Saturday, July 09, 2011

5 A/Parlimen Ditangkap, BERSIH Ke Austaralia, N/Zealand Dan....

750 penunjuk perasaan membawa kain rentang dan plakad dengan lambang Bersih 2.0 berhimpun di Federation Square di Melbourne. — Gambar TMI

KL 9 Julai 11: Walaupun lima Ahli Parlimen sudah ditahan sehingga 1 tengah hari, di mana ribuan penyokong Perhimpunan Bersih 2.0 berarak ke pusat bandar raya untuk Stadium Merdeka Kuala Lumpur, tetapi jelas ianya sudah merebak ke beberapa bandar di Austalia dan New Zealand. Juga akan diadakan di Jepun, Korea Selatan, Taiwan, Hong Kong, Switzerland, Sweden, Perancis, England, Scotland, Ireland, Kanada dan Amerika Syarikat.

Di Malaysia, kumpulan dari pelbagai lokasi — kawasan Masjid India, Pasar Seni, Jalan Raja Chulan dan Pudu-Bukit Bintang memfokus kawasan Hentian Puduraya-Menara Maybank-Kompleks Kota Raya sebelum meneruskan perarakan mereka ke Stadium Merdeka yang jaraknya kira-kira dua kilometer.

Di kawasan berhampiran Menara Maybank, peserta Perhimpunan Bersih 2.0 cuba dileraikan oleh FRU dengan melepaskan gas pemedih mata, tetapi mereka melawan menyebabkan FRU berundur dan tembakan gas pemedih mata susulan dilepaskan.

Kira-kira 12.45 tengah hari tadi Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub ditahan di stesen KL Sentral. Selain mereka tiga wakil rakyat lain turut ditahankan. Dua daripada mereka ialah ialah Azmin Ali dan Fuziah Salleh. Azmin dan Fuziah masing-masing merupakan timbalan presiden dan naib presiden PKR. Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu juga ditahan.

Kumpulan peserta perhimpunan Bersih 2.0 mula berkumpul di kawasan-kawasan seperti Petaling Street, Jalan Pudu, Pasar Seni dan Brickfields, dan sedang menuju ke arah Stadium Merdeka sambil membuat laungan. Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenavasan dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang lain, antaranya Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Saifuddin Nasution, Khalid Samad dan R. Sivarasa berhimpun di Hotel KL Hilton Hotel, KL Sentral.

Kelihatan pasukan polis LSF sudah pun mengepung hotel berprestij itu, menanti mereka berarak ke Stadium Merdeka. Sementara pasukan keselamatan mempertingkatkan kawalan di ibu negara bagi menghalang perhimpunan Bersih 2.0 petang ini, rakyat Malaysia di negara-negara luar sudah memulakan kempen mereka menuntut pilihan raya yang bebas dan adil.

Maklumat yang diterima dari Melbourne, Australia menunjukkan sekitar 750 penunjuk perasaan membawa kain rentang dan plakad dengan lambang Bersih 2.0 berhimpun di Federation Square, menuntut pembaharuan pilihan raya di Malaysia.

Di Wellington, New Zealand, kira-kira 10 orang dilaporkan berkumpul manakala kereta-kereta yang lalu lalang memberikan sokongan dengan hon kenderaan masing-masing. Berdasarkan maklumat laman sosial Facebook Bersih 2.0 New Zealand, perhimpunan mini itu diadakan di University of Canterbury.

Beberapa jam lalu, penyokong memuat naik butiran mengenai perhimpunan di New Zealand, sambil meminta para peserta bertemu di tempat letak kereta Church Corner, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington, Morgan Street, Newmarket di Auckland dan Royal Oat Mall, juga di Auckland pada waktu yang berbeza.

Bersih 2.0, yang terdiri daripada 62 pertubuhan bukan kerajaan, juga merancang untuk mengadakan perhimpunan di Jepun, Korea Selatan, Taiwan, Hong Kong, Switzerland, Sweden, Perancis, England, Scotland, Ireland, Kanada dan Amerika Syarikat. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails