Saturday, July 10, 2021

Olimpik Tokyo: T'ganu beri ganjaran pelari pecut wanita negara.

 

Pelari pecut wanita negara, Azreen Nabila Alias. - Foto ihsan Stadium Astro.

Terengganu beri ganjaran kepada Azreen, Zuhairie 

SUKAN

KUALA TERENGGANU: Pelari pecut wanita negara, Azreen Nabila Alias bakal mendapat ganjaran daripada kerajaan Terengganu sebelum berentap pada temasya Sukan Olimpik Tokyo yang dijadualkan bermula 23 Julai ini.

Turut bakal menerima ganjaran adalah atlet Sukan Paralimpik, Zuhairie Ahmad Tarmizi. Jumlah yang bakal mereka terima bagaimanapun tidak dinyatakan lagi dan dijangka diumumkan dalam tempoh terdekat.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata insentif berkenaan sebagai dorongan kepada atlet terbabit untuk beraksi lebih cemerlang pada kedua-dua temasya sukan berkenaan.

"Kerajaan negeri tidak akan sesekali mengabaikan atlet sebaliknya tetap menjaga kebajikan mereka termasuk memberikan insentif kepada yang layak beraksi di pentas tertinggi dunia itu sebagai persediaan dan pembakar semangat.

"Bagi Azreen, yang mendapat peluang beraksi di Sukan Olimpik itu, kerajaan negeri akan memberikan insentif kepada beliau dalam masa terdekat. Namun jumlahnya tidak sama seperti diterima Azizulhasni Awang dan Khairul Anuar Mohamad kerana dia baharu terpilih berbanding dua atlet berkenaan yang sudah lama melakukan persiapan rapi.

"Jadi munasabah dengan jumlah berkenaan. Begitu juga dengan Zuhairie, tapi yang penting insentif itu sebagai pendorong kepada atlet ini memastikan mereka dapat beraksi lebih baik dan seterusnya mampu menghadiahkan sesuatu kepada negara," katanya ketika dihubungi.

Pada September lalu, Azizulhasni daripada sukan berbasikal trek dan Khairul (atlet memanah) masing-masing menerima ganjaran sebanyak RM100,000 daripada kerajaan negeri sebagai persediaan selain penghargaan kepada mereka layak ke Olimpik.

Mengulas pencapaian empat atlet kelahiran Terengganu yang berjaya ke pentas dunia itu, Wan Sukairi meletakkan harapan yang tinggi agar kejayaan itu mampu menyuntik semangat atlet lain berusaha lebih gigih bagi mengintai peluang beraksi di Olimpik.

"Sudah tentu kita mahu melihat lebih ramai lagi atlet dari Terengganu layak bertanding dalam kejohanan terbesar itu. Namun setakat ini kerajaan negeri berbangga dengan pencapaian atlet berkenaan," katanya.

Sila lihat siri Indokini:

1 comment:

Anonymous said...

Persoalan:

Mengapa kerajaan PH menyerahkan tanah rizab Melayu kepada kaum cina ?? Bukankah ini bererti kerajaan PH telah mengkhianati hak kaum Melayu Islam ? Bukankah ini juga bererti kerajaan PH hanya menjaga kepentingan kaum cina sahaja?

Petikan artikel:

SHAH ALAM – Seorang Adun Selangor mendesak kerajaan Selangor menghentikan pemberian tanah rizab Melayu kepada kaum lain di negeri itu.

Halimaton Saadiah Bohan (BN-Kota Damansara) berkata tindakan itu jelas merugikan orang Melayu kerana tanah rizab yang diambil dan digantikan dengan tanah sedia ada mungkin tidak sama dari segi nilai tanah selain lokasinya tidak strategik.

Sehubungan itu, katanya kerajaan Selangor tidak perlu melayan permintaan Adun Sekinchan Ng Sue Lim dari DAP yang mahu tanah rizab Melayu di Bagan Nakhoda Omar dipindah milik kepada penduduk Cina yang menetap di kawasan itu.

“Sebelum ini, mereka telah memohon tanah rizab Melayu di kawasan Sekinchan seluas 28.3 hektar (70 ekar) untuk diberikan kepada penduduk Cina dan permohonan itu diluluskan pada 2010.

“Jadi kita nak tanya kerajaan negeri, sampai bila tuntutan seperti ini hendak dilayan kerana selagi kerajaan negeri tunduk (kepada permintaan itu), selagi itu permintaan seperti ini akan berterusan,” katanya kepada pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri (Dun) di sini, hari ini.

Halimaton berkata, berdasarkan Laporan Audit Selangior pada 2014, sebanyak 4,154.1 hektar (10,265 ekar) tanah rizab Melayu telah dibatalkan di seluruh negeri ini.

Kuala Langat merupakan kawasan pembatalan tanah rizab Melayu paling banyak yang melibatkan kawasan seluas 1,951.4 hektar (4,822 ekar) diikuti Sepang dengan 1,870.1 hektar (4,621 ekar).

Semasa berbahas pada sidang Dun 5 November lepas, Ng mahu nama sebuah kampung Cina di Sekinchan iaitu Bagan Nakhoda Omar ditukar kepada nama yang melambangkan Cina memandangkan keseluruhan penduduk di situ adalah kaum Cina.

Ng yang juga Timbalan Setiausaha DAP Selangor turut meminta status tanah rizab Melayu dan pewartaannya di perkampungan itu dibatalkan.

Sumber :

https://pakdin.my/kerajaan-selangor-didesak-henti-beri-tanah-rizab-melayu-kepada-kaum-lain/

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails