Monday, July 05, 2021

T/Menteri PAS nikah online, Majlis Agama Islam Narathiwat siasat ..

Gambar hiasan,nikah di Thailand.

Tidak pernah iktiraf nikah online, Majlis Agama Islam Narathiwat siasat isu Timbalan Menteri Malaysia.

Pihak Majlis Agama Islam Wilayah Narathiwat Thailand tidak pernah mengiktiraf pernikahan secara dalam talian. 

Timbalan Yang di-Pertuanya, Abdul Aziz Che Mamat berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan susulan dakwaan majlis akad nikah secara dalam talian membabitkan seorang Timbalan Menteri di negara ini.

Menurutnya, siasatan terbabit termasuk memanggil seorang imam Masjid Kedai Baru, Sungai Golok yang menjalankan majlis nikah itu. 

“Kita akan panggil imam itu, untuk dapatkan maklumat, ita akan tanyakan perkara itu, kerana majlis agama tidak bagi kebenaran nikah menggunakan telefon (online),” lapor Astro Awani. 

Sejak semalam, tular rakaman pernikahan melalui telefon yang didakwa membabitkan seorang Ahli Parlimen Kelantan dari Pas berserta dua saksi. Video dan salinan sijil nikah tular di media sosial itu mengundang kecaman ramai kerana melangsungkan pernikahan ketika rakyat bergelut dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

Sijil nikah itu turut memaparkan maklumat berkenaan tarikh pernikahan pada 1 Jun lalu dengan pasangan yang berusia 20-an. Wakil rakyat itu turut menyerahkan mas kahwin sebanyak RM11,111 kepada isteri mudanya yang dikatakan berasal dari Selangor.

“Dia berkahwin menggunakan wali hakim dari Thailand dan pendaftaran kahwin pun di sana,” kata sumber lapor Kosmo! semalam. at 7/04/2021 11:54:00 PTG

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Syabas kepada yang berkahwin! 

Kerana saya (IH) teringat semasa saya berada di Kemboja, seorang dari Malaysia yang hendak berkahwin di sana berkata kepada pegawai agama yang hendak menikahinya, "Maaf  tuan, sebenarnya saya malu terpaksa begini dengan tuan.."

"Tidak.." Potong pegawai agama tersebut. "Saya bangga begini, hanya orang baik-baik saja yang ingin berkahwin secara sah. Apa lagi di negara bukan Islam, yang tiada undang-undang khalwat."

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails