Thursday, July 07, 2011

Taktik Kotor PM, 91 Dilarang Masuk KL Sabtu Ini

Ambiga coming out of Bukit Aman speaking to reporters. — Picture by Jack Ooi

KL, 7 Julai 11: Polis memperoleh perintah mahkamah melarang seramai 91 individu yang berkaitan dengan Bersih 2.0, Pemuda Umno dan Perkasa daripada memasuki Kuala Lumpur Sabru ini.

Selain itu, perintah juga diperoleh untuk menutup sebanyak jalan yang mungkin — langkah yang dillihat akan melumpuhkan usaha mengadakan perhimpunan pada hari berkenaan. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh berkata orang ramai “sangat tidak digalakkan” ke ibu negara Sabtu ini.

Antara nama disenaraikan ialah Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasen, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan anggota jawatankuasa pemandu Bersih Maria Chin Abdullah. Amar berkata individu berkenaan telah diserahkan perintah itu hari ini.

Seramai 66 orang adalah dari Bersih, 14 melibatkan Perkasa dan 11 dari Pemuda Umno.

Perkasa

  • Datuk Ibrahim Ali
  • Datuk Ab Rahman Abu Bakar
  • Syed Hassan Syed Ali
  • Irawah Fahmi Ideris
  • Roslan Kassim
  • Sharifuddin Abd Hamid
  • Dr Zubir Harun
  • Ameir Hassan
  • Datuk Ahmad Saad
  • Ahmad Zaini Ismail
  • Muhammad Zaid Md Arip
  • Abdullah Mansor
  • Zaira Jaafar
  • Norkhaila Jamaludin
Pemuda Umno
  • Khairy Jamaluddin Abu Bakar
  • Datuk Megat Firdouz Megat Junid
  • Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican
  • Megat Zulkarnaian Omardin
  • Rizalman Mokhtar
  • Tengku Azman Tengku Zainol Abidin
  • Lokman Noor Adam
  • Datuk Abdul Azeez Rahim
  • Ungku Saleh Ungku Jamal
  • Arman Azha Abu Hanifa
  • Tun Faisal Ismail Aziz

Bersih

  • Datuk Ambiga Sreenevasan
  • Mohamad Sabu
  • Hishamuddin Md Rais
  • Khairul Anwar Ahmad Zainuddin
  • Maria Chin Abdullah
  • Chua Tian Chang
  • Kamarulzaman Mohamad
  • Dr Mohd Hatta Md Ramli
  • Syed Shahir Syed Mohamud
  • Syed Ibrahim Syed Noh
  • Teresa Kok Suh Sim
  • Badrul Hisha Shaharin
  • Shamsul Iskandar bin Mohd Akin
  • Arutchelvam A/L Subramaniam
  • Wong Chin Huat
  • Ong Boon Keong
  • Enalini A/P Elumalai
  • Haris Fathillah Sathiasingam bin Mohd Ibrahim
  • Datuk Khalid Yunus
  • Datuk Zulkifli Noordin
  • Dr Zubir Harun
  • Datuk Seri Abd Hadi Awang
  • Datuk Seri Anwar Ibrahim
  • Lim Kit Siang
  • Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
  • Nurul Izzah Anwar
  • Kohila Yanasekaran
  • Zaid Kamaruddin
  • Khoo Teng Swee
  • Fadiah Nadwa Fikri
  • Yap Swee Seng
  • Salahuddin Ayub
  • Datuk Mahfuz Omar
  • Nasrudin Hasan
  • Mazlan Aliman
  • Dr Syed Azman Syed Nawawi
  • Dr Dzulkifli Ahmad
  • Dr Mujahid Yusof
  • Khalid Abd Samad
  • Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin
  • Azman Shapawi Abd Rani
  • Suhaizan Kaiat
  • Nor Azli bin Musa
  • Mohd Firdaus Jaafar
  • Loke Siew Fook
  • Lau Wen San
  • Mohd Azmin Ali
  • Mat Shuhaimi Shafie
  • Satipul Bahari Amamt
  • Wan Hassan Mohd Ramli
  • Mohamad Izzudin Hilmi Mohd Zaini
  • Mohd Shazni Munir Mohd Ithnin
  • Muhammad Hilman Idham
  • Mohd Shukri Che Ab Razab
  • Mohd Syukri Kamaruddin
  • Ahmad Syazwan Muhammad Hasan
  • Choo Chon Kai
  • Sarasvathy Muthu
  • Soh Sook Hwa
  • Nurul Izham Nurul Anuar
  • Abd Rahim Osman
  • Mohd Sibri Ismail
  • Mohd Lukam Muda
  • Datuk Prof Kamaruddin Kachar
  • Datuk Mohd Noor Nordin Abdullah
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Itulah taktik kotor Perdana Menteri BN dalam menipu harapan rakyat.. (IH)

Lihat sebelum ini..

Tahniah Liga Super! -Ucap Nik Aziz Dari Mekah

SUKAN

KL, 7 Julai 11: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak negeri itu, The Red Warriors yang menjuarai Liga Super 2011.

Kejuaraan itu disahkan selepas anak didik Datuk M Karathu itu memalukan Sabah di hadapan penonton sendiri 2-1 di Stadium Likas, Kota Kinabalu malam tadi.

"Saya mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak Kelantan di atas kejayaan menjuarai Liga Super setelah menewaskan pasukan Sabah pada malam ini.

"Rakyat Kelantan bangga dengan kejayaan ini, terima kasih," katanya yang mengirim ucapan itu melalui Twitter malam tadi.

Nik Aziz yang juga Mursyidul AM PAS kini berada di tanah suci Makah menunaikan ibadah umrah dan dijangka akan kembali ke tanah air 10 Julai ini.

Sementara itu, kedua-dua gol kemenangan Kelantan malam tadi itu dijaringkan peledak utama Red Warriors, Noorshahrul Idlan Talaha pada minit ke-5 dan ke-71. Bagaimanapun Kelantan cemas seketika apabila Sabah bangkit memberi tentangan dengan memperoleh gol menerusi Razlan Otoh, minit ke-76.

Keputusan itu kekal sehingga wisel penamat biarpun Sabah membuat asakan bertali arus menuju masa kecederaan untuk memburu gol penyamaan. Gawang Kelantan dikawal kemas Khairul Fahmi Che Mat. Kemenangan pada perlawanan terakhir semalam membolehkan Kelantan mengumpul 56 mata dan tidak mampu dicabar Selangor (52) dan Terengganu (53).

Sebaliknya Selangor menutup saingan musim ini dengan penuh kehampaan, apabila bukan sahaja gagal memintas Kelantan, sebaliknya tercicir ke tangga ketiga selepas seri tanpa jaringan dengan Perak di Stadium Perak, Ipoh. Kedudukan naib juara pula menjadi milik Terengganu apabila berpesta gol dengan membelasah Felda United 6-2 di Stadium MBPJ, Kelana Jaya.

Negeri Sembilan menutup saingan musim ini dengan kemenangan 2-0 ke atas Perlis di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi hasil jaringan Ahmad Fakri Sharani minit ke-36 dan Shahurain Abu Samah minit ke-59.

Kedah menamatkan saingan di tangga keempat selepas menang 1-0 ke atas pasukan kedua tercorot, Pahang di Stadium Darulmakmur, Kuantan menerusi jaringan tunggal Mohd Fiqri Md Isa minit ke-69 (Sumber Harakah)

Bank Islam Untung, Tapi Wang Lesap Tiada Ganti

PENGGUNA
KL 7 Julai 11: BANK Islam yang mencatatkan prestasi kewangan dan perkembangan memberangsangkan dalam tempoh tiga tahun lalu merancang membuka 32 cawangan baru yang menjadikan 150 cawangannya menjelang 2014, mencatat keuntungan begitu tinggi.

Tetapi seorang mangsa yang simpan duit dalam Bank Islam lesap RM6,000, tiada gantinya. Masing-masing saling menyalahkan antara Pihak Bank dan Pihak Polis. Kes ini berlaku hampir tiga tahun lalu. Report polis tersebut dibuat pada 2 Ogos 2008. Tapi pihak bank sampai sekarang tiada apa-apa tindakan diambil.

Weblog Ibnu Hasyim telah menerima pengaduan dari seseorang yang kami kenal rapat.. Begini pengaduannya..

Ibu saya telah membuat satu report polis berkenaan kehilangan wang melalui mesin atm. Report polis tersebut dibuat Simpan Duit Di Bank Islam, Hilang. Bank Lepas Tangan. Di balai polis … .…., Selangor dan kes itu diambil oleh inspektor …… dari balai polis Batu Gajah (di Balai Polis Tanjung Malim). Mungkin kerana akaun Bank Islam tersebut di buka di Bank Islam cawangan Tanjung Malim. Report polis tersebut dibuat pada 2 Ogos 2008. Selepas itu, inspektor tersebut ada menyoalsoasiasat ibu saya dan pihak bank telah menghantar surat kepada semua bank di lokasi atm terbabit memohon untuk melihat cctv di permis berkenaan.

Salah satu daripadanya telah membenarkan kami melihat cctv tersebut dan ia terletak di Seremban. Kami mesti pergi ke sana bersama-sama dengan pihak polis yang menyiasat kes ini. Ibu saya telah menelefon inspector …….. memberitahu hal ini, tapi beliau mengatakan tidak dapat pergi dengan alasan tempat tersebut jauh. Beliau juga ada menyuruh ibu saya pergi sendiri ke sana dan menyuruh ibu saya meminta pada pihak bank supaya transfer video cctv itu ke dalam bentuk soft copy dan kemudian dia akan (…….) daripada soft copy tersebut.

Kesimpulannya, beliau tidak mahu pergi kerana tempat itu jauh dan menyuruh ibu saya pula melakukan kerja yg sepatutnya dia sendiri lakukan. Ibu saya menelefon kembali pihak bank mengatakan bolehkah kami pergi tanpa kehadiran pihak polis. Dan pihak bank tidak membenarkan kami melihat cctv tanpa kehadiran polis. Ibu saya memberitahu inspektor …….. berkenaan hal ini, tetapi beliau tetap tidak mahu pergi dan terus berdiam diri selepas itu.

Kami langsung tidak tahu apa perkembangan kes tersebut sehingga ibu saya menceritakan hal ini kepada saya. 2 hari lepas, sebelum mengetahui berkenaan perkara ini, saya menelefon inspektor …….. bertanyakan status kes ini, dan dia memberitahu saya bahawa pihak bank tidak memberikan jawapan kepada permohonan untuk melihat cctv tersebut. Bermakna, beliau tidak berterus terang tentang hal yang sebenar di mana pihak bank ada memberikan maklum balas tetapi beliau yang tidak mahu pergi ke sana bersama-sama dengan ibu saya. Dan hari ini, saya menelefonnya, baru dia mengaku salahnya.

Ini bermakna dia cuba menyembunyikan hal yang sebenar. Kami berasa amat kesal kerana anggota polis yang sepatutnya membantu rakyat tidak mahu menjalankan tugas yang telah diamanah kapadanya. Dan kini, pihak bank mengatakan, ini adalah salah kami dan inspektor tersebut kerana tidak mahu datang melihat cctv tersebut. Pengeluaran wang tersebut melibatkan jumlah hampir 6 ribu ringgit.

Hanya kerana sikap pegawai polis ini, peluang kami untuk menuntut kembali wang tersebut hilang begitu sahaja. Jadi, kami mahu inspektor tersebut bertanggungjawab di atas apa yang sepatutnya beliau lakukan.”

Segala surat-menyurat berhubung dengannya semua ada. Proses ini sudah berjalan setahun. Nak ambiln duit dah tak ada. Duit kami sudah lesap, tak tahu di mana nak mengadu?

Masing-masing pihak bank dan pihak polis lepas tangan. Jadi siapa bertanggung jawab? Bagaimana hak penyimpan wang tiada jaminan dari bank? (IH)

Selanjutnya sila lihat surat pengaduan, pandangan dan komen berikut... Klik di sini...

PM Mungkir Janji, BERSIH 2.0 Tetap Guna Stadium..



KL, 7 Julai 11: Bersih 2.0 bertekad untuk berhimpun di Stadium Negara Sabtu ini meskipun Kabinet sudah memutuskan tidak akan membenarkan gabungan itu menggunakan stadium di ibu negara atas alasan ia bukan sebuah pertubuhan sah.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan lewat malam tadi, Bersih 2.0 berkata ia tidak akan berganjak daripada keputusannya mahu berhimpun di stadium yang bersejarah itu untuk menyatakan pendirian mengadakan pilihan raya bebas dan adil.

“Apa pun berlaku antara sekarang dan kemudian (Sabtu ini), rakyat akan berhimpun secara bebas secara aman untuk meminta pilihan raya bebas dan adil di Stadium Merdeka pada 9 Julai pukul 2 petang. Kami akan datang, kami akan (bertindak dengan) aman dan bersama, kami akan membina Malaysia yang lebih baik,” kata gabungan itu.

Gabungan itu berkata pihaknya kecewa dengan cara perdana menteri dan Kabinetnya memungkiri janji untuk menyediakan sebuah stadium bagi mengadakan perhimpunan aman.

“Sebagai anggota masyarakat madani yang komited kepada prinsip-prinsip integriti, kami mahu patuh sepenuhnya kepada nasihat Yang di-Pertuan Agong dan mengadakan perhimpunan kami di sebuah stadium untuk menyatakan tuntutan berkenaan pilihan raya bebas dan adil,” kata kenyataan itu lagi.

Kenyataan itu menambah sekiranya Najib seorang pemimpin yang mengotakan janjinya beliau seharusnya mengambil tindakan-tindakan sewajarnya bagi perhimpunan itu diadakan secara aman di Stadium Merdeka.

“Sama ada kerajaan ikut prinsip mereka (atau tidak), kami rakyat Malaysia akan sentiasa berpegang kepada prinsip kami.

“Kesungguhan kami untuk melaksanakan hak berperlembagaan untuk berhimpun secara aman bagi satu matlamat yang adil dan munasabah tidak goyah,” kata kenyataan itu lagi.

Menurut Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim semalam, Kabinet telah memutuskan tidak akan membenarkan Himpunan Bersih 2.0 Sabtu ini diadakan di Stadium Merdeka atau Stadium Negara dengan alasan kumpulan berkenaan tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan selain faktor keselamatan.

Kata Rais, selepas mendapat pandangan daripada Jabatan Peguam Negara dan nasihat rasmi kerajaan, permohonan kumpulan berkenaan untuk menggunakan stadium terbabit tidak dapat dipertimbangkan.

“Oleh itu perlu bagi kumpulan berkenaan diwakili oleh individu ataupun badan bukan kerajaan yang sah di sisi undang-undang memohon (menggunakan stadium)... atas nama bersih yang sebenarnya tidak diiktiraf sebagai kumpulan sah tidak boleh.

“Permohonan untuk (menggunakan) Stadium Merdeka dan Stadium Negara tidak dapat dipertimbangkan oleh kerajaan, oleh demikian mereka perlu mencari stadium atau tempat lain seperti di Kelantan ataupun Selangor,” kata beliau. (IH)

Isu Sosilawati: Pelik Pemandu Ugut Edar Gambar...

SHAH ALAM, 6 Julai - Anak sulung Datuk Sosilawati Lawiya, Erni Dekritawati Yuliana Buhari berkata, dia rasa pelik dan tidak percaya pemandu ibunya sanggup mengugut hendak menyebarkan gambar-gambar didakwa tidak senonoh sebelum jutawan kosmetik itu dibunuh tahun lalu.

Saksi ke-11 itu memberitahu mahkamah bahawa dia menerima mesej ibunya pada pukul 7.30 malam, 30 Ogos lalu dan tidak percaya pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44, atau mesra dikenali sebagai “Kamal” akan berbuat sedemikian.

“Tidak mungkin Kamal buat macam itu. Dia tidak pernah bergaduh dengan ibu sampai begitu sekali.

“Lagipun, Kamal seorang yang baik, suka buat lawak dan tiada masalah dengan keluarga kami,” katanya hari ini.

Bagaimanapun dalam mesej yang diterima, Erni Dekritawati, ibunya memberitahu “jangan bagi Kamal masuk rumah. Dia tangkap gambar emak. Kalau ada apa-apa, telefon Bishah.”

Sehubungan itu, Erni Dekritawati berkata, dia menelefon “Bishah” atau nama sebenarnya Habishah Bahari yang merupakan kawan baik Sosilawati untuk bertanyakan mengenai mesej berkenaan.

“Mak Cik Bishah memberitahu mungkin ada kamera dalam bilik. Kemudian, saya mencari kamera di bilik air, tetapi tiada,” katanya.

Jelas Erni Dekritawati dia mula syak-wasangka dan tidak mempercayai mesej ibunya.

Erni Dekritawati berkata dia mendapat mesej tersebut apabila tidak sedar panggilan ibunya.

“Saya tidak sedar sebab telefon bimbit ada dalam beg. Saya telefon semula ibu selepas membaca mesej, tetapi masuk peti suara,” katanya pada mahkamah.

Katanya, dia cuba menelefon keempat-empat mereka - Sosilawati, Noorhisham Mohamad, Ahmad Kamil Abdul Karim dan Kamaruddin tetapi gagal.

Katanya, dia cuba menelefon semula mereka antara pukul 10 hingga 11 malam, namun semuanya masuk peti suara.

Semalam, pemandu Sosilawati dikatakan ada mengugut untuk mengedarkan gambar-gambar Allahyarham yang tidak senonoh.

Isteri Noorhisham, seorang konsultan kewangan CIMB, Suzana Radin Pangat memberi keterangan bahawa suaminya ada menghubunginya 30 Ogos lalu sekitar pukul 8 malam dan memaklumkan dia tidak akan kembali ke rumah selama tiga hari.

“Dia kata dia mahu selamatkan Datuk Sosilawati,” kata Suzana.

Dalam pada itu laporan Bernama Online berkata, Sosilawati pernah menunjukkan cek bernilai RM1 juta yang diterimanya daripada bekas peguam N.Pathmanabhan di Banting awal Ogos lalu.

Sahabat karib Sosilawati, Junaidah Ismail, 52, memberitahu Mahkamah Tinggi, cek itu ditunjukkan kepadanya selepas sahabat karibnya itu berjumpa dengan Pathmanabhan, yang merupakan antara yang didakwa membunuh Sosilawati dan tiga lagi, di hadapan pejabat bekas peguam itu yang terletak berhadapan dengan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat pada 3 Ogos lalu.

Junaidah yang merupakan saksi ke-13 berkata demikian pada hari ketiga perbicaraan kes Pathmanabhan dan tiga pekerja ladang, T.Thilaiyagan, R. Matan dan R. Khatavarayan yang didakwa membunuh Sosilawati, 47; Noorhisham, 38; peguam Ahmad Kamil, 32, dan Kamaruddin di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting, antara pukul 8.30 malam dan 9.40 malam pada 30 Ogos lalu.

Pathmanabhan, 42; Thilaiyagan, 20; Matan, 21, dan Khatavarayan, 31, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

“Wati (Sosilawati) suruh saya tengok dan berkata ‘aku dapat payment’ dan semasa saya nak pulangkan cek itu semula kepadanya saya nampak cek itu cek tunda,” katanya pada pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Idham Abd Ghani.

“Saya tanya kenapa tarikh September sedangkan ini bulan Ogos tetapi dia (Sosilawati) kata tidak apa, sebab mereka dah bincang sebelum ini. Cek itu adalah atas nama Southern Symphony Sdn Bhd ,” katanya.

Junaidah yang mengenali Sosilawati sejak 28 tahun lepas berkata dia juga mentertawakan tulisan di atas cek tersebut yang dilihat seperti tulisan kanak-kanak sedangkan cek itu bernilai RM1 juta.

“Saya tanya kenapa tulisan macam kanak-kanak dan Sosilawati kata ‘alah Kak Jun ni’,” katanya.

Terdahulu, Junaidah berkata dia dan Sosilawati semasa dalam perjalanan ke Pelabuhan Klang menaiki kereta milik jutawan kosmetik itu yang dipandu Kamaruddin bagi meraikan ulang tahun kelahiran Junaidah, mereka telah singgah di pejabat Pathmanabhan.

Semasa mereka sampai di pejabat bekas peguam itu pada kira-kira pukul 5.30 petang 3 Ogos 2010, Pathmanabhan memaklumkan bahawa dia dalam perjalanan ke pejabatnya.

Kami tunggu dia di hadapan pejabat Pathma di dalam kereta. Pathma sampai kira-kira setengah jam kemudian dan Sosilawati turun kereta serta ambil satu barang daripada Pathma sebelum masuk semula ke dalam kereta. Pertemuan mereka sekejap kira-kira lima minit dan ada perbualan antara mereka,” katanya.

“Saya nampak Pathma datang dengan kereta sport Mercedes yang saya rasa Brabus. Selepas masuk dalam kereta, Sosilawati serah cek pada saya suruh saya tengok. Selepas itu kami terus ke Pelabuhan Klang untuk sambut ‘birthday’ saya selepas Maghrib. Perbualan kami selepas itu hanya bersangkut paut dengan bagaimana nak sambut puasa dan Hari Raya,” katanya sambil menambah itu adalah kali terakhir beliau menemui Sosilawati.

Menjawab soalan Idham sama ada itu mereka pertemuan pertamanya dengan Pathmanabhan, Junaidah kata “Tidak.”

“Kali pertama kira-kira tiga tahun lepas semasa Sosilawati pernah ajak saya berjumpa dengan kawan-kawannya Datuk Suhaimi dan Sabri serta peguam mereka bernama Pathma di Hotel Pan Pacific, Sepang. Saya ada di situ tetapi tidak fokus sangat dengan perbualan mereka tetapi mereka bincang tentang urusan tanah di Pulau Pinang,” kata Junaidah.

Menyentuh mengenai kekerapan beliau menemani Sosilawati berjumpa dengan Pathmanabhan, Junaidah berkata kira-kira tiga atau empat kali.

“Selepas 3 Ogos 2010, ada terima apa-apa panggilan daripada Sosilawati atau awak hubungi dia?” soal Idham.

“Sosilawati selalu telefon dan pada 29 Ogos 2010 dia ada telefon bertanya khabar serta sembang banyak pasal persiapan Hari Raya. Lepas itu dia tanya saya nak ikut tak pergi Banting besok (30 Ogos 2010) dan saya cakap saya nak rehat di rumah. Dia (Sosilawati) tidak beritahu tujuan dia ke Banting dan itulah juga panggilan terakhir daripadanya,” kata Junaidah. (IH)

Lihat kisah sepenuhnya..

E-Buku IH-1: 'Misteri Hilangnya Jutawan Datuk Sosilawati'
E-Buku IH-1: \

Payudara Terbesar Di Dunia, Buat Hidup Tersiksa?

Annie Hawkins-Turner (The Sun)
INILAH kisah Annie Hawkins-Turner. Wanita 56 tahun itu masuk Guinness World Record sebagai pemegang rekor pemilik payudara terbesar semulajadi di dunia. Beratnya mencapai 50.8 kilogram dengan ukuran cup bra 102ZZZ.

Wanita yang lebih dikenal dengan nama samaran Norma Stitz itu mengatakan, payudaranya tumbuh pesat sejak usia sembilan tahun. Sementara ibu dan saudara wanitanya memiliki ukuran payudara ideal. Kerana itu ia terus-menerus mendapat ejekan dari teman-teman sekolahnya. Ia pun risih menjadi objek tatapan lelaki hidung belang.

"Saya tidak tahu apa ukuran bra saya. Saya baru sedar, merasa memiliki payudara paling besar ketika saya melihat orang-orang hanya memiliki ukuran bra biasa seperti kapas. Di situ saya sedar, bahawa saya berbeda,” kata wanita asal Atlanta itu, seperti dikuti The Sun.

Terlepas pengaruhnya terhadap rasa percaya diri, pertumbuhan payudara yang luar biasa itu membuatnya kesulitan untuk duduk di kursi di ruang kelasnya. Ia juga mengalami kesulitan untuk melakukan gerakan melompat saat pelajaran olahraga. Ia pun tersiksa ketika hamil dan harus menyusui anaknya.

"Saya tidak dapat menyusui, payudara saya terlalu besar dan berisiko untuk menekan anak-anak saya. Payudara saya tumbuh lebih besar ketika saya hamil bahkan air susunya sering bocor, banyak sekali sampai aku perlu pakai pembalut dalam braku."

Annie belajar menerima realiti setelah bertemu Alan, lelaki yang menjadi suaminya. "Alan membuat hidup saya berubah. Dia membuat saya mencintai diri saya dan mengubah saya. Ia bahkan memperlakukan saya seperti ratu. Dia mengasihi saya dan anak-anak saya. Dia adalah malaikat saya, bukan hanya malaikat seksual."

Ia sangat mencintai Alan yang menemaninya membina rumah tangga selama 13 tahun. Maka tidak hairan jika ia begitu terpukul ketika Alan meninggal enam tahun lalu.

Allahu Akbar.. Begitulah hebatnya Pencipta Yang Maha Agung, kalau dapat diungkapkan rahsia karya ciptaanNya. (IH)

Lihat sebelum ini...

E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung
E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung

Wednesday, July 06, 2011

E-Buku IH-1: Misteri Hilangnya Jutawan Datuk Sosilawati Lawiya






Nak Baca.. Sila klik tujuk-tajuk di bawah ini.

E-Buku IH-1:
Misteri Hilangnya Jutawan Datuk Sosilawati Lawiya
Bahagian I
Bahagian II
Bahagian III
Bahagian IV
Bahagian V
Bahagian VI
Bab VII
Bab VIII
Bab IX
Bersambung... dari masa ke masa, selagi kesnya belum selesai.

Cari Titik Pertemuan Dlm Realiti Berbagai Agama -Dr Mohd Hasyim

Dr Mohd Hasyim sedang bercderamah di Majlis FKUB di Medan

Medan 2 Jul 11: Kalau kita ingin menghidupi kewaspadaan beragama atau 'wasber' di antara agama-agama, maka kita perlulah mencari titik pertemuan dalam realiti kehidupan kepelbagaian agama di negara-negara kita, Southeast Asia. Jangan diperbesarkan titik pertentangan dan ke'tidaksama'an antara agama-agama, demi keamanan serantau.

Demikian ucapkata Dr Hj Mohd Hasyim, mewakili rakan-rakannya dari Malaysia dalam 'Dailog & Percanangan Kewaspadaan Beragama (Wasber)' anjuran FKUB (Kerukunan Umat Beragama) Kota Medan, Indonesia.

Antara pembentang kertas kerja dari Malaysia yang dijemput ialah Dr Mujahid Yusuf Rawa, Chairman of Southeast Asia Network foe Interreligious Dialogue, Prof Dato' Dr Jamil Osman, Rektor Collage Insyaniyah Malaysia, dan Dr Azharuddin Sahil.

Juga dari Indonesia sendiri, Prof Dr Qasim Matar MA (UIN Makassar), Prof Dr Syahrin Harahap MA (Ketua FKUB) Medan, Pdt Dr Eric Johnson Barus (Kebanjahe Indinesia -Kristian), Drs Harkiman Racheman MA (Buddha), Dr H Maratua Simanjuntak (Ketua FKUB Sumatera Utara), Panindita Ir S Annadore (Hindu), Ir Djohan Adjuan & Pastor Yohanes Barualamsyah, OSC.

Menurut Dr Mohd Hasyim lagi, "Pada saya, memandangkan peratus penduduk Indonesia antara 60-90% Islam, sudah wujud kesatuan ke arah Kerukunan Beragama, maka di Malaysia yang jumlah Islamnya kira-kira 50%, maka sudah tentu lebih perlu lagi."
Dr Hj Mohd Hasyim menerima hadiah penghargaan dalam majlis tersebut.

Gong perasmian dipalu oleh Wali Kota Medan Rahudman Harahap. Dr Mohd Hasyim di tengah-tengah.

Akhirnya beliau yang juga dipilih sebagai moderater dalam forum tersebut membaca beberapa buah pantun Melayu sebagai penutup, antaranya pantun yang ditulis pada abad ke 14/15 dalam buku Sejarah Melayu..

Kalau roboh kota Melaka
Papan di Jawa saya dirikan
Kalau sungguh bagai dikata
Nyawa dan badan saya serahkan.

Ertinya antara Melaka (Malaysia) dangan Jawa (Indonesia), akan sanggup sama-sama roboh dan sama-sama naik. Begitulah harapan kita, antarapelbagai agama dan antara negara. Disambut dengan tepukan gemuruh para hadirin.

Dr Hj Mohd Hasyim adalah editor weblog Ibnu Hasyim. (Laporan Drs Mohd Rashidi Deraman)

Lihat sebelum ini..

Wajarkah Ada Penarik Beca Wanita & Kanak-kanak?

DILUAR kawasan Menara Taming Sari di bandar Melaka, sekumpulan penarik beca berbaris menunggu penumpang. Dalam kalangan yang ramai itu, seorang dari mereka menarik perhatian. Nor Hasliza Hanafi, 20, ialah seorang wanita dari sekumpulan kecil penarik beca di situ yang masih meneruskan kerjaya ini.

Beliau pernah sebelum ini bekerja di Giat Mara, dan berhenti semata-mata kerana mahu menjadi penarik beca. Apa yang meyakinkan beliau berbuat demikian?

"Bukan sebab terpaksa, tetapi kerana minat. Sebagai penarik beca, saya berpeluang berjumpa dengan ramai orang dan antaranya Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

"Di sini juga saya bertindak sebagai duta kecil, menceritakan kepada pelancong mengenai sejarah Melaka dan setiap tempat yang dilawati. Sebelum ini, saya tidak berapa tahu mengenai sejarah, tetapi sejak terlibat dengan pekerjaan ini saya sudah mula tahu.

"Berjumpa dengan ramai orang dengan pelbagai ragam, memberi kesempatan kepada saya mempromosi Melaka kepada pelancong. Saya rasa pekerjaan ini sesuatu yang mulia,"katanya kepada Bernama seperti dilaporkan baru-baru ini.

Pekerjaan ini bukan sesuatu yang asing baginya kerana bapa Nor Hasliza juga seorang penarik beca. Beliau masih ingat sering diejek oleh rakan sekolah tentang pekerjaan bapanya yang dikaitkan dengan kesusahan dan kurang pendidikan. Nor Hasliza bagaimanapun mengerti bahawa pekerjaan itu tidaklah seteruk yang dianggap masyarakat sekeliling.

"Mulanya memang saya malu dengan pekerjaan ayah, bawa beca. Tetapi secara kebetulan saya ada menyertai satu perbincangan dengan penarik beca. Dari situ saya mula memahami akan kerjaya ini dan kalau rajin memang boleh jana pendapatan.

"Dari situlah saya ambil keputusan berhenti kerja dan jadi penarik beca. Awalnya, memang malu sedikit. Tetapi lama-kelamaan rasa malu itu sudah hilang.

"Saya bangga dengan pekerjaan ini. Sekali gus membuktikan bahawa perempuan juga boleh," katanya.

Menurut Nor Hasliza lagi,

"Memang sudah ramai anak muda memilih kerjaya ini, sama ada sepenuh atau separuh masa, macam saya juga.

"Sekarang sudah jadi trend, paling muda, 14 tahun, (dia) mungkin hendak tolong bapa dia cari pendapatan lebih selepas sekolah."

Presiden Persatuan Penarik Beca Kota Melaka, Arman Saleh berkata senario ini merupakan petanda positif dan menyakinkan bahawa pengangkutan awam itu tidak akan menjadi tinggalan sejarah. "Sekarang ini, jumlah penarik beca di Melaka ialah 194 dan antara 80 hingga 90 daripada jumlah itu adalah orang muda," katanya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Wajarkah dibiarkan wanita dan kanak-kanak (14 tahun) jadi penarik beca? Tidak malukah kepada pelancung-pelancung luar negara, kalaupun tidak malu kepada Allah SWT? (IH)

Bola Sepak Wanita Begini Boleh Menjalar Di M'sia?

SUKAN
Team bola sepak wanita ini berasal dari Rusia (orange.co.uk)

Moskow 6 Julai 11: Ada-ada saja ulah team bola sepak wanita dari Rusia ini. Demi menarik perhatian penonton, mereka nekat bertanding dengan memakai pakaian seksi. Mereka pakai bikini di lapangan hijau.

FC Rossiyanka ditubuhkan pada tahun 1990, merupakan juara liga bola sepak wanita Rusia sebanyak tiga kali, tahun 2005, 2006, dan 2010. Mereka juga terlibat dalam Liga Champions khusus bola sepak wanita dalam dua musim terakhir. Keduanya mencapai babak 16 besar.

Pelatih Tatyana Egorova mengatakan, "Kami adalah team wanita terbaik di Rusia dan telah memenangi banyak kejuaraan, bahkan mewakili negara kita di Liga Champions, tetapi tak banyak yang mengenal kami,” katanya seperti dikutip dari Orange.

Prestasinya tidak pernah ada yang melirik tersasar. Hanya sedikit orang yang pernah mendengar tentang riwayat prestasi team bola sepak tersebut. Itulah mengapa mereka merencanakan sesuatu yang menghebohkan demi menarik perhatian penonton di tengah krisis ekonomi yang melanda? Sebelumnya, tak banyak orang yang datang untuk menyaksikan pertandingan mereka.

"Sehingga kami memutuskan untuk menarik perhatian penonton dengan tampil mengenakan bikini, semoga dapat meningkatkan jualan tiket,” katanya.

Anggota team bola sepak dari Krasnoarmeysk, tidak jauh dari Moskow itu, telah melakukan persiapan pra pertandingan untuk mempromosikan acara tersebut.

"Kami fikir itu idea baik. Pemainan-pemain kami cukup cantik, memiliki tubuh atletis, dan memiliki kemampuan untuk menang," ujarnya.

Komen weblog Ibnu Hasyim: Adakah wabak ini boleh menjangkit ke Malaysia? Tidak mustahil ianya berkembang di negara ini, kalau rakyat negara ini masih mengabaikan cita-cita negara Islam dan berakhlak mulia.. (IH)

Tiada Himpunan Jalanraya Sabtu Ini -Datuk S Ambiga

NONE
KL 6 Jul 11: Semalam BERSIH 2.0 yang diwakili oleh pengerusinya Datuk S Ambiga, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin mengadap Tuanku Mizan di Istana Negara.

"Kami telah memberitahu Tuanku bahawa kami menerima cadangan kerajaan untuk mengadakan perhimpunan di stadium.

"Sehubungan itu, perhimpunan di atas jalan raya tidak akan berlangsung (pada Sabtu)," kata Ambiga kepada pemberita selepas bertemu Tuanku lebih satu jam setengah.

Ahad lalu, Seri Paduka bertitah, dalam keghairahan berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara, rakyat diminta tidak menjadikan tuntutan demokrasi itu membawa kemusnahan kepada negara. Tuanku Mizan juga menyeru pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana.

Seri Paduka tidak mahu melihat negara majmuk ini berada dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun. Sejak seminggu lalu hambatan ke atas BERSIH 2.0 menjadi-jadi dengan tidak kurang 100 orang menjadi mangsa termasuk wakil rakyat Pakatan yang memakai sertai memiliki baju kuning pertubuhan itu ditangkap polis. (IH)

Surat Respon Nik Aziz Kpd Agung M'sia Dari Mekah..




KL 6 Julai 11: Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang kini berada di Mekah menunaikan umrah, menyatakan respon, tahniah dan doa kesejahteraan di dalam suratnya kepada Yang di-Pertuan Agong, berhubung perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Berikut adalah kandungan penuh surat berkenaan.

Mengadap Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj.

Bismillahir Rahmanir Rahim.

Sukalah patik ingin memaklumkan kepada pihak Tuanku bahawa patik sedang berada di Tanah Suci Makkah Al-Mukarramah untuk mengerjakan umrah dan Insya-Allah dijadualkan akan pulang ke tanah air pada 10 Julai 2011.

Patik di sini mendoakan agar KDYMM Tuanku serta Permaisuri sentiasa dilimpahi keberkatan yang berpanjangan daripada Allah SWT.

Patik mendengar khabar berita bahawa pihak Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) telah diberi ampuni untuk mengadap KDYMM Tuanku pada pagi ini dan menyembahkan tuntutan-tuntutan ke arah memastikan perjalanan pilihan raya yang lebih bersih dan terjamin ketelusannya.

Patik juga dimaklumkan bahawa pihak penganjur telah dinasihatkan agar tidak mengadakan perarakan di tempat terbuka dan memindahkannya di tempat yang tertutup seperti stadium bagi menjamin perjalanan yang aman dan tidak mengganggu ketenteraman awam.

Justeru, patik ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah di atas keprihatinan KDYMM Tuanku terhadap kehendak rakyat untuk merasai keadilan melalui sistem demokrasi yang telah dijamin di dalam perlembagaan Malaysia.

Sukalah patik mempersembahkan pendirian patik bahawa sebarang pertukaran kepimpinan negara di bawah sistem pilihan raya yang adil tidak akan mendatangkan huru-hara sama sekali seperti yang berlaku di negara-negara lain seperti Jepun dan terkini negara jiran iaitu Thailand.

Sekali lagi tahniah dan junjung kasih berpanjangan dari patik.

Semoga KDYMM Tuanku dan Permaisuri terus dilindungi Allah SWT dan terus berperanan sebagai payung yang menaungi seluruh rakyat jelata. Sesungguhnya KDYMM Tuanku adalah umpama ibu bapa tempat rakyat yang terdiri dari pelbagai kefahaman politik mengadu keluh kesah.

Di bawah naungan Kaabah, patik dengan penuh rasa kasih dan sayang berdoa semoga KDYMM Tuanku dan Permaisuri dilimpahi rahmat oleh Allah SWT.

Patik yang menjunjung kasih,


YANG AMAT BERHORMAT DATUK BENTARA SETIA HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Al-Mursyidul Am
Parti Islam Semalaysia (PAS).
Bertarikh: 3 Syaaban 1432H bersamaan 5 Julai 2011M

Kabinet PM Wanita Thai Pertama, Belum Diputuskan


Reuters
BAKAL Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra menjawab soalan wartawan di ibu pejabat parti Pheu Thai di Bangkok semalam.

BANGKOK - Bakal Perdana Menteri wanita pertama baharu Thailand, Yingluck Shinawatra semalam menyatakan masih terlalu awal untuk membuat keputusan mengenai pembentukan kabinet ketika proses melobi jawatan menteri bermula.

Pada masa yang sama, para pelabur melahirkan kebimbangan dasar populis beliau akan menyebabkan inflasi dan kadar faedah di negara itu meningkat. Pemilihan barisan menteri kabinet oleh Yingluck perlu mengambil kira kebimbangan mengenai unsur kronisme.

Selain kekhuatiran pengkritik tentang kepulangan abang Yingluck iaitu bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra selepas kemenangan majoriti parti mereka, Parti Pheu Thai pada pilihan raya umum Ahad lalu.

"Buat masa ini tiada rundingan diadakan mengenai pembentukan kabinet," kata Yingluck dalam satu sidang akhbar di sini.

Menurut pengiraan terkini Suruhanjaya Pilihan Raya semalam, parti Pheu Thai memenangi 265 daripada 500 kerusi Parlimen dan membolehkannya memerintah bersendirian. Namun, Yingluck yang bakal dilantik sebagai perdana menteri wanita pertama Thailand menyatakan, beliau akan membentuk sebuah kerajaan campuran bersama lima buah parti bagi menguasai 299 kerusi di Parlimen.

"Kami tidak akan menyisihkan sesiapa dalam pembentukan kabinet sama ada beliau orang dalam atau orang luar," kata Yingluck.

Kabinet yang didominasi menteri pro-Thaksin bagaimanapun boleh melemahkan usaha Yingluck ke arah perdamaian selepas Thailand dilanda krisis politik sejak enam tahun lalu.

"Ujian paling penting dan mencabar yang perlu dipikul Yingluck adalah untuk melenyapkan prasangka yang wujud disebabkan oleh perbezaan politik," kata kolumnis sebuah akhbar tempatan, Avudh Panananda.

Sementara itu, rancangan Yingluck untuk melaksanakan program berbentuk populis seperti yang pernah dilakukan oleh Thaksin turut dibimbangi boleh meningkatkan perbelanjaan awam dan inflasi.

Rancangan beliau yang melibatkan peluasan laluan kereta api, pembelian kereta api laju hinggalah kenaikan gaji dan faedah lain bertujuan meningkatkan kuasa beli penduduk di kawasan pedalaman yang rata-ratanya menyokong parti Pheu Thai. - Agensi

Agama Tak Lagi Sebagai Pondasi Hidup - Tribun Medan

Wali Kota Medan, Rahudman Harahap, berkata sesuatu kepada Dr Mujahid & Ketua Forum Kerukunan Umat Beragama (FKUB) Kota Medan, Syarin Harahap.. semasa ucapan perasmian. (Gambar IH)

MEDAN - Chairman Southeast Asian Network Of Interreligious Dialogue, Mujahid Yusuf Rawa menilai, saat ini kebanyakan manusia tidak lagi melihat agama sebagai pondasi utama dalam membentuk dan membangun norma-norma hidup di dunia.

Hal tersebut dikatakan, Mujahid dalam Dialog Pencanangan Kewaspadaan Beragama (Wasber) yang diselenggarakan Forum Komunikasi Umat Beragama (FKUB) Kota Medan di Hotel Garuda Plaza, Sabtu (2/7).

Akibatnya, kata Mujahid, muncullah stigma yang membuat agama menjadi tersudut sebagai aspek spiritual dan tidak boleh menjangkau peranan panduan kehidupan yang lebih besar. "Penghayatan agama hanya untuk golongan tertentu yang sifatnya eksklusif," kata Mujahid.

Wali Kota Medan, Rahudman Harahap yang hadir dalam dialog tersebut mengharapkan agar seluruh warga Kota Medan agar mawas diri. Mawas diri dalam hal ini, kata Rahudman adalah agar tidak terpengaruh oleh ajakan untuk mengikuti paham dan ideologi yang bertentangan dengan ideologi negara, mawas diri agar tidak terpengaruh oleh ajakan yang mengadu domba agama, antar etnis serta melakukan klarifikasi terhadap setiap isu yang mempertentangkan antar agama dan etnis.

"Kemudian mawas diri agar tidak terpengaruh oleh ajakan untuk melakukan kekerasan atas nama agama dan mawas diri agar tidak terperangkap dalam politisasi beragama," kata Rahudman.

Gambar dari kiri (IH), Sdr Ramli & Zulkifli Lazim dari Pulau Pinang bertemu Ibnu Hasyim di Medan
Dari kiri Ibnu Hasyim, Drs Rashidi Deraman, & Dr Mujahid semasa di Medan (IH)

Dalam dialog tersebut, Rahudman juga berkesempatan membacakan naskah pencanangan Kewaspadaan Beragama (Wasber) Kota Medan.(Laporan Wartawan Tribun Medan/fer)

Lihat sebelum ini..

Tuesday, July 05, 2011

BERSIH 2.0: Di Stadium Pun, Dapat Sokongan -Nik Aziz

KL, 5 Julai 11: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat percaya Himpunan Bersih 2.0 Sabtu ini akan tetap mendapat sokongan rakyat walaupun terpaksa diadakan di stadium.

Menteri Besar Kelantan (gambar) berkata Himpunan Bersih 2.0 akan menjadi manifestasi kepada kebangkitan rakyat yang menentang segala penyelewengan dan permainan “politik jahat” Umno-Barisan Nasional (BN).

“Walau di mana pun Himpunan Bersih 2.0 diadakan pada 9 Julai ini, saya penuh yakin bahawa ia tetap merupakan manifestasi kebangkitan rakyat yang menentang segala tipu daya dan permainan politik jahat Umno-BN.

“Saya yakin Yang di-Pertuan Agong (Tunku Mizan Zainal Abidin) selaku payung rakyat jelata tentu akan bertindak untuk kebaikan seluruh rakyat,” kata Nik Aziz dalam laman Facebook.

Tegas Nik Aziz, ekoran pendirian terbaru Yang di-Pertuan Agong dalam isu Himpunan Bersih 2.0, beliau yakin Umno-BN tidak lagi “mempunyai kuasa” untuk mempergunakan institusi diraja demi kepentingan politik.

“Umno-BN tidak usah berharap untuk mempergunakan instituti beraja untuk mempertahankan mereka.

“Segala usaha mereka untuk menudung segala penyelewengan sistem pilihan raya tidak akan berjaya kerana kebangkitan dan kesedaran rakyat sudah sampai ke kemuncaknya,” katanya.

Gabungan Pilihan Bersih dan Adil (Bersih) hari ini bersetuju dengan cadangan kerajaan untuk mengadakan Himpunan Bersih 2.0 pada Sabtu ini di stadium. Menurut Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreevanesan, keputusan itu dibuat selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pula berkata pihaknya bersedia untuk mengadakan pertemuan dengan Bersih 2.0 bagi membincangkan lokasi yang sesuai — sebuah stadium — bagi perhimpunan Sabtu ini tetapi menegaskan tawaran itu adalah bersyarat.

Kelmarin Yang di-Pertuan Agong bertitah agar setiap permasalahan yang timbul — dalam isu semasa merujuk kepada tuntutan Bersih 2.0 diselesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan. Baginda juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan secara adil dan bijaksana dan “yang pentingnya.”

Selain itu pemimpin Pakatan Rakyat secara sepakat menerima tawaran mengadakan Himpunan Bersih 2.0 di stadium. ((IH/The Malaysian Insider)

KH Zainuddin MZ Meninggal Dunia..

KH Zainuddin MZ akan Dimakamkan di Halaman Dekat Rumahnya
KH Zainuddin MZ
Jakarta 5 Julai 11: Almarhum KH Zainuddin MZ rencananya akan dimakamkan di halaman dekat rumahnya di Jakarta Selatan pada Selasa (5/7) sore nanti. Tempat rencana pemakaman kiai kondang Sejuta Umat ini berdampingan dengan Masjid Fajrul Islam yang ada di depan tempat tinggalnya semasa hidup di Gang Haji Aom, Jalan Gandaria 1, Kebayoran Baru, Jakarta Selatan.

Hal itu terlihat di papan pengumuman yang terpampang di rumah duka. Sebelum dimakamkan, jenazah akan dishalatkan di Masjid Fajrul Islam. Ribuan orang pelayat memadati kawasan rumah duka serta Masjid Fajrul Islam.

Zainuddin meninggal dalam usia 60 tahun. Dokter yang bertugas di ruang Unit Gawat Darurat Rumah Sakit Pusat Pertamina (RSPP) Jakarta, Dr Nanang, mengatakan bahwa KH Zainuddin MZ saat dibawa keluarganya ke RSPP itu sudah dalam kondisi meninggal.

"Almarhum dibawa oleh keluarganya pada pukul 09.20 WIB dan sudah meninggal. Namun, pihak dokter tetap melakukan pemeriksaan untuk memastikan kalau beliau sudah meninggal," kata Nanang saat dihubungi Antara.

Model Bogel Gelek Yang Tergolek Muflis...

UNTUK DIJUAL...Albemarle House yang ditawarkan kepada sesiapa yang sanggup selepas bisnes wain Patricia runtuh.
UNTUK DIJUAL...Albemarle House yang ditawarkan kepada sesiapa yang sanggup selepas bisnes wain Patricia runtuh.

SEORANG bekas penari gelek dan model bogel yang popular dengan gelaran ‘janda paling kaya dalam sejarah’ selepas bercerai dengan suaminya, baru-baru ini mengisytiharkan dirinya muflis. Selepas bercerai daripada suaminya yang kaya-raya 21 tahun lalu, Patricia Kluge mendapat pampasan kira-kira RM4.9 juta.

Sering melayan keluarga diraja, jutawan dan selebriti di pusat hiburan mewahnya di Virginia pada 1980-an sebelum menceburi bidang penghasilan wain, memfailkan permohonan muflis bersama suami ketiganya. Apabila bercerai dengan bilionair media, John Kluge, pada 1990, Patricia, 62, dipercayai memperoleh kira-kira RM4.9 bilion. Wang itu dibelanjakan untuk membeli rumah agak 45 bilik Abemarle House yang terletak di atas tapak seluas 1,214 hektar di Virginia.

Pernah sekali membintangi filem lucah, The Nine Acres of Nakedness, Patricia dikenali sebagai hos parti yang dihadiri golongan kaya dan ternama. Bagaimanapun, gaya hidup wanita kelahiran Baghdad, Iraq, itu bertukar rupa apabila dia menghadapi masalah kewangan, manakala bisnes wain diusahakannya gagal mencatat keuntungan.

Dokumen permohonan status muflis Patricia menunjukkan, dia cuba menyelamatkan diri sejak tahun lalu dengan menjual pelbagai barangan yang dimiliki. Bersama suaminya, William Moses, tanggungan hutang mereka dianggarkan bernilai RM151 juta. Peguam pasangan itu, Kermin Rosenberg, berkata mereka kini meneruskan hidup sebagai orang muflis sambil cuba melangsaikan sedikit demi sedikit hutang masing-masing.

Patricia memperoleh hak ke atas Albemarle House dan tanah di sekitarnya selepas bercerai pada 1990. Bekas suami Patricia, Kluge, meninggal dunia pada September tahun lalu. Albermarle House dibangunkan dengan reka bentuk rumah Inggeris abad ke-18, bersama taman bertingkat, air pancut, kolam renang dan kabin tetamu.

Pada 1980-an, Patricia menjadikan rumah itu sebagai tempatnya melayan tetamu istimewa terdiri daripada keluarga bangsawan, tokoh korporat dan selebriti. Tahun lalu, Patricia berkata, dia tidak lagi tinggal di Albemarle House, sebaliknya menumpukan perhatian kepada bisnes wain.

Permohonan muflis dibuat selepas rundingan dijalankan dengan tiga bank utama yang membiayai bisnes Patricia gagal mencapai persetujuan. Kegagalan membayar hutang menyebabkan bank berkenaan menyita bisnes Patricia, selain Albermarle Houise dan sebuah lagi rumah mewah dalam pembinaan.

Rosenberg berkata, semua cubaan untuk menstruktur semula hutang Patricia tidak berjaya. Melalui permohonan muflis itu, aset pasangan Patricia - Moses kini diletakkan di bawah kawalan pemegang amanah dilantik mahkamah.

“Agensi itu bertanggungjawab menguruskan pembayaran semula hutang kepada bank,” katanya.

Bank of America memfailkan saman ke atas Patricia di Mahkamah Daerah Charlottesville dengan mendakwa wanita terbabit mengabaikan tiga pinjaman bernilai lebih RM69 juta untuk membiayai rumah serta tapak berkenaan. Pasangan itu turut kehilangan hak ke atas syarikat Kluge Estate Winery & Vineyard apabila gagal membayar semula pinjaman dari Farm Credit Bank bernilai RM105 juta yang merudum ketika ekonomi dunia lembap.

Tokoh perniagaan terkemuka, Donald Trump, membeli sebahagian besar bisnes Patricia pada April dan mendakwa mahu mengendalikan perusahaan berkenaan. Satu lagi bank, Sonabank, mengambil semula anak syarikat Vineyard Estates pada harga RM14.7 juta dalam satu lelongan awam.

Untuk mengumpul wang, tahun lalu Patricia pernah menyenaraikan pelbagai perabot antik dan barangan lain untuk dilelong. Lelongan pada Jun tahun lalu membolehkan mereka mendapat kira-kira RM45.6 juta. Patricia turut menjual kebanyakan barang kemasnya pada harga RM15 juta sebelum ini. - DM

The Fall of the House of Kluge Leads to the Rise of the Yard of Trump


Daily Mail
4 days ago
By ROBERT FRANK Billionaire divorcee Patricia Kluge turned to friend Donald Trump to ... In the history of rapid wealth loss, Patricia Kluge stands apart. ...
Wall Street Journal - 8 related articles - Shared by 100+
Trump tries to wrest control of Barbara Kluge estate- The Real Deal New York (blog)
Donald Trump Schools Bank Of America In A Super-Luxury Foreclosure ...- Business Insider

DMSebelum ini..

Lihat lagi...

E-Buku IH-28: Kisah-kisah Bogel
E-Buku IH-28: Kisah-kisah Bogel

Tidak Semua Agama Sama -Dr Mujahid Di Medan

Walikota Medan, Rahudman Harahap, sedang merasmikan majlis tersebut. (Kiri sekali) Beliau sedang membuat ucapan perasmian. (Kanan sekali) Dr Hj Mohd Hasyim, aditor weblog Ibnu Hasyim yang menjadi modirater dalam forum tersebut.

Dr Mujahid (empat dari kiri) & Ibnu Hasyim (dua dari kanan)

MEDAN 2 Jul 11: Tidak semua agama sama. Kerana itulah saya memilih Islam. Begitu juga bapak-bapak dan ibu-ibu, ada yang memilh Islam, Kristian, Buddha, Hindu Kungfusius dan lain-lain.

Demikan ucapan Dr Mujahid Yusuf Rawa semasa membentangkan kertas-kerja bertajuk 'Mengadvokasi Umat Berugama Dari Stigma Yang Menyudutkan agama dan Penganutnya' di majlis Forum Kerukunan Umat Beragama (FKUB) yang diadakan diKota Medan hari ini.

Majlis yang dihadiri oleh tokoh-tokoh agama dari berbagai agama di Sumatera Utara, dirasmikan oleh Walikota Medan, Rahudman Harahap.

Menurut Dr Mujahid,"Kertas kerja ini bertujuan untuk memberikan asas kefahaman kepada usaha-usaha memperjuangkan, supaya dibuang persepsi buruk yang diterima, bahawa agama tersudut pada tempat-tempat tertentu sahaja.

Usaha ini perlu bagi mengembalikan peranan agama yang sepatutnya menjadi penggerak agama dalam kehidupan hari ini, yang dikuasai oleh fahaman penyingkiran agama dalam kehidupan manusia."

Menurut Ketua Forum Kerukunan Umat Beragama (FKUB) Kota Medan, Syarin Harahap, berkata sebelumnya,

"Keberagaman kehidupan beragama merupakan bagian integral yang tidak terpisahkan dari kehidupan bangsa Indonesia. Sebab, rakyat Indonesia merupakan penganut agama, sebagai konsekuensi dari sila pertama Pancasila.

"Kehidupan beragama telah memberi kontribusi penting bagi kehidupan berbangsa sejak perjuangan kemerdekaan, proses kemerdekaan serta dalam pembangunan bangsa. "

Demikian dikatakan Ketua Forum Kerukunan Umat Beragama (FKUB) Kota Medan, Syarin Harahap, tadi malam.

Dr Mujahid kini dipilih sebagai Pengerusi SEA Council Of Intereligios Networking For Peace & Ahli Parlimen Malaysia. (Laporan Drs Mohd Rashidi Deraman)

Exco K'tan Hadir Persembahan Artis L Ramlee

HALAMAN HIBURAN

KOTA BHARU, 4 Julai11: Artis terkenal di zaman 60-an, L.Ramlee melahirkan rasa gembira kerana diberi peluang membuat persembahan di negeri Kelantan. Turut menyaksikan persembahan yang masih bertenaga itu anggota exco kerajaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zainuddin Ibrahim, ketua-ketua jajahan, pegawai kanan kerajaan negeri.

Sebelum menyampaikan beberapa buah lagu hitsnya, beliau tidak menyangka rakyat Kelantan khususnya masih meminati beliau yang popular di zaman 60-an. “Terima kasih banyak-banyak pada kerajaan negeri kerana sudi menjemput saya menghiburkan tuan-tuan di sini,” ujarnya. L.Ramlee yang terkenal dengan lagu Dara Pujaan diundang khas untuk membuat persembahan sempena majlis penutup Pesta Nasi 100 sempena majlis Karnival Seni Budaya Kelantan 2011, di perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-1V malam tadi.

L. Ramlee memulakan persembahan dengan membawa lagu Siapa Bilang Aku Tak Sayang, Joget Berbaju Kurung, Dengarlah Rayuanku, Hidup Bersama, Ayahku Kahwin Lagi dan Dara Pujaan.

Pelawak terkenal Kelantan, Pok Ya yang pernah berganding dengan Wak Sir, turut mendendangkan sebuah lagu Kisah Dan Tauladan. Pengarah Perhubungan Awam MPKB-BRI, Azman Mohd Daham berjaya menarik perhatian penonton apabila berjaya menonjolkan bakat terpendamnya dengan menyampaikan sebuah lagu Boyan, La O Be.

Sempena majlis ini juga diadakan Battle of The Jogho bagi mencari jogho diantara jogho dikir barat di Kelantan. Namun tiada siapa yang berjaya dicungkil dari nama-nama besar pendikir Kelantan apabila hanya dua peserta sahaja yang bertanding iaitu Megat Nordin dan Setapo Merak Mas.

Begitu juga kategori tukang karut, hanya tiga peserta sahaja yang mengambil bahagian, iaitu Jen Endoroo, Pok Nik Loh Tok Deh dan Tuan Kob Raja Saring. Kesemua mereka menerima hadiah berupa wang tunai dan sijil penyertaan yang disampaikan oleh Datuk Dr Zainuddin. (IH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kerajaan Negeri Kelantan patut memikirkan memberi apa-apa anugerah penghormatan kepada artis-artis lama yang menyumbangkan suara mereka kepada masyararakat, semasa mereka masih hidup..

Artis, Sukar Jadi Mukmin Sejati- Azmi Mustapa


HALAMAN HIBURAN

Wajah Azmil sewaktu tahun 1994.

PETALING JAYA 5 Jun 11: Pelakon Azmil Mustafa mendakwa sukar bagi seseorang itu untuk menjadi mukmin sejati sekiranya mereka bergelar artis. Dia berkata selama bergelar artis dia mengakui banyak dosa yang telah dilakukan.

"Saya rasa agak susah untuk menjadi seorang mukmin apabila hidup sebagai seorang artis kerana seperti yang kita tahu kehidupan artis lebih terdedah kepada keseronokan.

"Saya akui pelbagai dosa yang telah saya lakui sepanjang menjadi artis. Sehingga sekarang, ada yang masih menganggap saya sebagai artis dan mengenali saya dengan nama Ali Setan," ujarnya dalam satu temubual di Hotel De Palma, Ampang ketika meraikan mangsa Madrasah At-Taqwa, Hulu Langat.

Tambahnya: "Saya menganggap situasi ini sebagai lumrah hidup. Jadi, saya perlu berhati-hati dalam menjaga tingkah laku.

"Saya juga gemar bergaul dengan rakan artis yang suka berkongsi tentang kehebatan Rasulullah seperti kumpulan Rabbani."

Bagaimanapun, Azmil belum bersedia untuk berdakwah kepada rakan artis lain kerana bimbang sekiranya timbul konflik pada masa hadapan.

"Saya sudah faham dan lalui pengalaman menjadi artis, jadi saya takut untuk berdakwah di kalangan mereka.

"Lagipun saya belum cukup kuat untuk bergaul dengan mereka semula. Saya rasa halangannya terlalu berat dan bimbang andai saya gagal untuk berdakwah kepada mereka," ujarnya lagi.

Sejak berubah, dia membawa diri ke Syria dan menetap di sana bersama-sama keluarga selama lima tahun. Menyentuh tentang perancangan masa depan, Azmil yang kembali ke negara ini sejak lima bulan lalu memilih untuk menetap di sini selama-lamanya.

"Saya akan melakukan kerja yang menjurus ke arah kebaikan dan terlibat dengan pertubuhan yang bergerak secara bebas.

"Saya merancang untuk melakukan sebuah majlis dengan media untuk menceritakan tentang pengalaman saya selama berada di Syria," ujarnya yang turut mengakui hilang punca pendapatan sepanjang lima bulan kembali ke negara ini.

Dia yang baru menjalani pembedahan jantung akui sering menghadapi masalah kesihatan.

"Saya tetap bersyukur dengan kurniaan Allah dan setelah menjalani pembedahan jantung, doktor menasihatkan saya agar tidak terlalu aktif dan banyak berehat di rumah.

"Bagaimanapun, saya akan meluangkan masa jika dijemput memberikan usrah dan berkongsi pengalaman yang dilalui sebelum ini. Saya akan cuba bawakan perspektif yang kontemporari seiring dengan dunia sekarang," jelasnya.

Komen weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, Alllah SWT masih sayangkan Azmi. Dia tentu bentangkan laluan mennuju taqwa. Dia turunkan penyakit, Dia berikan ubatnya. Dia tingkatkan darjat seseorang, Dia juga tambah ujian dan kematangan. Itulah anugerah Allaah SWT.. (IH)

Monday, July 04, 2011

Kes Sosilowati Hidup Lagi, 618 foto, 76 Saksi Dipanggil



SHAH ALAM, 4 Julai 11 – Pihak pendakwaan akan mengemukakan keterangan bagi membuktikan bekas peguam N.Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya telah melakukan pembunuhan ke atas jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain berdasarkan penemuan DNA milik mangsa pada barang-barang kes.

Bukti itu akan dikemukakan melalui keterangan saksi yang menemui DNA milik seorang daripada mangsa iaitu pegawai bank Noorhisham Mohamad pada kayu kriket dan DNA peguam Ahmad Kamil Abdul Karim dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin pada zink-zink yang digunakan sebagai alas untuk membakar mayat-mayat mangsa.

Menurut laporan Bernama Online, Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff berkata demikian dalam ucapan pembukaannya pada permulaan perbicaraan kes bunuh itu di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Akhtar Tahir di sini hari ini.

Saksi juga akan memberikan keterangan mengenai penemuan sebilah pisau berkarat hulu besi, gelung dawai, serpihan tulang dipercayai tulang manusia, dua buah telefon bimbit jenama Blackberry, seutas jam tangan dan sebatang anak kunci tertulis BMW, katanya.

Selain itu, Ishak berkata dua pekerja ladang, U. Suresh dan T.Sarawanan akan dipanggil memberi keterangan bagi membuktikan bagaimana perancangan oleh Pathmanabhan dan tertuduh keempat, R. Kathavarayan bersama yang lain untuk melakukan pembunuhan ke atas keempat-empat mangsa serta peranan yang dimainkan oleh setiap tertuduh dan bagaimana tertuduh kedua, T. Thilaiyagan membunuh setiap mangsa.

Suresh dan Sarawanan sebelum ini telah dijatuhi hukuman penjara 20 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini kerana melupuskan mayat Sosilawati, Noorhisham, Ahmad Kamil dan Kamaruddin.

“Saksi-saksi juga akan mengesahkan bahawa Sosilawati ada urusan jual beli tanah di Pulau Pinang dengan tertuduh pertama (Pathmanabhan), urusan jual beli tanah di Pulau Pinang yang diuruskan oleh tertuduh pertama dan tertuduh pertama yang uruskan pembelian tanah dari Southern Symphony kepada Ample Quality di mana sebanyak RM2.9 juta telah dibayar sebagai 10 peratus harga belian tanah tersebut iaitu RM29 juta,” kata Ishak dipetik laporan Bernama Online.

Pathmanabhan, 42; Thilaiyagan, 20; R. Matan, 21, dan Khatavarayan, 31, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membunuh Sosilawati, 47, Noorhisham, 38, Ahmad Kamil, 32, dan Kamaruddin, 44, di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting, antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos, 2010.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Ishak yang mengetuai pihak pendakwaan berkata pihaknya juga akan mengemukakan keterangan saksi-saksi di tempat kejadian yang melihat api marak dari rumah mereka.

Beliau berkata pihak pendakwaan juga akan mengemukakan keterangan saksi-saksi yang mengesahkan jam tangan jenis Bell & Ross dan telefon bimbit Blackberry Bold warna putih milik Ahmad Kamil, jam tangan Seiko milik Kamaruddin serta penerimaan jam tangan ‘Longines’ daripada Suresh.

Ishak berkata keterangan bekas suami Sosilawati, Buhari Mohamed adalah berkisar mengenai urusan jual beli tanah di Pulau Pinang di mana beliau ada menghubungi Pathmanabhan bertanyakan sama ada Sosilawati ada berjumpa dengannya pada 30 Ogos lalu dan Pathmanabhan menjawab bahawa Sosilawati ada menghubunginya pada hari tersebut untuk berjumpa tetapi tertuduh pertama itu tidak kelapangan serta meminta Sosilawati berjumpanya pada 2 September.

Beliau berkata anak perempuan Sosilawati, Erni Erinawati Sofia Buhari membuat laporan polis mengenai kehilangan ibunya di Balai Polis Dang Wangi pada 31 Ogos dan 2 September lalu, Erni sekali lagi membuat laporan polis setelah mengesyaki Sosilawati telah diugut, diculik dan dikurung oleh individu berkaitan.

Ishak berkata pada 3 September lalu, isteri Ahmad Kamil bernama Sabrina Adnan membuat laporan polis mengenai kehilangan suaminya di Balai Polis Brickfields, Kuala Lumpur manakala isteri Noorhisham bernama Suzana Radin Pangit membuat laporan polis mengenai kehilangan suaminya di Balai Polis Dang Wangi pada hari yang sama.

“Kakak kepada Kamaruddin, Zaidah Shamsuddin juga telah membuat laporan polis di balai polis Kuantan, Pahang, mengenai kehilangan adiknya pada 6 September 2010,” katanya.

Seterusnya, Ishak berkata, seorang jurujual akan memberi keterangan untuk mengesahkan bahawa Sosilawati dan seorang lelaki Melayu yang dipanggil Kamal oleh Sosilawati ada datang ke gerainya pada 30 Ogos 2010 untuk membeli kerepek serta kuih raya bernilai lebih RM200 dan mereka dilihat beredar pada pukul 5.20 petang dengan menaiki kereta BMW X5 berwarna hitam.

Mahkamah juga dimaklumkan, pihak pendakwaan akan memanggil kira-kira 76 saksi pada perbicaraan kes ini.

Selain Ishak, pihak pendakwaan turut diwakili dua lagi Timbalan Pendakwa Raya iiatu Saiful Edris Zainuddin dan Idham Abd Ghani.

Pathmanabhan diwakili peguam Manjeet Singh Dhillon dan Pushpa Ratnam, Thilaiyalagan diwakili peguam Gurbachan Singh, Matan diwakili peguam Amer Hamzah Arshad dan Kathavarayan diwakili peguam Ravi Nekoo dan Datuk Ng See Teong.

Sementara itu, seramai empat jurugambar polis memberi keterangan pada perbicaraan hari pertama di mana sebanyak 618 keping gambar yang diambil di beberapa lokasi berbeza termasuk tempat kejadian dan Sungai Panchau di Jalan Morib, Banting, yang dikatakan menjadi tempat melupuskan mayat mangsa dikemukakan di mahkamah sebagai eksibit.

Mereka ialah Detektif Koperal Mokhtar Hussain dari Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Lans Koperal Abdul Aziz Ahmad dan Detektif Sarjan Mhd Rasdi Mhd Safien kedua-duanya bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat dam Detektif Koperal K.Velamal dari Bahagian Bantuan Teknik, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Sorot kembali kes Sosilawati...

E-Buku IH-1: 'Misteri Hilangnya Jutawan Datuk Sosilawati'
E-Buku IH-1: \

Saturday, July 02, 2011

Kereta Meletup Di Selatan Thai, Mengapa?


SEORANG anggota skuad bom Thailand berada di tepi sebuah kereta Honda yang meletup di Narathiwat, selatan Thailand semalam.

BANGKOK - Sebuah kereta Honda meletup semasa seorang anggota skuad bom Thailand berada dekat dengan kenderaan itu pada pagi semalam di Narathiwat.

Anggota skuad bom itu yang memakai jaket perlindungan cedera namun tahap kecederaannya masih belum diketahui. Letupan bom itu menyebabkan kereta tersebut musnah teruk.

Bom itu dipercayai diletakkan oleh kumpulan gerila pemisah yang mendalangi kejadian keganasan di sempadan Thailand dengan Malaysia. Lebih 4,500 orang terbunuh dalam serangan keganasan yang berlaku di selatan Thailand sejak 2004. - Agensi

Komen weblog Ibnu Hasyim: Soalnya, mengapa berlaku keganasan? Itu yang perlu diselesaikan.. Untuk mengubati penyakit kena siasat puncanya, baru boleh selesai. (IH)

Sila Sebarkan Ini Demi BN!...

INI senarai 50 dalil kenapa rakyat perlu pangkah BN dalam PRU-13 nanti yang saya terima melalui email. Email ini bemaya.redar di serata tempar dalam dunia ..sendiri mau baca dan buat kajian agar anda tidaak mensia-siakan akal anda.

50 Dalils (reasons) why we MUST vote for BN:

1. PKFZ (Port Klang Free Zone) Scandal - more than RM12.5 billion incurred and counting
2. Useless & problematic Scorpene submarines - costing approximately RM7.6 billion
3. Commission for the undiveable Scorpene submarine - RM500 million halal comission, read MEGA CORRUPTION
4. Loss of Bumiputera equity - RM52 billion
5. Limbang offshore blocks L and M given to Brunei - worth RM320 billion
6. Bank Negara Forex loss - RM6 billion
7. Perwaja Steel Scandal - RM15 billion
8. 60,000 Approved Permits given to UMNO-linked cronies - worth RM2.4 billion every year
9. BMF Scandal (Carrian group) - RM4 billion..BMF manager was murdered
10. Double-tracking railway project from Ipoh to southern Thailand - RM12.5billion
11. Purchase of 6 EMU locomotives - irregularity at a cost of RM500 million
12. Maminco affair....cornering tin market/speculation cost us RM 2.5 Billions
13. Maltrade II land grab by Naza, costing taxpayers some RM 2.2 Billion
14. RM 6.75 billion to PSC Bhd for locally made naval vessels which were never delivered .
15. MAS shares - Tajuddin Affairs: Govt bought at $8 ringgit when market price was $3.5 ringgit. RM8 Billions taxpayers money lost
16. Halal Hub - RM 2 billion spent, nothing done, only RM 200 million left.
17. Armoured carriers -RM 8 billion .By industry standards, a good armoured car will only cost half a million. Mindef will spend RM 30 million each
18. RM 810 Million palace balloning to some RM 1.2 Billion, Selangor Hospital overrun by RM 100's of millions
19. School classrooms and computer labs - RM10 billion, direct nego. How much did the Government actually get?
21. Khir Toyo's Balinese palace - RM24 million
22. Menara Warisan or mega-tower - RM5 billion
23. Bail-out of GLCs and BN's crony-corporations - too massive and too many
24. Anwar's black-eye incident (beaten up by police while in prison)
25. Churning out acronyms, i.e. 1Malaysia,NEM, GTP, ETP, EPP, NKRA, NKEA, and TEM (Terrible Economic Management)
26. Prime Minister Najib Razak's aide Nasir Safar's statement: "Chinese came here to sell their bodies and Indians came to beg"
27. BiroTata Negara deputy director Hamim Husin's statement: Chinese are "si mata sepet" and Indians "si botol"
28. Missing jet engines.What a joke, Ain't you ashamed to be a Malaysian? .
29. Perak illegal and undemocratic power-grab in February 2009: Remember Perak, remember the Injustice!
30. Lingam-gate Scandal: Correct, correct, correct or Korek, korek, korek
31. Sodomy I and Sodomy II trials , Datuk T trio and the sex video
32. Stamping of Bibles: ' Bible smelly' said Hishammuddin and 'Christian-state' false news from Utusan and Umno bloggers
33. Perkasa, Pembela: Increasingly anarchist stance due to the lack of punishment by the authorities
34. Cow-head protests, vandalism at churches and mosques
35. 1 Malaysia email granted to 'broke' firm Tricubes Bhd (GN3 company).
36. Brand new Stadium roof collapse in Terengganu
37. Flip-flop of key education policy in the teaching of Maths and Science in English
38. Ibrahim Ali is Adolf Hitler alter-ego & mouthpiece of BN 1Malaysia
39. Water Rally (to demand that the government returns water rights to the rakyat)
40. Eye-on-Malaysia Ferris Wheel (white elephant in Melaka)
41. Bukit Merah-Papan rare earth tragedy in Perak (MItsubishi) and now Gebeng in Pahang (Lynas) & WTF 2 Nuclear plants !!!
42. Bakun Dam (destruction of environment, displaced peoples)
43. Female nude-squats - November 2005 and June 2011
44. Abuse of the New Economic Policy/Dasar Ekonomi Baru
45. Buying of votes in 10th Sarawak State Elections in April 2011. I help you, you help me ?
46. Wasted money spent on 1Million Youths Gathering - more than RM25 million - May 2011
47. Hike in Electricity Tariffs on June 1, 2011 and more upcoming hikes in sugar, diesel and petrol
48. Asian Petroleum Hub in Johor - RM1.4billion, now in receivership
49. Various Malaysian corridors started by Tun Abdullah Ahmad Badawi now empty, unutilised and vacant
50. Altantuya,while walking in KL picked up a stone which turned out to be C4 Xploding herself! ; Teoh Beng Hock, room too hot, opened window and accidentally fell out!; Kugan Ananthan (only 22, but the cops beat him until his kidneys failed), Aminul Rasyid (15-years old, but shot multiple times by cops), Ahmad Sarjani ( MACC victim) .
51. Name your grouse ....The list above is by no means exhaustible, serves to remind Malaysians that never before in Malaysian history is so much at stake.

(Diangakt dari http://wartashubhi.blogspot.com)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails