasnya, olahan perancangan senario Zuhdi tidak mewakili pendirian PAS dan tidak pula mewakili dapatan Pusat Penyelidikan PAS (PPP)," katanya.

Sebelum ini, Pengarah Strategi PKR Mohd Rafizi Ramli berkata kenyataan Zuhdi yang mahu mempertimbangkan supaya PAS keluar Pakatan tidak boleh diterima dan mengkhianati PKR dan DAP. Katanya, cadangan Zuhdi itu melanggar pelbagai dasar, ketetapan dan perjanjian yang dibuat oleh PAS dalam Pakatan, termasuk Buku Jingga.

Perbezaan pendapat memang dibenarkan di dalam mana-mana organisasi, tetapi pandangan Zuhdi itu ada unsur khianat kepada prinsip Pakatan, "walaupun PAS mendapat laba besar dari kebersamaan di dalam Pakatan," kata Rafizi.

Mengulas kenyataan Rafizi yang mahu tindakan disiplin diambil atas Zuhdi, Dzulkefly berkata 'keluar Pakatan' bukan satu-satunya perancangan yang diusulkan di dalam perbincangan kumpulan mereka. Senario lain juga turut dibincangkan, termasuk kemungkinan buruk yang akan terjadi sekiranya parti Islam itu meninggalkan Pakatan.

"PAS akan berpegang teguh kepada perjuangan Pakatan, membawa Dasar Bersama Pakatan Rakyat seperti yang seringkali diulang Mursyidul Am PAS Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat dan presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang)," katanya.

Persoalan tentang PAS meninggalkan Pakatan timbul berikutan keengganan parti itu menerima cadangan PKR menukar Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dengan presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail. Walaupun persetujuan dicapai semasa mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat, Hadi kemudiannya terang-terangan menzahirkan sokongan terhadap Khalid dan kenyataannya disokong Nik Aziz.

Bagaimanapun, timbalan presiden Mohamad Sabu mengatakan pendirian Hadi bukan kenyataan rasmi dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menasihatkan semua pihak menunggu keputusan rasmi selepas mesyuarat PAS Pusat pada 10 Ogos. Zuhdi dalam mesej WhatsAppnya mengatakan kalau PAS tinggalkan Pakatan dan bekerjasama dengan Umno, "lepas ini kalau DAP, gereja dan non Muslim melalak isu serbuan, kalimah Allah, kita boleh jentik saja mereka."

Dalam Facebooknya, Zuhdi juga menghentam Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, menggelarnya 'diktator' dalam cara dia menguruskan Pakatan. Pada 27 Julai, Zuhdi menulis status di Facebooknya: "Setelah beberapa status ini, sempena Hari Raya yang mulia saya mengucapkan Eidul Fitri al-Mubarak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, maaf zahir dan batin dengan harapan tulus ikhlas
"bersaralah dari politik, sudah banyak sangat rakyat Malaysia seluruh lapisan dilibatkan dengan agenda peribadi Datuk Seri". – 29 Julai, 2014. (TMI)
 
Lihat sebelum ini.. 
E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?
E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang? 

5 comments:

mohamad said...

apa yang pelik sangat. Tak kan bila bersama pakatan segala perbincangan menjadi TABOO. kau orang tau bagaimana puak puak cina MCA dan DAP bincang melalui persatuan xiau dong mereka. jangan jadi bodoh lah. mentang mentang masuk pakatan maka segala perbincangan mesti jadi rahsia. tak boleh nak bincang pasal konsikuenses yang berlaku. Apakah kamu ingat PKR tak bincang apa apa? woi..... ini politiklah. jangan terlalu naif dan bodoh. Pas boleh nak bincang apa pun dan dengan siapa pun. kenapa takut sangat? sehinggakan nak kawal orang anak beranak bercakap. itu tak boleh, ini tak boleh. sejak bila PKR nak kawal semua aktiviti PAS sehinggakan kalau mau berbincaang pun kena serah ajenda dulu pada PKR. Soal TS Khalid jadi MB untuk semua parti dalam pakatan dan BN. Apa susah sangat. Apakah kamu hendak ikut UMNO. Bila MB dari UMNO, semua ahli parti lain dinafikan hak. hoi...... cerdik lah sikit, terutama blogger blogger cap ayam ni...

Anonymous said...

Baru best...gempak..politik malaysia...senyap sikit isu mh17..mh370...rasuah...astro upah yahudi...masing2 dok sibuk kejar kerusi mb...tarif itu naik..blr bank naik...harga brg naik...gaza lagi...org lain tepuk tangan..yeeee..this is malay politics...

Anonymous said...

Horey kami telah berjaya memporak perandakan PR , itulah ucapan dari puak sebelah sana ,adakah semua pemimpin PR sedar terutama PAS yang terlalu ghairah hendak bergabung dengan yang dok jadi penghalang Hudud tu,bagitu gembira sekali kami kerana jarum yang kami cucukkan telah kena daging batang pinang PR,semoga hidup TSKI

Anonymous said...

UMNO/BN hanya perlu bersabar, ahli-ahli parti dalam PR sedang berperang sesama mereka.

nazi kelawar said...

Peribadi adalah lambang diri yang mencerminkan diri seseorang dan ianya membawa maksud arah dan hala tuju hidup seseorang.Dalam suatu kerjasama dan pakatan tidak ada pendirian yang bertentangan dengan matlamat perjuangan pakatan.Sebab nila setitik rosak susu sebelanga.Seekor lembu membawa lumpur habis semua terpalit.Minyak yang bercampur dengan air ianya tidak boleh dipakai, akan merosakkan kenderaan.Jika minyak masak akan membahayakan, meletup-letup apabila dipanaskan dan memercik ke badan menjadi melecur dan mengancam keselamatan.Tiada alasan untuk peribadi sebagai menghalalkan cara.Pastinya lambat laun kesepakatan akan runtuh dan musnah dan rakan kerjasama sudah hilang kepercayaan dan sentiasa syak wasangka.Kewarasan dan kebebasan akan sirna.Terima kasih.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails