Sunday, October 03, 2010

Sosilawati: Seorang Lagi Ahli Perniagaan Hilang.

Jayanthy menunjukkan gambar Anpalagan pada sidang akhbar di Klang semalam. Anpalagan yang hilang sejak setahun lalu dipercayai ada kaitan dengan kes pembunuhan Allal di Banting.

KLANG 3 OKT 10: Selepas dua ahli perniagaan dilaporkan hilang secara misteri ketika menjalankan urusan perniagaan di Banting, seorang lagi mangsa yang juga ahli perniagaan dikatakan turut menerima nasib sama apabila dia gagal dikesan sejak lebih setahun lalu.

S. Anpalagan, 43, dilaporkan hilang pada 4 Ogos tahun lalu selepas menemui seorang pegawai polis bernama ‘Maniam’ di Bukit Sentosa, Rawang dekat sini sebelum berjumpa dengan seorang lagi rakannya di Banting.

Difahamkan, Anpalagan yang berasal dari Telok Bunut, Banting dekat sini turut berkawan rapat dengan peguam yang kini ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga lelaki.

Isteri Anpalagan, S. Jayanthy, 33, memberitahu, pada hari kejadian, dia cuba menghubungi suaminya tetapi gagal kerana telefon bimbit dimatikan. (Kosmo! Online/AK)

Ikuti keseluruhan cerita di atas. Klik di sini..

-----------------------------------------------------------------

Sila lawati E-Perpustakaan IH.....

Rak 1
Rak 2
Akan bertambah lagi e-buku-buku seterusnya.
--------------------------------------------------

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails