Monday, October 04, 2010

Takziah Kepada Lee Kuan Yew -Nik Aziz

KOTA BHARU, 4 Okt 10: Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengucapkan takziah kepada Perdana Menteri pertama Singapura, Lee Kuan Yew, berikutan kematian isterinya, Puan Kwa Geok Choo.

Kwa Geok Choo (gambar) meninggal pada usia 89, hari Sabtu, jam 5.40 petang di rumahnya kerana mengalami sakit stroke sejak dua tahun lepas.

“Pihak Menteri Besar Kelantan, Yang Amat Berhormat Tuan Guru Datuk Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat dengan ini menyampaikan rakaman takziah seperti mana berikut:

“Belasungkawa untuk Menteri Mentor, Lee Kuan Yew atas kematian isteri tercinta dan kepada Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong serta ahli keluarganya kerana pemergian untuk selama-lamanya ibu yang dikasihi. Kami berkongsi kesedihan selama anda sekalian merasai kehilangannya. Ia juga suatu kehilangan besar seorang Ibu Wirawati kepada seluruh rakyat Singapura.

“Menurut Islam, setiap yang hidup akan menemui kematian dan kematian itu adalah ketentuan dari Allah, Tuhan yang mencipta sekalian makhluk.”

Demikian kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Menteri Besar Kelantan, semalam.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Suatu contoh baik, antara cara kumpulan jamaah Islam mengekalkan hubungan dengan bukan Islam, terutamanya dalam suasana Malaysia yang majmk ini.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails