Thursday, July 31, 2014

W/Azizah Siap Sedia Pegang Jawatan MB S'gor



Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata beliau bersedia menyandang jawatan Menteri Besar Selangor yang kini menjadi isu kemelut dalam Pakatan Rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider. Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata beliau bersedia menyandang jawatan Menteri Besar Selangor yang kini menjadi isu kemelut dalam Pakatan Rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider.

 
Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini melahirkan kesediaannya memegang jawatan Menteri Besar Selangor.
Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang itu berkata beliau akan menurut keputusan dan amanah parti berhubung perkara itu. PKR memutuskan supaya Dr Wan Azizah menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar.

Dr Wan Azizah berkata jawatan itu adalah satu tanggungjawab yang berat dan menganggap ia sebagai satu ujian. Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis tahlil dan sumbangan zakat kepada anak yatim bersama suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Permatang Nibong, Pulau Pinang.

Sementara itu, Anwar berkata PKR memutuskan untuk menggantikan Khalid tetapi beliau mahu mengekalkan jawatannya kerana beranggapan mendapat sokongan pihak tertentu. Ketika ditanya tentang sokongan PAS terhadap Khalid, Anwar berkata beliau akan berbincang dengan pemimpin PAS tetapi setakat ini tiada petunjuk bahawa parti itu akan keluar daripada Pakatan Rakyat disebabkan isu itu.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyuarakan sokongan mereka kepada Khalid dengan berkata bahawa beliau perlu terus menyandang jawatan Menteri Besar Selangor hingga berakhirnya penggal sekarang. – Bernama, 30 Julai, 2014.

Lihat sebelum ini.. 
E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?
E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?

2 comments:

Anonymous said...

Cerita membosankan buat 30% penyokong keadilan...

Unknown said...

Wahai DSAI dan WA, rakyat undi kamu sebab mahukan kamu ubah Msia ke arah yg lebih baik dri UMNO...tapi sekarang kamu bawak perangai UMNO dlm isu TSKI. Kamu tak reti undang2 tbuh kjaan negeri Sgor ke? Kamu pemimpin PR mesti lebih bijak dri UMNO yg memang terang2 bodoh tak boleh diajar. Kalau kamu dah tak sabar2 nak tumbangkan dia jgn sebut TSKI sebagai pensubahat UMNO tapi kamu laki bini la yg termakan racun UMNO utk memporak perandakan Sgor

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails