Tuesday, July 05, 2011

Tidak Semua Agama Sama -Dr Mujahid Di Medan

Walikota Medan, Rahudman Harahap, sedang merasmikan majlis tersebut. (Kiri sekali) Beliau sedang membuat ucapan perasmian. (Kanan sekali) Dr Hj Mohd Hasyim, aditor weblog Ibnu Hasyim yang menjadi modirater dalam forum tersebut.

Dr Mujahid (empat dari kiri) & Ibnu Hasyim (dua dari kanan)

MEDAN 2 Jul 11: Tidak semua agama sama. Kerana itulah saya memilih Islam. Begitu juga bapak-bapak dan ibu-ibu, ada yang memilh Islam, Kristian, Buddha, Hindu Kungfusius dan lain-lain.

Demikan ucapan Dr Mujahid Yusuf Rawa semasa membentangkan kertas-kerja bertajuk 'Mengadvokasi Umat Berugama Dari Stigma Yang Menyudutkan agama dan Penganutnya' di majlis Forum Kerukunan Umat Beragama (FKUB) yang diadakan diKota Medan hari ini.

Majlis yang dihadiri oleh tokoh-tokoh agama dari berbagai agama di Sumatera Utara, dirasmikan oleh Walikota Medan, Rahudman Harahap.

Menurut Dr Mujahid,"Kertas kerja ini bertujuan untuk memberikan asas kefahaman kepada usaha-usaha memperjuangkan, supaya dibuang persepsi buruk yang diterima, bahawa agama tersudut pada tempat-tempat tertentu sahaja.

Usaha ini perlu bagi mengembalikan peranan agama yang sepatutnya menjadi penggerak agama dalam kehidupan hari ini, yang dikuasai oleh fahaman penyingkiran agama dalam kehidupan manusia."

Menurut Ketua Forum Kerukunan Umat Beragama (FKUB) Kota Medan, Syarin Harahap, berkata sebelumnya,

"Keberagaman kehidupan beragama merupakan bagian integral yang tidak terpisahkan dari kehidupan bangsa Indonesia. Sebab, rakyat Indonesia merupakan penganut agama, sebagai konsekuensi dari sila pertama Pancasila.

"Kehidupan beragama telah memberi kontribusi penting bagi kehidupan berbangsa sejak perjuangan kemerdekaan, proses kemerdekaan serta dalam pembangunan bangsa. "

Demikian dikatakan Ketua Forum Kerukunan Umat Beragama (FKUB) Kota Medan, Syarin Harahap, tadi malam.

Dr Mujahid kini dipilih sebagai Pengerusi SEA Council Of Intereligios Networking For Peace & Ahli Parlimen Malaysia. (Laporan Drs Mohd Rashidi Deraman)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails