Thursday, November 19, 2009

Kedudukan Rasuah CPI: Sokong K/Pengarah SPRM Letak Jawatan.

by Asyok Kumar

KUALA LUMPUR Nov 19 2009– Malaysia jatuh ke kedudukan terburuk sejak 15 tahun lalu dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International. Kedudukan Malaysia tahun lalu adalah di tempat 47 tetapi kini menjunam ke tempat 56. Ini kejatuhan terburuk, berbanding pencapaian terbaik pada 1995 apabila Malaysia menduduki tangga 23.

Demikian di nyatakan oleh Dr Hj Mohd Hasyim selaku Presiden Grup Universiti Ulang Klang dalam satu majlis taklimat kepada AJK kelab tersebut, di Setapak malam tadi.

"Saya sokong saranan Penasihat DAP, Lim Kit Siang supaya Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan meletak jawatan kerana prestasi buruk tersebut." Jelas Hj Mohd.

Sebelum ini dalam satu kenyataan media, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, mempersoalkan tidak ada sesiapa dalam kerajaan berani bersuara mengenai hasil perancangan lima tahun dalam Pelan Integriti Nasional (2004-2008) yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membanteras rasuah. (AK)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails