Friday, October 08, 2010

Harga Susu Naik, BN Tidak Salah?

PENGGUNA

Harga produk susu di pasaran tempatan mungkin naik jika bahan mentah hasil tenusu di pasaran dunia meningkat. - Gambar hiasan

SEREMBAN – Kerajaan menjangkakan harga jualan susu termasuk produk tenusu tempatan dijangka naik dalam tempoh terdekat ekoran peningkatan harga bahan mentah barangan tenusu di pasaran dunia.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kenaikan harga susu tidak dapat dielakkan memandangkan pengeluar dan pengilang di negara ini terpaksa menanggung kos belian import hasil tenusu yang tinggi.

“Jika kita membeli barang dengan harga mahal, sudah pasti kita terpaksa jual dengan harga yang lebih tinggi.

“Pun begitu, pengguna tidak perlu rasa bimbang kerana buat masa ini harga susu kita masih dikekalkan seperti biasa dan belum lagi ada sebarang kenaikan,” katanya selepas merasmikan bangunan baru Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri di Seremban 2 di sini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar berhubung harga tepung susu tanpa lemak yang merupakan bahan mentah tenusu utama dijangka meningkat kepada lebih AS$3,000 (RM9,630) satu tan metrik tahun ini berbanding AS$2,100 (RM6,741) satu tan metrik dalam suku keempat tahun lalu.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Harga keperluan harian naik di negara ini, apakah tidak melibatkan kerajaan BN dan BN tidak salah? (AK)

3 comments:

1Crony said...

Kalau harga barang naik juga, menteri akan jawab:
a. Harga barangan di negara kita paling rendah berbanding negara jiran.
b. Dah lama harga barangan tersebut tak naik.
c. Bagi menampung kos pengeluaran.
d. Harga naik sikit, tak membebankan pengguna.
e. Boleh cari alternatif lain, kalau gula naik, kurangkan makan gula.
f. Harga barangan akan dinaikkan tahun hadapan, bukan tahun ini.

Jawapannya mudah:

a. Tukar saja dari Menteri Jaga Pengguna kepada Menteri Jaga Peniaga.
b. Hapuskan jawatan Menteri tersebut kerana tiada fungsi dan menghabiskan wang cukai rakyat untuk bayar gaji dan elaun beliau.
c. Pemimpin Gerombolan yang ada sekarang ni memang munafik, mereka hanya jaga rakyat sebelum PRU aje, bagi beras sekampit RM5. Lepas PRU, segala-galanya naik dan mereka akan kutip kembali wang tersebut 100 kali ganda daripada rakyat (RM5 x 100).
d. Sebenarnya puak Gerombolan ini dah terlalu kaya dan harta haram terlalu melimpah ruah, kita rakyat marhaen yang hidup tertekan hanya mampu mengubah negara ini melalui reformasi dan doa, semoga Allah menghancurkan puak munafik ini sehingga ke titisan benih mereka yang terakhir. Ingat! Rakyat yang dizalimi, tiada halangan bagi doa mereka terus kepada Allah. Cuma cepat dan lambat sahaja doa itu dimakbulkan. Kepada para pemimpin yang khianat dan zalim, adakah anda mampu untuk hidup 100 tahun lagi? Harta anda akan dihabiskan oleh zuriat dan keturunan anda seperti buih laut dipantai. Insyallah.

Anonymous said...

bila penang state government naikkan rate air, langsung xnak sentuh. munafik sungguh!

Anonymous said...

Jadilah pengguna yang bijak dan gunakan lapan hak yang ada pad pengguna

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails