Tuesday, November 17, 2009

Penswastaan: Beri Beban Kepada Rakyat -Charles Santiago


KUALA LUMPUR - Penswastaan badan-badan kerajaan memberi impak ke atas kehidupan rakyat yang semakin dibebani taraf hidup kian meningkat saban hari, kata Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago.

Menurutnya, dasar ekonomi kerajaan yang menswastakan pelbagai agensi dilihat tidak membantu, malah membebankan dan merampas hak rakyat.

“Kerajaan kata rakyat layak mendapat taraf kesihatan lebih baik, jalan raya selesa dan pelbagai kemudahan asas lain. Namun melalui penswastaan pelbagai badan ini, rakyat terpaksa menanggung kos tinggi.

“Ini jelas menunjukkan melalui penswastaan air dan jalan raya, rakyat membayar lebih tinggi, se:dangkan masih ada rakyat berpendapata:n rendah dan hidup susah,” katanya.

:Beliau berkata demikian dalam seminar ‘Sistem Dua Parti - Satu Analisa Kritikal’ di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di sini, petang semalam.

:Forum dua hari itu anjuran Parti Sosialis Malaysia.

Santiago berkata, penswastaan hanya menguntungkan kerajaan kerana ia memindahkan tanggungjawab yang sepatutnya dipikul kepada swasta.

Tiga panel lagi ialah Dominggus Oktavianus dari Parti Rakyat Demokratik Indonesia, Francisco Dodong Nemenzo dari Filipina dan dari Malaysia.

Santiago berkata, beliau yakin sistem dua parti adalah yang terbaik untuk Malaysia dalam suasana sekarang.

“Ia perkembangan yang bagus yang ditunggu-tunggu rakyat dan mewujudkan persaingan yang adil antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).

“Melalui elemen persaingan, rakyat dapat menilai sejauh mana kepimpinan kedua-dua parti mampu membawa perubahan lebih baik kepada rakyat.

”Saya rasa sistem dua parti adalah penyelesaian terbaik di Malaysia, tidak ada retorik, tidak lagi ideal. Ia lebih praktikal,” katanya.(AK)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails