Tuesday, October 05, 2010

S'ngor Kawal Pusat Maksiat, Mengapa Contohi BN?




KL 5 OKT 10
: Pusat-pusat hiburan di Selangor akan disusun semula dalam usaha agar ia tidak disalahgunakan untuk menjadi sarang maksiat khususnya aktiviti perjudian dan pelacuran, lapor Harakahdaily.

Antaranya, kata Menteri Besar, Tan Sri Khalid ibrahim adalah dengan membuat rekabentuk semula tempat-tempat itu agar lebih terbuka dan bakal dibekalkan dengan kamera litar tertutup (CCTV) untuk merakam semua kegiatan dan pengunjung ke pusat-pusat itu.

"Kita sukar untuk menutupnya tetapi kita akan kawal dia agar tidak disalahgunakan untuk kegiatan yang tidak baik," kata Khalid dalam wawancara khas dengan Harakahdaily, Harakah dan Siasah di pejabatnya di Shah Alam, petang semalam.

Beliau mengulas serangan bertubi-tubi dari Umno dan umat Islam berikutan pertambahan yang ketara pusat-pusat hiburan dan kesihatan yang disalahgunakan dengan menjadikannya pusat perjudian dan pelacuran serta kegiatan tidak sihat yang lain.

"Kita mahu lihat juga sebenarnya apa yang boleh dibuat oleh kerajaan BN dalam menghadapi gejala ini dan kita akan ikut. Misalnya apa yang kerajaan Negeri Sembilan dan Perak boleh buat di tempat masing-masing.

"Namun mereka tak buat apa-apa juga. Kita sendiri telah berbincang dengan beberapa universiti untuk merekabentuk semula tempat ini agar lebih transparen. Bila begitu, kita harap kegiatan yang tidak baik tidak akan berlaku.

"Bila kita siap, kita akan pastikan semua operator pusat-pusat sebegini mematuhi peraturan yang kita tetapkan. Jika tidak, lesen tidak akan dikeluarkan dan tindakan boleh kita ambil," katanya.

Khalid mengaku, agak sukar untuk membanteras pusat-pusat seumpama itu kerana ia tumbuh akibat kepada permintaan. "Kalau orang ramai datang, permintaan tinggi, ia akan bertambahlah," kata Khalid.

Beliau juga tidak mahu menyalahkan polis atau pihak-pihak berkuasa lain kerana tidak bertindak ke atas pusat-pusat sebegini.

"Kita tahu bilangan polis kita amat terhad. Tak mampu mereka mengejarnya. Jadi kita kena ada inovasi dalam menghadapi perkara ini. Sebab itu bagi saya, kita kena design semula dan kawal dari situ.

"Kalau kita hanya tutup sahaja, yang haram pula akan tumbuh macam cendawan, lagi susah untuk dikawal," kata Khalid.


Sebelum ini, exco beliau, Ronnie Liu dalam wawancaranya dengan Harakahdaily mendakwa polis dan imigresen lebih berkuasa untuk bertindak ke atas pusat-pusat hiburan dan kesihatan yang disalahgunakan di negeri itu kerana bidang kuasanya lebih luas berbanding dengan kerajaan tempatan di bawah kerajaan negeri.

Khalid berharap, melalui rakaman CCTV untuk semua pusat ini akan mencegah orang-orang yang ada maruah untuk datang ke tempat sebegitu. Ketika ditanya bila ia akan dilaksanakan, Khalid berkata, ia berada di peringkat kajian dan bila ianya selesai, kerajaan negeri Selangor akan melaksanakannya segera. (Sumber: Malaysiakini)

Komen Blog Ibnu Hasyim:

Satu: "Kita sukar untuk menutupnya tetapi kita akan kawal dia agar tidak disalahgunakan untuk kegiatan yang tidak baik," Kata MB Selangor, "Kita mahu lihat juga sebenarnya apa yang boleh dibuat oleh kerajaan BN dalam menghadapi gejala ini dan kita akan ikut. ".

Pelik. Mengapa MB Selangor cuma mahu lihat contoh dari negeri-negeri BN sahaja? Tidak melihat Kelantan, yang sama-sama tertakluk kepada undang-undang persekutuan? Dalam kes ini, Kedah dan Pulau Pinang pun masih belum menampakkan kejayaan. Lebih-lebih lagi Kedah di bawah teraju PAS pun masih banyak pelacuran di sekitar stadium Alor Star dan karauke-karauke terus menjadi sarang maksiat, walau dibiarkan beralasan 'jangka panjang'. (Baru-baru ini saya pergi melihat sendiri di sekitar stadium Alor Star).

Kita juga boleh melihat contoh negara-negara luar yang agak berjaya menghapuskan maksiat menyelimuti pusat-pusat hiburan. Contohnya Iran, Saudi Arabia dan beberapa lagi.

Kedua
: 'Exco Selangor Ronnie Liu, dalam wawancaranya dengan Harakahdaily mendakwa polis dan imigresen lebih berkuasa untuk bertindak ke atas pusat-pusat hiburan dan kesihatan yang disalahgunakan di negeri itu kerana bidang kuasanya lebih luas berbanding dengan kerajaan tempatan di bawah kerajaan negeri.' Apakah benar begini? Apakah cuma alasan? Tidak ada langsungkah cara mengatasinya. Sejauh ini apa langkah diambil?

Maaf, kritik kerana sayang.

4 comments:

joe penang said...

Ana pun pelik
Kan lesen pusat hiburan bwh PBT. Kenakan la syarat-syarat ketat. cth
- jika 3x serbuan didapati menjalankan kegiatan pelacuran, gro melayu, terdapat dadah dsbyna, premis boleh ditutup dan ditarik balik lesen serta merta.
- takkan xde langsung ahli majlis yg boleh clearkan masalah ni. Sia2 la PAS lantik kamu semua. Kalu langsung xde perubahan

Bagi saya
- penguatkuasaan ke atas pusat2 hiburan di Kedah, Penang dan Selangor masih sama dengan negeri2 BN. Kegiatan pelacuran tepi jalan pun 2x5

Ali Mahmud said...

Sokong jeo penang.

Anonymous said...

Jawapan Tan Sri Khalid mesti dilihat sebagai jawapan politik sbb UMNO dok sibuk marahkan selangor tak kawal pusat hiburan maka secara sinisnya Tansri Khalid minta contoh negeri BN untuk selangor ikut. UMNO pun terkedu sebab sehingga hari ini kerajaan yang dikuasai UMNO/BN tak ada apa apa langkah untuk kawal pusat hiburan.
Apa nak peliknya?

Saudara tahu tak kelantan boleh dilihat hebat hari ini bukan kerja setahun dua. Lagi pun tak sri Khalid tak boleh disamakan dengan Tok Guru nik Aziz.

Bagilah masa pada kerajaan Selangor penang dan PR

Maaf akalau menyinggung

joe penang said...

Bagi masa? berapa lama? 2 penggal? Naik air di Penang n Kedah dlm 21/2 tahun je... Xyah tunggu 2 penggal pun
Bukannya kita mintak yg besar2. Kebajikan kita akui. Skim kafalah, bantuan warga emas, buku teks kafa percuma. Amar makruf ok.
Nahi mungkar? Buatla w/p ckit2. Ada? Beri contoh la...
Lebih aula tutup pintu maksiat berbanding buka satu pintu kebajikan. pasi maksiat ni lebih ramai suka. yang saya faham la

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails