Wednesday, July 07, 2021

PAS ucap tahniah pelantikan TPM

 

KUALA LUMPUR: Presiden PAS dan seluruh kepimpinan serta ahli-ahli PAS mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob di atas pelantikannya sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, parti itu yakin pelantikan Ismail Sabri adalah amat tepat berdasarkan pengalaman beliau sebagai seorang Menteri dan Menteri Kanan serta merupakan pemimpin Umno paling kanan dalam kabinet Kerajaan Perikatan Nasional.

“PAS yakin beliau akan dapat membantu YAB Perdana Menteri dalam menguruskan negara terutama menjayakan Pelan Pemulihan Negara yang masih lagi berdepan dengan pandemik Covid-19,” ujarnya dalam satu kenyataan, petang ini.

Tambahnya, PAS turut mengucapkan tahniah kepada  Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Luar Negeri, yang turut dilantik sebagai seorang Menteri Kanan.

“Beliau yang juga merupakan anggota kanan dalam Kerajaan sebelum ini diyakini mampu berganding tenaga dengan semua anggota Kabinet yang lain ke arah membawa Malaysia lebih dihormati di peringkat antarangsa,” ujarnya lagi. – HARAKAHDAILY 7/7/2021

3 comments:

Anonymous said...

Menteri mana nth dlu siap nak bincang dgn penceroboh Sulu? Penceroboh dah masuk, lagi nak bincang. Lawak.

Menteri kapal terbang hilang pusing balik lintas negara tapi tak check. Mana satu ntah?

Menteri x bleh control mengadu pintu belakang dibuka. Lagi nak pangkat?

Geng parti Islam nampak extreme masih puji lagi.

Pening

Ha ha

Anonymous said...

X lama dah nk pru..rase x sabar..

Anonymous said...

Kerajaan PN semakin kukuh, kuat dan teguh dengan melantik menteri UMNO sebagai TPM.

Akibatnya komplot jahat si tukang jahit komedi dan geng roket dan Pee H gagal lagi dan mereka sedang sakit kepala tahap migrain kerana rancangan jahat mereka telah di 'checkmate' oleh PM.

Umat Islam perlu pastikan pengkhianat Melayu dan geng kafir harbi dan khadam liberal mereka kalah dalam PRU yang akan datang kerana mereka adalah parasit yang boleh melingkupkan rakyat dan negara.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails