Thursday, November 19, 2009

Polis & Bank Islam, Tolonglah, Apakah Perlu Mengadu Pada Menteri?


PIHAK Blog Ibnu Hasyim telah dihubungi oleh mangsa seorang pengguna Bank Islam yang malang, sehingga sekarang masih belum dapat apa-apa jawapan dari cawangannya di Tanjung Malim. Beliau menyimpan wang di BankIslam tersebut kira-kira RM6,000, tetapi akhirnya lesap, sudah dicuri orang. Pihak bank menyuruh buat report polis.

Pengaduan dibuat di Balai Polis Tanjung Malim pada 2 Ogos 2008, tapi hingga sekarang tiada apa-apa jawapan dari bank tersebut. Pihak Polis pula dalam seminggu dua lepas ada menghubungi mangsa beberapa kali, dan membuat temujanji untuk menyiasat, tetapi sampai sekarang pun tiada apa-apa. Siasat pun tidak, apa pun tidak.

Bank pun tak peduli, polis pun tak peduli. Pihak-pihak bertanggung jawab tolong ambil perhatian. Apakah perlu hingga merayu kepada Menteri terlibat yang kakitangannya tidak prihatin kepada rakyat?

"Tolonglah. Duit itu puluhan tahun makcik simpan untuk pergi ke haji.. Makcik tak tahu apa nak buat lagi..." Katanya kepada blog Ibnu Hasyim.

Selanjutnya sila lihat surat pengaduan, pandangan dan komen berikut... Klik di sini...

1..Thursday, August 27, 2009 Bank Islam Tg Malim Masih Pekak Kepada Pengguna..
2..Sunday, August 16, 2009 Simpan Duit Dalam Bank Islam, Lesap. Bank Lepas Tangan.

Sila beri komen, sekian.

Ibnu Hasyim. KL. 19 Nov 2009. Kes ini dah lebih 1 tahun 2 bulan.

7 comments:

Anonymous said...

Ibnu Hasyim,

Kalau beginilah cara Bank Islam melayan pelangannya,elok tukar nama kepada Bank Yahudi saja.
Polis jangan diharapkan sangat kerana mereka kekurangan kaki tangan.Kaki tangan Polis sibuk buat road-block dekat ceramah-ceramah parti pembangkang dan bertugas membelasah orang awam yang berdemonstrasi. Mereka juga sibuk "menjaga ketenteraman awam" ditempat-tempat Pilihanraya Kecil.

Anonymous said...

kalau hilang disebabkan kecuaian bank, apalah salahnya bank ganti

6 ribu tak jd kudis pun utk bank. malah kalau tokey bank islam ni nak buat amal, infakkan sikit dari gaji yang puluh ribu tu pada mak cin berkenaan

Anonymous said...

Islam bukan pada kulit tetapi pada isinya! Bank Islam, Negara Islam, Yayasan Islam adalah nama-nama yang menyakinkan umat Islam. Isinya hampehh!

Hasbullah Pit said...

Bank islam punya sistem, tak boleh tahu siapa nama pemegang akaun bila key in wang masuk.

Kalau dah salah baru tau.

Makcik tu simpan slip?

Ibnu Hasyim said...

Tuan Hasbullah..

Semua surat-menyuarat ada di simpan. Saya tak faham slip yang mana?

dokpikiaq said...

apa kata kita baikot suma bank yg ada,kita tukaq p kepada dinar emas..
wang kertas klo terbakar jd abu...makin lama makin x laku.. emas klo terbakar berubah bentok,klo gadai bleh ketok..hehehe..

Anonymous said...

Jika bank tersebut tidak mahu bertanggung-jawab, saman sahaja bank tersebut !

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails