Tuesday, July 29, 2014

Zuhdi Khianat Pakatan, Tuduh PKR




Pengarah Strategi PKR Mohd Rafizi Ramli menganggap Pengarah Pusat Penyelidikan Operasi PAS Pusat Dr Zuhdi Marzuki mengkhianati PKR dan DAP kerana kenyataan yang dibuatnya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 Julai, 2014.  
Pengarah Strategi PKR Mohd Rafizi Ramli menganggap Pengarah Pusat Penyelidikan Operasi PAS Pusat Dr Zuhdi Marzuki mengkhianati PKR dan DAP kerana kenyataan yang dibuatnya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 Julai, 2014.  

Pengarah Strategi PKR Mohd Rafizi Ramli menganggap kenyataan Pengarah Pusat Penyelidikan Operasi PAS Pusat Dr Zuhdi Marzuki yang mempertimbangkan supaya PAS keluar Pakatan Rakyat (PR) tidak boleh diterima dan mengkhianati PKR dan DAP.

Rafizi berkata, cadangan Zuhdi itu melanggar pelbagai dasar, ketetapan dan perjanjian yang dibuat oleh PAS dalam Pakatan termasuk Buku Jingga.

"Perbezaan pendapat memang dibenarkan di dalam mana-mana organisasi.
"Namun, pendapat dan sentimen yang dizahirkan oleh seorang Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS ini yang lebih biasa kita dengar dari Perkasa dan Isma memberi gambaran bahawa masih ada unsur-unsur yang khianat kepada prinsip Pakatan Rakyat di dalam pucuk pimpinan PAS, walaupun PAS mendapat laba (keuntungan) besar dari kebersamaan di dalam Pakatan Rakyat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, PKR kecewa apabila Zuhdi sehingga kini langsung tidak menafikan atau memberi penjelasan sebenar tentang mesej itu.

"Selepas komunikasi WhatsApp dia bocor kepada umum, dia sedikit pun tidak menafikan menulis mesej itu, malah cuba memberi pelbagai alasan," katanya.

Sehubungan itu, Rafizi mahu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengambil tindakan disiplin terhadap Zuhdi kerana mengemukakan cadangan khianat kepada perjanjian yang dimeterai PAS dengan Pakatan dan rakyat yang mengundi mereka.

Beliau juga menyeru pemimpin PAS Pusat supaya menghentikan sikap berpura-pura di hadapan umum sehingga merosakkan pandangan bukan Islam terhadap mesej "Islam membawa rahmat ke seluruh alam" yang dibawa PAS sendiri.

"Berapa ramai lagi dari kalangan pimpinan pusat PAS yang berpandangan perkauman dan anti demokrasi seperti ini supaya kita tahu pendirian mereka, bukannya bermuka-muka di depan dan mengutarakan cadangan yang khianat kepada Pakatan dalam perbincangan tertutup seperti Zuhdi ini," soalnya.

Zuhdi dalam perbualan WhatsApp kumpulan AJK PAS Pusat mencadangkan PAS keluar Pakatan dan bersama-sama Umno menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim dikekalkan sebagai menteri besar. Beliau juga mencadangkan supaya seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR lompat parti masuk PAS dan bergabung dengan Umno sekaligus membentuk kerajaan perpaduan. Malah turut meramalkan PAS akan mengembalikan kuasa politik Melayu-Islam di Selangor dan mahu menafikan isu hak agama lain termasuk isu gereja dan kalimah Allah.

"Zuhdi melanggar ketetapan muktamar PAS yang menolak kerajaan perpaduan dengan Umno dan bercanggah dengan janji PAS yang menandatangani Dasar Bersama Pakatan Rakyat untuk menjunjung keadilan semua kaum dan menolak perkauman sempit.

"Ia juga bercanggah dengan komitmen PAS untuk memberi keadilan kepada semua semasa menandatangani Manifesto Rakyat Pakatan Rakyat dalam PRU13 serta piagam bersama Bersih 2.0 yang memperjuangkan pilihan raya adil dan bersih," kata Rafizi. – 29 Julai, 2014. (TMI)

Lihat sebelum ini.. 
E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?
E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang? 

2 comments:

Anonymous said...

islam pas versi hadi Terengganu tak sama spt islam pas versi TGNA. hobi pas Terengganu ialah perintah negeri utk satu penggal shj. pastu bagi balik pada umno. kalau pr menang pru pun, pas Terengganu akan tetap teruskan agenda perintah utk satu penggal. pastu bekerjasama dgn umno.

Anonymous said...

che che che...

dah mula serang pas pulak nampaknya...

macam la strategi satay kajangnya dah berjaya dengan cemerlang gemilang terbilang...

sampai la ni takdak nampak bayangnya satay kajang tu...

walaubagaimanapun saya tak terkejut dengan perkembangan terkini...

inilah real politik...

kelihatannya seperti pkr rancang nak pedajaikan pas tiba-tiba pas kilas tangan pkr ke belakang...

tak mampu nak kilas balik habis segala maki hamun sumpah seranah carut marut keluaq noo?

sekurang-kurangnya itulah yang saya nampak pada episod kali ini...

betul atau salahnya lu kena pikir la sendiri...

saya tidak bertanggungjawap atas sebarang kecelaruan fikiran yang timbul akibat dari ulasan saya di atas...

di sini saya mengakui bahawa pengetahuan saya berkenaan perkara ini amatlah sedikit jika hendak dibandingkan dengan pengetahuan yang dimiliki setiap watak yang terlibat dalam drama Satay Kajang ini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails