Thursday, July 08, 2021

Kisah Sebatang Pen, KL-S'baya. Bila Islam Hanya Nama..

 


Catatan Perjalanan Ibnu Hasyim

Indokini: Kisah Sebatang Pen, KL-S'baya. Bila Islam Hanya Nama..

"PINJAM pen sebentar?" Wanita muda disebelahku minta padaku, apabila disuruh isi borang oleh paramugari dan akan berikan pada imigresyen apabila sampai di Surabaya kelak. Dia tiada pen, dia minta pinjam.

Kuberikan. Sambil dia mengisinya, aku bertanya, "Dari mana kamu, di mana Malaysia?"

"Teluk Intan."

"Melihat kepantasan kamu mengisi borang, melihat rupa dan lagak kamu, tentu kamu berkelulusan, bukan pekerja buruh atau pembantu rumah?"

"Aku kerja di saloon rambut wanita, menghias perkahwinan dan segala yang berkaitan dengan perhiasan. Orang Cina bos aku. Orang Cina ajar aku kerja sungguh-sungguh."

"Berapa hari kamu cuti?"

"Ngak cuti. Aku berhenti terus. Sudah 2 tahun aku di Malaysia. Aku rindu anak aku, baru berumur 5 tahun." Jawabnya.

"Mengapa ngak rindu suami? Kamu tinggal suami kamu?"

"Suami? Biar ngak punya suami kalau seperti dia itu, aku ditinggalkan bertahun-tahun. Anak aku pun terpaksa ibuku yang jaga. Dua tahun memberiku banyak pengalaman."

Ku korek lagi ceritanya, "Menarik tu, apa pengalaman yang boleh dikongsi bersama?"

"Kongsi? Begitu susahnya orang seperti kami, sehingga ada beberapa kawan aku terpaksa menjual diri... " Dia menceritakan pengalaman berkerja di Malaysia, bukan pengalaman rumahtangganya.

"Jual diri?, jual diri bagaimana?"

"Ada seorang temanku, dia menjual dirinya RM20,000 kepada seorang Cina. Jadi isteri dan pekerja di rumah Cina itu. Apa Cina itu suruh, dia buat. Sehingga ikut-ikutan suaminya menyembah berhala... "

"Kok, sampai begitu. Agama apa dia?" Aku terperanjat.

"Ya. Islam seperti aku.. bukan satu orang, ada lagi beberapa yang lain. Bahkan ada yang lari, bila sudah dapat wang dan tak sesuai lagi, dari suaminya itu. Kalau ada lelaki yang membuat perempuan begitu, perempuan pun bisa membuat lelaki begitu!" Jelasnya dengan bangga.

Termenung aku, ada manusia mengaku Islam begitu. Maksiat, menipu atau syirik kepada Allah.

"Kenapa? Kenapa bapak diam? Itu sebab kami sebut 'jual' atau 'beli'. Atau 'pinjam'." Katanya sambil memulangkan balik pen aku yang dia pinjam setelah habis guna. "Kenapa, apa pendapat bapak?"

"Pendapatku?" Dia mengangguk. 

Kataku, "Kalau suami diibaratkan barang seperti pen ini, takkan ku beri pinjam padamu lagi." Aku ambil pen itu balik.

Penerbangan sampai ke Surabaya.

'Pasti PAS!'. Ini bukan gambar di Malaysia, tetapi di Surabaya, Indonesia. Ibnu Hasyim (kanan), Hj Ramli Pembekal (tengah) dan Sdr Zulkifli (kiri). Kami bertemu di Surabaya. Apakah PAS sudah ada di Indonesia? Ikuti catatan perjalanan selanjutnya.




4 comments:

mr edz said...

apabila islam pada nama

ahmed said...

Suami? Biar ngak punya suami kalau seperti dia itu, aku ditinggalkan bertahun-tahun. Anak aku pun terpaksa ibuku yang jaga. Dua tahun memberiku banyak pengalaman."

ali said...

Pendapatku?" Dia mengangguk. Kataku, "Kalau suami diibaratkan barang seperti pen ini, takkan ku beri pinjam padamu lagi." Aku ambil pen itu balik.

zaid said...

Ya. Islam seperti aku.. bukan satu orang, ada lagi beberapa yang lain. Bahkan ada yang lari, bila sudah dapat wang dan tak sesuai lagi, dari suaminya itu. Kalau ada lelaki yang membuat perempuan begitu, perempuan pun bisa membuat lelaki begitu!" Jelasnya dengan bangga.

9 comments:

Anonymous said...

Gabungan parti Melayu Islam.

Islam hanya pada nama.

Islam kata jangan membazir. Pemimpin Islam buat kabinet punya banyak hasil tak setimpal. Tambah lagi jawtan TPeM. Last2 berserabut gaduh sesama sendiri dan yg pasti banyak makan gaji/elaun buta.

Buat undang2 SOP bagai, pemimpin Islam sendiri langgar.

Pemimpin Islam tutup pintu depan, pemimpin Islam lain buka pintu belakang.

Pemimpin Islam umum belanja berbillion. Pembangkang minta bersidang utk bahas supaya ada check & balance. Buat x faham as soon as possible.

Negeri Sabah x da masalah. Pemimpin Islam cucuk sampai terpaksa pilihanraya. Covid merebak.

Vaksin negara kafir lain dah lama dapat bekalan vaksin hingga ada yg buka sebahagian ekonmi skrg. Negara pemimpin Islam tercungap nak dapat bekalan.

Pemimpin Islam sblm ni kutuk amano penipu dan buat benda salah. Skrg bersekongkol dgn penipu tu balik untuk mentadbir.

Islam hendakkan hidup sederhana. Gabungan Pemimpin Islam berkereta mewah hidup kaya raya dan kerja tambah bini.

Islam itu bijaksana. Pemimpin Islam nak "belat" air. Nak ubah rupabentuk bumi tanpa kajian. Kes tak nak kasi sungai mengalir ke negeri katanya geng kafir.


Islam ba tu org dlm kesusahan. Pemimpin Islam tak condemn org yg angkat bendera mengaku susah.

......

Islam hanya pada nama.

Anonymous said...

Ulama Islam yang hebat pun dari Indonesia.

Sebilangan umat Islam yang masih jahil mencampur-adukkan ajaran Islam dengan ajaran Hindu dll di Indonesia.

Sebilangan wanita dan lelaki Islam bebas berkahwin dengan lelaki dan wanita kafir di Indonesia.

Sebilangan umat Islam bebas murtad menukar agama semudah menukar baju pun dari Indonesia.

Sebilangan umat Islam hanya pada nama sahaja di Indonesia.

Ajaran sesat lagi menyesatkan seperti Syiah dan liberalisme dll dan ajaran kafir seperti Qadiani dll bebas dikembangkan dan diamalkan Indonesia kerana dilindungi oleh kerajaan Indonesia..

Sebilangan pendakwah Kristian berani menghina, menfitnah dan memburuk-burukkan agama Islam di Indonesia.

Semua ini berlaku kerana Sukarno dan kuncu-kuncunya telah mencipta perlembagaan negara bercirikan sekular, plural dan liberal dan pemimpin-pemimpin sekular, plural dan liberal Indonesia berusaha mempertahankan perlembagaan sekular, plural dan liberal tersebut.

Syabas kepada Aceh kerana berusaha menjaga dan membela hak Islam dan umat Islam.

Apakah langkah yang umat Islam Msia perlu lakukan supaya semua perkara buruk di atas boleh dielakkan ?

Hukum Pemimpin Yang Menipu Rakyat :

مَعْقِلَ بْنَ يَسَارٍ الْمُزنِيَّ قَالَ إِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَا مِنْ عَبْدٍ يَسْتَرْعِيهِ اللَّهُ رَعِيَّةً يَمُوتُ يَوْمَ يَمُوتُ وَهُوَ غَاشٌّ لِرَعِيَّتِهِ إِلَّا حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ

Ma’qil bin Yasar al-Muzani RA berkata, Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

"Barangsiapa diberi amanah oleh Allah untuk memimpin rakyatnya lalu mati dalam keadaan menipu rakyat, nescaya Allah mengharamkan Syurga keatasnya."

(HR Muslim No: 203) Status: Hadis Sahih

Anonymous said...

Memang dia ini tak ada cermin ke? Baru 2 hari lepas sembang politicking gila kuasa sehingga tak peduli nyawa rakyat. Hari ni dia ucap tahniah kepada Timbalan Perdana Menteri yang politicking gila kuasa, masa kes Covid harian 7k, siap hospital kat Klang tak cukup katil. Moral compass mana? Atau mendula oblongata dia sendiri terlupa update apa yang tangan dia tulis?

Anonymous said...

Macam parti PAS! Islam hanya pada nama.
Amalan???? Macam org2 biasa yg tak beragama.

Anonymous said...

Macam parti PAS! Islam hanya pada nama.
Amalan???? Macam org2 biasa yg tak beragama.

Anonymous said...

RBA 9.39 ternakan puak kafir harbi roket sedang mengkafirkan umat Islam dan ulama Islam maka dakwaan kafir kembali kepada RBA yang menjadi penjilat punggung abang besar roket tak basuh berak. Puak RBA terdiri dari puak munafiqun dan puak kafir harbi termasuk puak komunis.

Anonymous said...

Bergeng dgn penipu dan pelompat ni tak akan kemana.

Penipuan dan salahguna kuasa dah jadi darah daging. Mungkin batang tubuh penipu dan pelompat tak seburuk mana. Mereka dah kaya raya.

Namun kena SEDAR.... PELOBI/KAKI BODEK/ORANG KUAT penipu dan pelompat tentu lebih buruk lagi krana nak juga himpun harta kekayaan. Dan jangan terkejut, bersama pelobi ni termasuk geng KAFIR spt Jo lo dll. Kadang2 mereka ni yg mempengaruhi geng ketua penipu/pelompat.

Mungkin juga niat sebahagian Geng parti Islam extreme ni betul nak tegakkan Islam bersama Melayu Islam ketua2 penipu dan pelompat.


Tapi Matlamat Tak Menghalalkan Cara.

Pengikut Parti Islam extreme masih ada peluang tukar pemimpin ke era sederhana muktamar nanti.

Anonymous said...

Sepatutnya puak RBA ternakan puak kafir harbi roket cermin muka sendiri dahulu sebelum mengkafirkan umat Islam.

Anonymous said...

Tahniah pas. Susah nak bagi faham ttg politik yg berasaskan hukum Islam. Kadang2 yg mengaku Islam pun tak faham. Sebab tak faham maka rela jadi khadam kpd mini zionist,kemudian mengkafir ulamak dan ustaz. Setiap hari sentiasa basah bibirnya mengkafirkan org Islam yg tak setuju dgn gagasan liberal.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails