Sunday, July 27, 2014

DAP Bimbang 2 Isu Pecahkan Pakatan -Lim Guan Eng


 

DAP hari ini menyatakan kebimbangan terhadap kemungkinan berlaku perpecahan Pakatan Rakyat ekoran kegagalan sebuah komponennya menghormati janji dan keputusan bersama. Tanpa menamakan parti atau perkara dirujuk secara langsung, DAP membangkitkan isu bagaimana keputusan majlis tertinggi Pakatan “ditidakkan begitu sahaja”.

“Isu politik yang paling besar selepas hari raya Aidilfitri ialah sama ada sistem dua parti di Malaysia akan terus kekal ekoran kemungkinan Pakatan mungkin pecah kerana kegagalan atau keengganan salah satu parti komponen untuk menghormati dan memegang janji kepada keputusan yang telah pun dicapai secara bersama.
“Sekiranya keputusan yang dicapai bersama dalam majlis pimpinan tertinggi Pakatan boleh ditidakkan begitu sahaja oleh suatu pihak, maka kredibiliti dan survival Pakatan akan terus terguggat,” kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Beliau dipercayai merujuk kepada pendirian pemimpin kanan PAS yang tidak nampak keperluan untuk menukar menteri besar Selangor yang dicadangkan oleh PKR.

Sebuah lagi isu yang dikatakan menjadi duri dalam daging Pakatan apabila DAP Sarawak pada 20 Julai mengancam keluar Pakatan jika PAS terus bekerjasama dengan Putrajaya untuk melaksanakan hudud di Kelantan.

Dalam perutusan hari rayanya juga, Lim mengingatkan, tanpa Pakatan, Malaysia akan kembali balik kepada “era monopoli kuasa yang rakus menindas rakyat dan hanya memihak kepada kroni”.

“Semoga semangat 1 Syawal yang bermula dengan saling bermaaf-maafan akan membuka hati kita untuk sama-sama berjuang ke arah Malaysia yang berjiwa rakyat,” katanya.(MK)


Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-89: Anwar-Khalid -Gelombang Kopi Dalam Cawan?
E-Buku IH-89: Anwar-Khalid -Gelombang Kopi Dalam Cawan?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails