Tuesday, July 06, 2021

S'pura bangunkan P/Batu Putih. Perlukah 'todak' serang lagi?

 


Singapura mula bangunkan Pulau Batu Putih

S'purakini:S'pura bangunkan P/Batu Putih. Perlukah 'todak' serang lagi?

SINGAPURA: Singapura akan mula menambak tanah di sekitar pulau Batu Putih atau Pedra Branca, bagi menambah baik kemudahan di pulau berkenaan akhir tahun ini.

Menurut kenyataan Kementerian Pembangunan Negara (MND) semalam berkata, ia juga bagi membolehkan kapal berlabuh selain menyediakan kemudahan logistik sokongan pentadbiran dan komunikasi tambahan.

Katanya, langkah berkenaan sekali gus akan meningkatkan keselamatan maritim serta keupayaan mencari dan menyelamat di kawasan itu. 

Kenyataan itu berkata, kerja menambah baik kemudahan di pulau tersebut yang sudah dirancang namun terpaksa ditangguhkan ekoran pertikaian sebelum ini dengan Malaysia mengenai kedaulatan pulau itu.

"Kerja pembangunan akan memberi pengawasan lebih baik ke atas perairan di kawasan Pedra Branca, dan membolehkan kitabertindak dengan lebih pantas untuk menangani ancaman keselamatan maritim," kata seorang jurucakap kementerian.

Kerja naik taraf yang diumumkan pada 2019 itu dijangka mengambil masa beberapa tahun, lapor agensi berita CNA.

Ia bakal dijalankan dalam jarak 0.9 kilometer (km) dari pulau sebesar 0.86 hektar itu dan sempadan perairan Singapura sekitar pulau berkenaan, kata kenyataan itu.

"Semua kerja tambakan akan dijalankan selaras dengan undang-undang dalam negeri Singapura dan undang-undang antarabangsa," katanya.

Menurut kenyataan itu, Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan bertanggungjawab atas kerja-kerja menambak kawasan seluas 7 hektar itu yang sebesar 10 padang bola.

Antara fungsi HDB, selain membangunkan perumahan awam, adalah untuk menjalankan kerja-kerja menambak bagi Pemerintah.

Pedra Branca terletak di pintu masuk Selat Singapura, sekitar 44 kilometer dari bahagian timur negara ini.

Ketika ini, ia menempatkan kemudahan bagi sistem maklumat lalu lintas kapal Singapura, yang mengawasi pergerakan kapal di perairan Singapura; sebuah landasan mendarat bagi helikopter; loji penyulingan air; menara komunikasi; dan stesen siaran semula tentera, yang memperbaiki hubungan tentera udara dan laut.

Pulau tersebut turut menempatkan Rumah Api Horsburgh, iaitu menara yang pertama seumpamanya di Singapura.

Kenyataan itu juga berkata, kerja pembangunan tersebut akan membantu agensi-agensi kerajaan yang lain menjalankan tugas dengan selamat dan lebih berkesan.

"Kerajaan juga akan mengambil langkah memastikan bahawa kerja pembangunan berkenaan tidak menjejas keselamatan pelayaran kapal di daerah itu," katanya.

Dalam notis yang diterbitkan dalam Warta Pemerintah semalam, HDB berkata bahawa laporan penilaian kesan alam sekitar sudah sedia untuk disemak orang ramai selama empat minggu.

Mereka yang berminat boleh membuat janji temu dengan agensi tersebut untuk membaca laporan tersebut.

"Pelbagai agensi teknikal dan perancangan akan mengkaji maklum balas orang ramai serta cadangan HDB untuk melaksanakan langkah-langkah tambahan bagi menangani sebarang maklum balas.

"Penilaian kesan ke atas alam sekitar kemudian akan dikemaskini dan dimuktamadkan, sebelum HDB mula mendapat kelulusan daripada badan kawal selia yang relevan untuk menjalankan kerja-kerja yang disarankan," kata kenyataan itu lagi. - AGENSI






Komen Weblog Ibnu Hasyim: Perlukah 'Todak' menyerang Singapura/Malaysia lagi? Siapa todak? Tiada lain, hanya Islam penyelamat ummah!

Sila lihat..

1. Seks berbayar, remaja Melayu-Islam S'pura. Kasihan... 2. S'pura asal Negara Umat Islam, azan X boleh kumand... 3. Mengapa S'pura Dikeluarkan dari M'sia pada 16 Sept...4. Politik M'sia-S'pura &Adudomba Melayu? 5. S'pura bangunkan P/Batu Putih. Perlukah 'todak' se... 6.Demi Kedaulatan Negara, Sekitar P/B.Putih Milik M'...

1 comment:

Anonymous said...

Kita merasa sangat hairan dan sangat dukacita kerana pemimpin-pemimpin puak keris telanjang termasuk atuk kerala sanggup berputih mata melepaskan Singaporrah dan Pulau Batu Putih.

Pemimpin-pemimpin pengecut suka sembang pong pang pong pang di hadapan rakyat, babi pun boleh terbang, tetapi habuk pun tarak ! Tanah rizab Melayu semakin pupus kerana angkara barua keris telanjang yang berkhidmat untuk kroni mata sepet dari dulu, kini dan selamanya.

Jika ini berlaku kepada negara lain, kerajaan asing sanggup berperang bermati-matian mempertahankan tanah air mereka dari pencerobohan kuasa asing. Inilah yang dinamakan patriot.

Apabila puak keris telanjang tumbang setelah berkuasa berpuluh tahun, puak Pee H pula melingkupkan rakyat dan negara dalam tempoh 22 bulan sahaja.

Siapakah pengkhianat sebenarnya ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails