Friday, October 08, 2010

Rasis: Sikap Kit Siang Melalui Usul Dewan Rakyat

Nik Aziz (kiri) bukan pemimpin perkauman.. bersama pemimpin DAP Lim Kit Siang

KL, 8 Okt 10: Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang menghantar satu usul kepada Speaker Dewan Rakyat untuk membahaskan kes dua guru besar yang mengeluarkan kata-kata rasis dan berbentuk penghinaan kepada pelajar-pelajar mereka Ogos lalu.

Usul di bawah peraturan mesyuarat 18(1) itu telah dihantar kepada Tan Sri Pandikar Amin Mulia meminta Dewan ditangguhkan bagi membolehkan perkara itu dibahaskan memandangkan tiada tindakan disiplin dikenakan ke atas mereka.

Usul berkenaan dipetik seperti berikut:

“Dua bulan selepas guru-guru besar dari Kulai dan Bukit Selambau berkenaan yang antara lain, melabelkan pelajar-pelajar bukan Melayu di sekolah mereka sebagai 'pendatang', menggesa pejalar-pelajar kaum Cina supaya 'balik Cina', serta membandingkan benang sembahyang yang dipakai oleh pelajar beragama Hindu sebagai pengikat anjing menunjukkan sikap racis tidak sejajar dengan jawatan mereka sebagai pendidik yang berkredibel.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran masih berkeras bahawa beliau tidak berdaya mengambil tindakan untuk memperbetulkan keadaan, sebaliknya mengizinkan kedua-dua guru besar yang berkenaan meneruskan tugas mereka seperti sediakala. Di samping itu, Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan yang mengeluarkan pekeliling kepada semua guru-guru besar dan guru-guru dalam bulan Ogos untuk memberikan amaran bahawa 'tindakan akan dikenakan ke atas mereka yang mengeluarkan kata-kata racis di sekolah', tidak pula mengenakan tindakan displin ke atas kedua-dua guru besar yang berkenaan sehingga kini, menunjukkan tidak wujud iltizam politik atau falsafah pentadbiran yang betul dalam negara ini untuk membanteras ketaasuban perkauman.

“Semua ini merupakan sindiran langsung terhadap tema hari kebangsaan tahun ini iaitu '1 Malaysia Menjana Transformasi' serta membelakangkan perisytiharan 'toleransi sifar terhadap rasisma' Perdana Menteri sendiri.

“Pada masa apabila Perdana Menteri cuba mengamalkan dasar '1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Didahulukan', seluruh pasukan pentadbiran beliau nampaknya tidak serius langsung terhadap dasar berkenaan, malah lebih cenderung untuk mendahulukan budaya rasis Biro Tata Negara – atau lebih tepat sekali, Biro Tentang Negara – yang meracuni generasi muda dan para pendidik kita selama ini dengan mesej rasis yang songsang dan lebih merupakan 'Trojan Horse' dalam usaha kita mencapai perpaduan negara.

Kit Siang juga meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Raza mengulangi gesaannya di perhimpunan agong Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) baru-baru ini supaya diwujudkan pergerakan sederhana global semua agama yang memainkan peranan penting di dunia yang kini menghadapi ancaman melampau.

“Gesaan ini sesuai sekali diulangi di negara kita sendiri yang kini semakin terancam oleh anasir-anasir ketaasuban rasis dan pelampau agama yang mengancam ketenteraman negara serta menggoncang semangat majmuk yang merupakan batu asas Malaysia.” Katanya.

Dewan Rakyat akan memulakan persidangan kali ketiga bagi penggal ini pada Isnin, 11 Oktober ini. (Harakahdaily)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails